Friday, February 24, 2017

SAMBAL TENGGIRI PETAI








      Apabila musim petai kembali melanda, setiap hari ada sahaja orang tayang resipi menggunakan petai di Facebook. Asyik terliur ajer, mana boleh kan? Kalau nak makan kat kedai, petainya, alahai punyalah ciput.

      Mujur apabila sebut pasal petai, UnclePali selalunya no problem sebab dia memang hantu petai. Jadi, tersangatlah mudah nak pujuk dia pergi cari. Tak payah guna ayat power. Hehehe.

      Tadi dia pergi ke Pasar Keramat. Kjee dah pesan supaya cari petai yang mata besar-besar. Dan mujurlah dapat. Tiga papan RM5. Bolehlah tu. Sebelum pergi dia tanya kalau tak ada petai kat pasar, yang dah kopek bolehlah tak? No no no! Itu petai Siam. Tak sedap kata Kjee.

      Pagi tadi UnclePali selongkar freezer dan jumpa Ikan Tenggiri. Ikan Kembung pun ada tapi Kjee lebih suka buat sambal guna Ikan Tenggiri. Mahal Ikan Tenggiri sekarang. Dekat RM40 sekilo. Mujur dah ada stok tak payah beli.

      Kami gotong royong masak tadi maklumlah Kjee bukannya sihat. Dan tinggal tak sampai sejam UnclePali nak mandi dan pergi mesjid.

      Tanpa disuruh, first thing dia capai dulu rice cooker dan masak nasi. Kjee dah cuci ikan dan letak garam kunyit. Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Lepas masak nasi, UnclePali terus goreng ikan. Tak banyak. Lima keping sahaja. Cukuplah untuk dinner sekali.

      Kjee ambil petai dan buang kulit. Kemudian selepas goreng ikan, UnclePali goreng petai tu separuh masak. Petai digoreng seperti itu untuk hilangkan rasa mentahnya.

      Kemudian Kjee keluarkan stok sambal tumis dari dalam peti ais. Stok sambal memang sentiasa ada. Apabila kelapangan, Kjee akan buat banyak-banyak dan simpan. Senang kalau nak buat mi goreng, Penang Fried Kway Teow dan yang sewaktu. Sambal Tumis Kjee tak letak belacan.

      Kjee potong bulat-bulat satu labu bawang besar, tumis dalam sedikit minyak. Apabila sudah layu, Kjee masukkanlah ke dalam kuali sambal mengikut keperluan. Apabila sambal sudah panas, masukkan petai, golek-golek seketika dan masukkan ikan goreng.

      Itu jer. Mudah kan!

      So korang yang kerja opis dan selalu kata balik rumah tak sempat nak masak, boleh sediakan sambal tumis macam Kjee. Setelah sambal dipanaskan bolehlah letak udang ke, ayam goreng ke atau sotong. Ala-ala sambal instant gitu. Hehehe

       Selamat Mencuba.

   

3 comments:

  1. Nak tanya, kak jee buat sambal tumis tu mcm mana? Tumis siap2 then letak fridge ke?

    ReplyDelete
  2. Ya Zullaiha. Kjee masak siap-siap kemudian simpan dalam peti ais. Kalau dimasak dengan betul, boleh tahan satu atau dua bulan. Jika tidak, permukaannya akan berkulat. Kjee masak lama. Lebih kurang dua jam.

    ReplyDelete