Kejadian untuk minum petang hari ini. Dah lama tak buat. Dulu Kjee buat untuk jual. Tetapi Kjee letak inti kentang dan daging atau ayam. Kali ini Kjee ubah selera dan buat inti kentang ala Kilangu yang biasa dihidangkan dengan Poori.
Tiba-tiba sahaja terfikir kalau buat inti ala Kilangu mesti sedap. Dan sesungguhnya sedap sangat. Lain kali kalau buat Samosa, pasti Kjee guna inti Kilangu kerana bukan sahaja sedap tetapi mudah untuk disediakan.
Kjee guna empat biji kentang sederhana besar (rasanya lebih kurang ½ kilo). Buang kulit dan rebus letak sedikit garam hingga lembut. Kemudian dilenyek. Oleh kerana tidak dapat mencari potato masher tadi, Kjee lenyek sahaja guna my jari jemari. Tetapi pastikan kentang rebus tu dan sejuk tau.
Kemudian Kjee hiris dua biji bawang besar dan 6 biji cili padi hijau. Kalau tak ada cili padi hijau, cili hijau pun ok.
Panaskan minyak dan masukkan lebih kurang ½ sudu kecil biji sawi. Apabila sudah meletup-letup, masukkan bawang dan cili padi hijau tadi. Goreng hingga layu, kemudian masukkan lebih kurang ½ camca serbuk kunyit dan sedikit garam. Jangan terlalu banyak sebab masa rebus kentang tadi dah letak garam.
Masukkan kentang lenyek dan gaul hingga semua bahan-bahan bersatu. Rasa dan padam api. Sejukkan.
Setelah sejuk, susun kulit popia letak sedikit inti dan bentuk jadi samosa. Utk cara step by step, klik SINI.
Panaskan minyak dan perlahan-lahan masukkan satu demi satu samosa. Goreng lebih kurang 3 minit on one side. Kemudian angkat dan toskan atas kertas Tisu Dapur untuk serap minyak.
Enak dimakan ketika panas.
0 comments:
Post a Comment