Kalau ada ayam dalam peti ais, nak merendang tapi masa tak banyak, cubalah buat Rendang Ayam Kelantan. Membuatnya bukan sahaja pantas tetapi bahan-bahan pun tak banyak. Tak perlu buat kerisik sebab rendang ini tak pakai kerisik.
Kalau ada yang kata, bukan namanya Rendang kalau tak pakai kerisik, itu bukan masalah mokcik tapi masalah dia. Hehehe. Serius ni. Ramai yang tanya Kjee samada Kjee tertinggal kerisik dan lengkuas dalam resipi masa Kjee mula-mula buat dulu.
Well, kalau korang nak letak, letaklah. Polis tak tangkap punyalah. Anyway, itulah resipi yang Kjee dapat dari arwah Bonda yang dapat resipi itu dari majalah MAS Inflight Magazine.
Sedap ke kalau tak letak kerisik? Sedaplah! Kalau tak sedap korang ingat Rendang Ayam Kelantan ni menu tetap mokcik di pagi hari Lebaran?
Sedap sekiranya dibuat pedas dari biasa. Nak pedas, tambah ler lagi cli padi.
Okay tak mo cerita panjang lebarlah. Korang intai resipinya kat bawah ni.
RENDANG AYAM KELANTAN
BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam (lebih kurang 1½ kg)
15 biji bawang merah kecik atau 5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
10 biji cili merah (tapi kjee tambah 5 biji cili api dan 5 biji cili kering utk pedas)
2 helai daun kunyit diracik cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula
CARANYA:
Potong ayam ikut suka. Kisar semua bahan tumis kecuali serai, daun limau purut dan daun kunyit. Tumis sampai garing. Masukkan serai yang telah diketuk-ketuk. Apabila sudah terbit minyak, masukkan ayam. Gaul sampai sebati dengan rempah. Masak guna api sederhana sehingga ayam tu kecut.
Kemudian masukkan santan, daun limau purut, garam dan sedikit gula. Masak lagi sehingga kauhnya pekat. Jika inginkan ia berkuah atau suka yang kering, adjust sendiri masa memasak.
Apabila sudah masak, padam api dan taburkan daun kunyit.
Walaupun resipi ori tidak letak asam keping, kadang-kadang Kjee letak jugak.
Raye nanti bolehlah mencuba... nmpk menyelerakan...
ReplyDeleteNampak mudah je nak buat. teringin ni..
ReplyDelete