Sunday, January 22, 2017

NASI LEMAK KOPI O








      Kjee pasti ramai setuju Nasi Lemak antara makanan favorite rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan lain-lain. Semua suka Nasi Lemak terutama sekali kalau diiringi rendang, ayam goreng panas dan beranika sambal terutama sekali kalau ada sambal sotong, paru, kerang atau limpa.

      Nasi Lemak kini sudah tidak lagi menjadi sarapan pagi. Ia sudah dijual sepanjang hari. Kalau sebelah malam, biasanya ayam goreng disertakan panas-panas sebaik sahaja keluar dari kuali.

      Begitu juga dengan Nasi Lemak Bungkus. Kalau dulu pernah dijual dengan harga 50 sen sebungkus, sekarang ada yang menjualnya sehingga RM3.50 sebungkus. Tetapi di dalamnya ada lauk lah. Biasanya lauk rendang daging.

      Pagi tadi selepas Subuh, Kjee dah ke dapur. Lama sudah teringin nak makan nasi lemak airtangan sendiri. Yang cukup lemak, cukup rasa. Lauknya pulak yang basic sahaja. Kjee sertakan ayam goreng sebab ada stok ayam dalam freezer. Atas permintaan UnclePali yang suka sambal sardin, Kjee masukkan sardin dalam tin yang Kjee goreng terlebih dulu ke dalam sambal kosong. Itu yang buat UnclePali tambah dua kali. Hehehe.

      Inilah Nasi Lemak separuh tanak separuh kukus yang Kjee buat ikut cara arwah Bonda. Nak tahu cara membuatnya, sila lihat SINI. Kenapa harus kukus lepas tanak? Supaya nasinya cantik berderai.

      Nasi lemak favorite Kjee, kalau sebelah pagi ialah Nasi Lemak Wanjor di Kampung Baru. Kjee sudah kenali nasi lemak Wanjor sejak Kjee pandai bertatih lagi. Gerai dia sepelaung sahaja dari rumah datuk Kjee di Kampung Baru. Masih wujud hingga ke hari ini dengan rasa yang maintain lebih 60 tahun lamanya!

      Kalau sebelah malam, Kjee selalu makan Nasi Lemak Ujang di Keramat Permai. Nasi Lemak dia memang awesome. Harga sangat berpatutan dan lauk banyak termasuk ada sambal tumis tempoyak. Lihat link INI.






0 comments:

Post a Comment