Tuesday, June 7, 2016

TEPUNG PELITA PEMANIS MULUT








Bulan Puasa sinonim dengan kuih muih Melayu tradisional. Di mana-mana sahaja orang jualan, mesti kita nampak pelbagai jenis kuih muih yang mengimbau zaman kita kecik-kecik dulu.

Kjee tak berapa nasib baik kerana tidak belajar dari Bonda kuih muih yang dia pandai sangat buat. Maklumlah arwah Bonda ni, kalau kita sebut nak makan apa, nanti dia akan sediakan senyap-senyap. Balik sekolah atau balik kerja, semua sudah terhidang.

Teringat antara kuihnya yang sedap sangat... kuih kaswi, lopes, badak berendam, kuih bakar Bombay, kuih bakar daging ... Isyhh  tak mau ingatlah. Nanti banjir pulak. Hehehe.

Anyway, Kuih Tepung Pelita yang Kjee nak buat hari ini favorite penghuni rumah Kjee. Bonda tak tahu buat kuih ini dulu. Tak per lah anaknya dah pandai buat. Dan cucu serta menantu dia suka makan.

Tadi Kjee buat acuan contoh untuk kotak Kuih ini. Kena buat contoh dan potong daun pisang ikut kotak contoh. Maklumlah kita bukannya profesyenal.

Kjee ada nampak ukuran contoh pada blog Azlita Masam-Masam Manis. Tapi apabila Kjee tiru sebiji saiznya, Nadia kata terlalu besar. Tak molek. Jadi Kjee kecikkan sikit saiznya. Oklah.

Azlita buat saiz 6 inci x 5inci. Kjee kecikkan keliling ½ inci. Lipatan pulak, Azlita melipat 1½ inci. Tapi Kjee kecikkan ke 1¼ inci sahaja. Comel sikit nampak kotaknya. Hehehe.

Terima kasih Azlita Aziz. Kjee mohon share foto-foto ini supaya dapat dipanjangkan pahala anda. Terima kasih jugak kepada Rina Mohd Dom kerana perkongsian resipi ini.

Kalau cantik jadinya Tepung Pelita Kjee yang guna daun pisang, Kjee update fotonya ya. Kalau senyap jer, korang pepaham lah. Hehehe

Resipi di SINI.



Kjee kecikkan 5.5" x 4.5"

Lipatan di no 1 tu Kjee kecikkan ke 1¼ inci

Kjee guna stapler

Kjee buat acuan contoh dari kertas dulu. Kecik sikit.

Ini contoh Tepung Pelita cara malas Kjee. Hehehe

5 comments:

  1. memang style laa tepung pelita dalam cawan...

    ReplyDelete
  2. Adoyaiii....!!! terlior tengok tepung pelita k.jee ni taw...

    ReplyDelete
  3. Peberet saya ni kak jee.. nk try buatlah.tp untuk sukatan tu anggaran berapa cawan/gelas kak jee dapat ye..

    ReplyDelete
  4. Kjee tak pasti jadi banyak mana tetapi banyak lah. Kalau setakat makan seorang dua, elok separuhkan adunan.

    ReplyDelete
  5. Amboiiii Ge. Awak lagi hebat buat kuih. Kjee amatur lagi. hehehe

    ReplyDelete