Wednesday, March 15, 2017

AYAM GORENG BEREMPAH GARING



     

       Ayam goreng adalah favorite kami sekeluarga. Especially kalau makan panas-panas. Pakar menggoreng ayam dalam rumah kami ialah UnclePali. Bukan sahaja goreng ayam tetapi dia pun terer goreng ikan. Kjee tak pernah lulus. Kalau goreng ayam especially peha ayam, pasti apabila nak makan, terus patah suap sebab isi dekat tulang masih ada darah!

       Kjee masih ingat lagi Chef Zam beritahu Kjee, ayam tidak boleh dimasak separuh masak macam daging. Orang Jepun, daging pun dia orang bedal, mentah! Ayam ada sejenis kuman yang berbahaya. Justeru ia harus dimasak sepenuhnya, kata Chef Zam lagi. Bukan itu sahaja, papan memotong ayam (chopping board) juga mesti dicuci bersih-bersih atau diasingkan dari papan pemotong bahan lain. Begitulah kuatnya kuman ayam, merebak.

       Hari ini Kjee buat Ayam Goreng Berempah. Jarang-jarang Kjee buat sebab tak kuasa nak menyediakan rempahnya. Lepas itu, kena perap beberapa jam pulak kalau nak rempah perap itu, terasa. Tetapi hari ini Kjee buat sebab terlebih rajin walaupun sekarang ini nak ke dapur pun, bertongkat. Hehehe.

       Kjee guna bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, serai, lengkuas, sedikit rempah kari dan sedikit serbuk cili. Sebelum itu Kjee sangai jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar. Sangai dan tumbuk halus-halus ketika masih panas. Masukkan bahan-bahan lain dan tumbuk lagi sehingga lumat. Kemudian semua bahan-bahan itu dicampur kepada ayam yang telah dipotong-potong dan ditoskan airnya. Letak garam secukupnya. Perap lebih kurang tiga jam atau semalaman dalam peti ais.

      Setelah cukup masa perap, campurkan sedikit tepung jagung kepada ayam. Gaul sampai mesra. Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng. Guna api sederhana. Sekiranya ada rempah yang terapung, kaup keluar setelah ia garing. Sedap kerak-kerak itu.








1 comment:

  1. Mekasih K. Jee - Chef terbaik!

    Tapi, sedih juga dengaq K. Jee dah bertongkat - Semoga K. Jee akan sembuh, Insya-ALLAH.

    Mak Becok amalkan makan secubit serbuk kunyit (dlam apa2 masakan) 3x seminggu dan juga mcm2 jamu/ubat2/teh2 tradisonal hebat Islam/Melayu (termasuk se Bumiputera Melayu kita dr. Indonesia), Cina dan India yg. telah dikitiraf KKM; setakat ni – Alhamdulillah.

    Kunyit ni ada anti-bakteria semulajadi; lihat di – Turmeric: The Cancer Killer Putting Chemotherapy To Shame, Posted on January 11, 2016 by Sean Adl-Tabatabai, yournewswire.com.

    ReplyDelete