Masa doktor kat Klinik Kesihatan Setiawangsa beritahu Kjee pemeriksaan berikutnya dalam bulan Puasa, Kjee kerut dahi. Masa tu pertengahan bulan Mac. Risau jugak kalau kena jumpa doktor dalam bulan Puasa. Kenapa? Sebab kalau ke sana, Misi mesti cucuk jari cek darah. Mesti kantoi sebab bulan Puasa lah Kjee joli katak makan kuih muih kesukaan yang semestinya manis-manis kan? Hehehe.
Kemudian doktor tambah, pada 19 Mei pulak kena amik darah untuk cek gula dalam darah. Ujian ini sangat-sangat tepat daripada yang cucuk kat jari, katanya. Opppps lagi buat mokcik risau. Tapi Kjee pasrah aje.
Cos I believe I've been good. Jaga pantang. Makan ubat spital. Minum air rendaman halba (ubat alternatif). Elakkan makanan yang boleh memudharatkan. Antaranya nasi. Mujurlah Kjee bukanlah rice lover sangat. Makan nasi sesuap dua. Ratah lauk yang banyak.
Tapi dek kerana penyakit diabetes memang penyakit keturunan, maka Kjee pun tidak mampu menghalang. Apapun, Kjee bangga hanya dapat penyakit itu setelah usia hampir 6 series. Arwah mak kena masa usia beliau dalam lingkungan 40-an. Begitu jugak seorang lagi adik yang baru sahaja meninggal dunia. Begitulah hebatnya Kjee menjaga sejak muda. Alhamdullilah.
Pagi tadi, masa nak sahur, Kjee cubalah jugak nak cheat. Makan satu mangkuk cornflakes (opppsss Keloggs Choc Frosties. Frosties ada gula) dicurah lebih kurang ½ cawan fresh milk. Kononnya dengan harapan dapatlah membantu sedikit masa cek darah karang. Kjee terlupa bahawa result ujian darah Mei lalu, akan dapat arini.
Lepas solat Subuh, dada berdenyut kencang. Kali ni mesti kantoi punya. Kalau sebelum ni bacaan kurang dari 7, tapi pasal dah seminggu makan fruit cake, bubur butir nangka dan tepung pelita, rasa-rasanya bacaan akan meloncat 12 hingga 13. Tapi tak apa, kupujuk hati ni. Lepas Raya nanti, akan buat akujanji. Hidup akan back to normal. Hehehe.
Panjangnya mukaddimah. Lantak ler sebab mokcik happy sangat arini.
Ujian ni tak tepat sangat rupanya! |
Sampai di Klinik, sekejap jer masa menunggu. Cucuk jari. Bacaan 8.4. Alamak. Tinggi sikit. Selalu kalau buat sendiri kat rumah bawah angka 7! Tapi masih okay belum nampak angka belas-belas. Cek tekanan darah 142/69. Angka yang atas borderline tapi yang bawah okay. UnclePali senyum. Dia tahu Kjee risau.
Tak sampai 10 minit, nombor dipanggil masuk bilik doktor. Kali ni Dr Anas. Doktor Melayu yang ada iras-iras orang Cina. First time jumpa doktor ni. Badan ala-ala abang sado gitu. Rajin ke gym kot. Oppppssss puasa tak leh perhati-perhati sangat-sangat.
Doktor selak kad. Kemudian dia tengok bacaan pagi tadi. Okay tapi mesti turun lagi bacaan gula tu. Dia kata nanti kena amik darah. Hah buat apa? Aritu kan dah amik. Rupa-rupanya Misi tak update. Tunggu lebih kurang lima minit. Mula risau sebab Dr Anas kata, kalau hasil ujian tinggi, mungkin kena cucuk Insulin! Mak oiii terbang semangat mokcik.
Result ujian sampai. Dr Anas senyum. Tunjuk hasil ujian.
"Bacaan yang baik adalah 6.5. Puan punya 6.7. Tahniah!"
Terbeliak mata mokcik. So tak payah insulin? Tak kronik?
"Puan baru sampai separuh jalan sahaja dari nak kena Insulin. Tapi, harus jaga pemakanan. Jangan sampai terlajak. Otherwise semua okay. Ubat jangan lupa ambil. Ambil hari-hari kan?"
Takutnya kalau kena cucuk Insulin |
Well, kekadang terlupa jugak. Hehehe. So, itulah kejadian pagi tadi yang made my day!!!
Thank God I've been GOOD.. sooo GOOD!! Terima kasih Allah kerana permudahkan semuanya. UnclePali dan Nadia memang konfiden dengan Kjee. Mereka tahu Kjee pengecut dan sangat-sangat pandai ikut pantang larang. Serius ni!!
Anyway, Kjee berat pulak nak cerita kat Dr Anas yang Kjee telah minum Air rendaman Halba sebagai ubat alternatif sejak 6 bulan yang lalu. Ubat spital pun telan jugak tau! Itu saranan seorang doktor wanita India masa Kjee dirawatnya di Klinik Kesihatan Datuk Keramat, 6 bulan lalu.
Rendam lebih kurang satu sudu teh halba dalam ½ mug air panas. Tutup mug dengan piring dan biarkan semalaman. Pagi esok, minum air itu semasa perut kosong. Halba tu tak payahlah ditelan sekali. Rasanya pahit-pahit sikit. Tapi lama kelamaan tak rasa apa dah.
Seorang kawan Kjee berbangsa India beritahu, kena amalkan untuk masa yang panjang jika hendak lihat keberkesanannya. Thank You Chef Thyaga B Rajan for the tips. Kjee buat setiap hari sejak 6 bulan yang lalu. Dan Alhamdullilah diabetes Kjee under control.
Itu jer story mokcik. Selamat Berpuasa.
Inilah halba kalau tak kenal |
Salam Kak Gee yg cantik..
ReplyDeleteApa kata kak gee cuba makan jering utk diabetic kak gee. pasti mujarab