Thursday, March 16, 2017

BENDI GORENG PEDAS LETAK BELACAN






       Lauk semalam. Nampak macam pedas kan? Memang ler pedas sebab selain Kjee tumbuk dua biji cili hidup (cili merah), Kjee letak jugak dekat satu sudu sambal belacan cili padi baki UnclePali buat kelmarin. Kerana pedas terlampau, Kjee tak berani makan banyak. Cuma rasa sikit jer! Kjee sekarang kena berpantang tak boleh makan pedas langsung!

       Okay berbalik kepada lauk Bendi Goreng Belacan ni. Kjee intai dalam internet. Ramai komplen tak suka masak lauk ini sebab bendi mengeluarkan banyak lendir. Itu masalah kecil jer. Kjee tumis semua bahan-bahan tumbuk seperti cili, bawang putih dan belacan sampai masak. Masukkan hirisan bawang besar. Tunggu layu sedikit, masukkan udang (kalau letak), kemudian padam api.

       Lepas itu, Kjee panaskan minyak dalam kuali. Apabila minyak dah panas, perlahankan api. Cuci bendi, potong serong dan cepat-cepat masukkan ke dalam minyak panas. Tunggu sehingga bendi sudah agak garing, baru angkat. Toskan minyaknya dan masukkan ke dalam tumisan cili tadi. Gaul sampai rata.

       Kalau korang suka makan bendi celur untuk digandingkan dengan sambal belacan, Kjee ada tips ini. Cuci bendi. Didihkan air dalam periuk. Apabila sudah mendidih, letak sedikit garam dan masukkan bendi. Jangan potong kiri kanan bendi tu. Apabila sudah cukup masa dicelur, keluarkan dan masa itulah potong kiri dan kanan bendi itu. Insya Allah tak berlendir. Korang mungkin ada cara lain tetapi inilah cara Kjee.

     



1 comment: