Friday, January 20, 2017

PAD KRAPOW GAI ATAU AYAM DAUN SELASIH








      Dulu Kjee pernah buat lauk ini. Daging dengan daun selasih atau Daging Kaprau. Tetapi apabila Kjee google, ia disebut Krapow. Ia adalah Thai Basil. Orang kita panggil daun Selasih. Kjee tak pernah buat guna ayam. Jadi, terfikir pulak bagaimana rasanya kalau diletak ayam.

      Resipi yang Kjee dapat, guna isi ayam bahagian dada. Tetapi entahlah Kjee sebenarnya tak berapa suka bahagian isi ayam yang putih itu, walaupun ia lebih sihat dimakan. Isi ayam bahagian lain lebih enak.

      Anehnya Pad Krapow Gai ini digandingkan dengan telor mata kerbau. Kalau tak suka pun tak kisahlah boleh tiadakan. Tetapi Kjee tengok itulah cara ia dihidangkan di restoran di Thailand.

      Kjee intai dalam freezer, ada tiga keping ayam whole leg (seekor ayam dipotong empat) yang dibeli di Ayamas. Tak tahu kenapa whole leg ni kenit sangat. Mungkin ayam tak cukup dewasa kot.

      Tiada sukatan tepat untuk resipi ini. Kjee agak-agak sahaja ya. Jadi, kalau korang nak buat, bolehlah adjust pepandai sendiri. Hehehe.

      Kjee buang tulang atau debone dan potong kecik-kecik supaya cepat masak. Kemudian cuci dan toskan. Lauk ini harus dibuat pedas. Kjee pernah makan Kaprau Daging di Restoran Ali Tomyam, sampai keluar airmata dan segala air di muka! Hehehe. Begitulah pedasnya. Ada kala Kjee bagitau supaya jangan buat terlalu pedas.

      Bahan lain mudah sahaja. Cili padi (ikut suka banyak mana), bawang putih tiga empat ulas dan daun selasih yang telah dipetik dari tangkainya. Kjee suka aroma daun Selasih justeru Kjee letak banyak. Selain itu, juga perlu sos tiram, kicap cair dan kicap manis.





      Cili padi dan bawang putih ditumbuk kasar kemudian ditumis. Apabila sudah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong kecik-kecik. Goreng sehingga daging ayam kecut. Letak sedikit sahaja air sekiranya terlalu kering.

      Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan sos tiram, sedikit kicap cair (atau nampla) dan sedikit kicap manis. Rasa dan adjust lagi sehingga cukup rasa. Kicap manis itu sebenarnya untuk memberi warna kepada lauk. Orang Thai memang suka masak lauk yang seimbang rasanya. Ada masam, manis dan pedas.

      Masukkan daun Selasih dan padam api. Gaul sehingga rata.

      Lauk ini dimakan dengan nasi putih dan telor mata kerbau. Kjee makan di restoran Thai tidak pula diletak telor mata kerbau. Tetapi resipi yang Kjee perolehi itu menyatakan sedap dimakan dengan telor mata kerbau.

      Kalau nak cuba resipi yang letak daging, sila klik SINI. Resipi itu adalah versi yang telah Kjee olah.

       Selamat mencuba.

   

 




Related Posts:

  • BEEF STEW WITH GARLIC BREAD Rasa2nya Kjee jarang2 (eh pernah ke?) buat stew daging. Biasanya Kjee buat stew ekor lembu atau oxtail stew. Tetapi dek kerana tekak teringin dan ada pulak daging dalam freezer, hantam sajalah. Tiada aka… Read More
  • RENDANG AYAM LAGI TAPI KALI NI VERSI KELANTAN Rendang Ayam Kelantan. Resipi arwah Bonda yang paling ringkas dibuat dan sedap sangat! Tak perlu rempah ratus, tak perlu lengkuas, tak perlu kerisik. Tak percaya? Korang trylah buat. Kalau nak resipi, intai sini. Nadi… Read More
  • KERABU DARI MANGGA YANG MASAM Ingat lagi tak hari tu Kjee naik darah sebab terbeli mangga yang masam dengan harga yang tak sepadan? Hah hari ni ketika menyelongkar fridge, terpandang mangga tersebut. Ringan jer tangan nak buan… Read More
  • SAMBAL TUMIS JAWA Ini sambal tumis biasa2 jer. Tak der plan nak masak lauk ni tadi. Tapi masa singgah kat kedai Aceh di Paya Jaras, ternampak tempe. Pastu tangan cepat2 sambar tiga peket dan tahu dua keping. Dalam otak teringat nak pet… Read More
  • CENDAWAN KUKUR LEMAK CILI API innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More

5 comments:

  1. Bila tengok makanan sedap macam ni. Rasa nak masak juga.

    ReplyDelete
  2. Saya nak try resipi ni nanti...sedap sangat nampak dengan bila digandingkan dengan nasi panas....

    ReplyDelete
  3. wah boleh try ni....biasa dengar nama siam tu je...tq ye kak jee

    ReplyDelete
  4. Akhirnya dah jumpa..nak try buat jgk, tq awk.. selalu duk tgk resepi ni dlm larkon(drama thai) tgk mcm sedap ja..so hari ni boleh try..kebetulan ada daun selasih dan dada aym..

    ReplyDelete