Friday, March 17, 2017

KUIH BADAK BERENDAM








       Dah seminggu rasanya asyik tertangguh sahaja nak buat kuih ini. Maklumlah intinya dah tak perlu buat kerana ada baki masa buat Pulut Inti hari tu. Mula-mula bekas berisi inti tu masuk dalam freezer, beberapa hari kemudian turun ke bawah peti ais. Mujur tak rosak.

       Inilah kejadiannya petang semalam. Kat luar ribut petir. Kjee nak baring pun tak sedap hati. Nak layan TV, siaran pulak terganggu sebab hujan. So, rasanya ini masa terbaik untuk ke dapur.

       Kjee buat tak ikut resipi. Main agak-agak sahaja sebab inti pun tak banyak. Dalam satu mangkuk kecil jer. Tetapi banyak pula jadi kuihnya. Dekat 15 biji! Jadilah dapat seorang lima biji.

       Kjee bancuh tepung pulut putih campur sedikit tepung pulut hitam. Letak air (yang telah dicampur sedikit garam) pun main agak-agak. Kalau sudah menjadi doh yang boleh dibulatkan untuk isi inti, okaylah.

       Kalau korang nak resipi lengkap sila klik kat SINI. Resipi sama macam kuih koci sekarang.

       Kjee juga pernah buat letak inti kacang merah. Apapun inti yang korang guna, terserahlah. Kita yang buat dia kan!

       Kuih ini sedap jika disejukkan dulu dalam peti ais sebelum makan. Pasti makan tak hengat dunia. Hehehe.

     








Related Posts:

  • MINUM PETANG JEMPUT-JEMPUT LABU Masa kemas peti ais tadi, baru teringat ada sepotong Labu Manis yang Kjee beli kat Hero Market, Ahad lalu. Ingatkan nak buat Bingka tapi ubah fikiran apabila teringat Jemput-Jemput Labu masa singgah Restoran Jaja Jaz… Read More
  • ROTI JALA NGAM DENGAN KARI AYAM Semalam Nadia nak makan Kari Ayam. Mama dia pula teringin nak makan Roti Jala atau orang Penang panggil Roti Kirai. So, bila dicantumkan Roti Jala dan Kari Ayam, memanglah ngam kan! Hehehe Kari ayam buat… Read More
  • KUIH TAKO VERSI KJEE Bukan senang nak beli Kuih Tako kalau di luar musim Ramadhan. Mungkin ada dijual di Pasar Malam atau Pasar Tani. Kjee ni bukannya kaki merayap ke tempat-tempat macam itu. Justru, tak pernah lah jumpa kecuali di… Read More
  • KARIPAP DAGING Kjee rasa semua orang suka makan karipap. Dari kecik, itulah kuih yang awal2 sekali diperkenalkan kepada kita. Masa Kjee kecik2 dulu, arwah mak selalu buat guna keledek. Tapi kini pengunaan kele… Read More
  • WALNUT BROWNIES CITARASAKU Bukan tak boleh beli. Berlambak orang jual. Boleh pilih ikut citarasa. Tetapi Kjee buat sebab nak adjust ikut citarasa. Maklumlah kalau beli, depa buat macam ada lori gula terbalik depan rumah. Mokcik yang kena hadk… Read More

0 comments:

Post a Comment