Dulu Kjee pernah buat lauk ini. Daging dengan daun selasih atau Daging Kaprau. Tetapi apabila Kjee google, ia disebut Krapow. Ia adalah Thai Basil. Orang kita panggil daun Selasih. Kjee tak pernah buat guna ayam. Jadi, terfikir pulak bagaimana rasanya kalau diletak ayam.
Resipi yang Kjee dapat, guna isi ayam bahagian dada. Tetapi entahlah Kjee sebenarnya tak berapa suka bahagian isi ayam yang putih itu, walaupun ia lebih sihat dimakan. Isi ayam bahagian lain lebih enak.
Anehnya Pad Krapow Gai ini digandingkan dengan telor mata kerbau. Kalau tak suka pun tak kisahlah boleh tiadakan. Tetapi Kjee tengok itulah cara ia dihidangkan di restoran di Thailand.
Kjee intai dalam freezer, ada tiga keping ayam whole leg (seekor ayam dipotong empat) yang dibeli di Ayamas. Tak tahu kenapa whole leg ni kenit sangat. Mungkin ayam tak cukup dewasa kot.
Tiada sukatan tepat untuk resipi ini. Kjee agak-agak sahaja ya. Jadi, kalau korang nak buat, bolehlah adjust pepandai sendiri. Hehehe.
Kjee buang tulang atau debone dan potong kecik-kecik supaya cepat masak. Kemudian cuci dan toskan. Lauk ini harus dibuat pedas. Kjee pernah makan Kaprau Daging di Restoran Ali Tomyam, sampai keluar airmata dan segala air di muka! Hehehe. Begitulah pedasnya. Ada kala Kjee bagitau supaya jangan buat terlalu pedas.
Bahan lain mudah sahaja. Cili padi (ikut suka banyak mana), bawang putih tiga empat ulas dan daun selasih yang telah dipetik dari tangkainya. Kjee suka aroma daun Selasih justeru Kjee letak banyak. Selain itu, juga perlu sos tiram, kicap cair dan kicap manis.
Cili padi dan bawang putih ditumbuk kasar kemudian ditumis. Apabila sudah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong kecik-kecik. Goreng sehingga daging ayam kecut. Letak sedikit sahaja air sekiranya terlalu kering.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan sos tiram, sedikit kicap cair (atau nampla) dan sedikit kicap manis. Rasa dan adjust lagi sehingga cukup rasa. Kicap manis itu sebenarnya untuk memberi warna kepada lauk. Orang Thai memang suka masak lauk yang seimbang rasanya. Ada masam, manis dan pedas.
Masukkan daun Selasih dan padam api. Gaul sehingga rata.
Lauk ini dimakan dengan nasi putih dan telor mata kerbau. Kjee makan di restoran Thai tidak pula diletak telor mata kerbau. Tetapi resipi yang Kjee perolehi itu menyatakan sedap dimakan dengan telor mata kerbau.
Kalau nak cuba resipi yang letak daging, sila klik SINI. Resipi itu adalah versi yang telah Kjee olah.
Selamat mencuba.
Sedapnya. Boleh nak cuba juga.
ReplyDeleteBila tengok makanan sedap macam ni. Rasa nak masak juga.
ReplyDeleteSaya nak try resipi ni nanti...sedap sangat nampak dengan bila digandingkan dengan nasi panas....
ReplyDeletewah boleh try ni....biasa dengar nama siam tu je...tq ye kak jee
ReplyDeleteAkhirnya dah jumpa..nak try buat jgk, tq awk.. selalu duk tgk resepi ni dlm larkon(drama thai) tgk mcm sedap ja..so hari ni boleh try..kebetulan ada daun selasih dan dada aym..
ReplyDelete