Kway Teow Goreng. Ini antara makanan yang paling mudah dan disukai UnclePali kalau Kjee request nak makan. Paling cepat proses pengorengannya adalah lima minit. Penyediaan bahan-bahan lebih kurang lima minit jugak.
Kjee sudah sediakan stok sambal tumis serba boleh. Kjee gelar sedemikian sebab ia cukup versatile. Kalau sudah ada sambal tumis itu, boleh dijadikan sambal Nasi Lemak, boleh digoreng mi atau mihun. Apabila dicampakkan petai dan udang maka jadikan ia sambal petai dalam sekelip mata. Masukkan ikan goreng jadi Sambal Ikan dan seterusnya.
Kjee masukkan sambal tumis ketika buat Kway Teow Goreng. Kalau korang selama ini guna cili kisar biasa, cubalah guna sambal tumis pulak.
Kway Teow Goreng UnclePali, gelap sikit hari ini. Dia salahkan kicap
Ya lah tu. I give him the benefit of the doubt. Hehehe.
Gelap ke cerah ker, asben kita dah tolong masak dah kira nasib baiklah kan? Mokcik bedal sampai habis tadi. Tapi tak ler banyak sebab UnclePali memang suka masak satu portion tiap kali. Katanya macam itu lebih sedap.
Letak kerang yang telah dicelur terlebih dahulu pun sedap. Tetapi tadi tukang masak terlupa nak beli. Bila ditanya dia jawab: "Eh awak suruh beli ker tadi?"
Kalau korang nak resipi, sila klik SINI atau DISINI untuk cara buat step by step.
0 comments:
Post a Comment