Tuesday, March 21, 2017

KARI VEGETARIAN MUTTON






       Kjee suka sangat makan semua yang berkaitan daging kambing ataupun lamb. Apabila Kjee kata demikian, ramai angkat kening. Risau. Tak elok tu kata mereka. Nanti boleh kena high blood pressure. Ya ker? Habis tu kalau Kjee low blood, okaylah kan? Hehehe.

       Kjee pernah jumpa Dr Yahaya Sofi, my regular doctor of almost 30 years. Dia kata, dengan bacaan blood pressure yang selalunya rendah, Kjee bukan sahaja boleh makan daging kambing ataupun lamb tetapi unta pun boleh. Kjee pernah sekali makan daging unta ketika pergi ke rumah Abah (Pak Habib Hussein Al Attas) Raya Haji banyak-banyak tahun yang lalu. Abah kol kata ada daging unta. Jomlah ke Janda Baik katanya. Kjee makan okay jer walaupun sebelah malam tak boleh tidur kekrana kepanasan. Hehehe.

       Alhamdullilah setakat ini my BP reading (latest pada 7/3 lepas) ialah 115/86. Masih okay dengan izinNya.





Frozen Vegetarian Mutton

     

 Jadi kenapa Kjee makan vegetarian mutton kalau boleh makan mutton atau daging kambing biasa? Beginilah... kalau korang pernah sekali try Vegetarian Mutton, mesti korang suka sangat. Texture macam daging kambing (ada seratnya sekali) dan baunya ada sedikit bau kambing tetapi ia diperbuat dari kacang soya! Dan ia sangat-sangat sihat dan boleh makan hari-hari!

       Kjee beli Vegetarian Mutton ini (frozen) di sebuah supermarket India di Brickfields, Kuala Lumpur. Ada kata pernah jumpa di Tesco dan Giant. Dan menurut seorang kawan berbangsa India, ia boleh dimasak pelbagai jenis lauk termasuk rendang! Tetapi ia hanya boleh dimasukkan di saat akhir setelah lauk itu siap masak. Ini adalah kerana vegetarian mutton sangat lembut (maklumlah taufoo) dan boleh hancur kalau masak terlalu lama. Ada yang syorkan digoreng seketika sebelum dimasukkan ke dalam lauk yang sedang dimasak. The choice is yours.

       Nadia suka sangat Vegetarian Mutton ini kalau dibuat Mutton Paratel. Kalau ke Rest Sri Paandi di Petaling Jaya, mesti Kjee bungkus satu atau dua portion untuk dia, Murah sangat. Satu piring RM3.50 sahaja. Nadia ratah sahaja.

       Okay Vegetarian Mutton Curry ini Kjee buat kelmarin. Sedap dimakan dengan nasi atau putu mayam. Ini bukan kali pertama Kjee buat. Untuk resipi, sila KLIK SINI.

   
 








Related Posts:

  • KARI KEPALA IKAN TENGGIRI ALA INDIA DAN TAUPOK Ini taupok aka tauhu goreng kering Ini bukan masakan semalam. Menu tiga hari lepas. Tetapi Kjee tak dapat masukkan dalam blog sebab tak boleh edit gambar. Menu biasa2 jer - Kari Kepala Ikan Ala India dalam Claypot, samb… Read More
  • DAGING KORBAN MASAK REMPAH KURMA  Selalunya masak kurma ayam sebab it's Nadia's favorite. Tapi oleh kerana Kjee dah tak nak masak  ayam lagi dalam rumah ni, maka Kjee guna daging korban yang diberikan oleh Sharifah Roshidah hari tu untuk buat kur… Read More
  • KARI AYAM REMPAH SIAP Semalam masa menonton Chef Selebriti Malaysia, teringin pulak nak makan home made curry. Baru perasan dah lama tak masak kari. Mula2 ingatkan nak masak kari udang tapi Unclepali kata udang tu nanti dia nak buat Butter Pra… Read More
  • KARI IKAN DENGAN BENDI ALA INDIA Hari ni letih sungguh. Dari pagi dah keluar rumah uruskan kereta Nadia yang ditinggalkan di tempat letak kereta seberang jalan dari Polis Dang Wangi, malam tadi sebab tenggelam dalam banjir. innity_pub = "d1dc3a8270… Read More
  • BANANA LEAF RICE, LAMB SHOULDER CURRY, GRILL SQUID AND PAPADOM Ini bukan menu semalam. Ini menu yang jadi dua sejarah dalam hidup Kjee. Sejarah pertama yang dicipta ialah ini menu lamb curry pertama Kjee masak seumur hidup ini! Selalu makan lauk lamb ataupun kambing eh lamb dan kambi… Read More

1 comment: