Thursday, March 9, 2017

PULUT INTI KELAPA MANIS






       Sejak lima enam hari lepas, Kjee kurang sihat. Jadi telah diharamkan masuk ke dapur untuk memasak. Resahnya apabila tidak dibenarkan masak. Tetapi hari ini, sebaik sahaja UnclePali keluar sekejap, Kjee terus ke dapur. Walaupun masih lemah, namun gagahkan jugak diri.

       Hasilnya, apabila UnclePali balik sebelum Zohor tadi, sudah terhidang makan tengah hari dan jugak minum petang. Untuk lunch Kjee masak kari ikan Siakap. Dan untuk minum petang Kjee kukus pulut. Intai dalam freezer ada sedikit kelapa parut. Jeng jeng jeng.

       Inilah kejadian  untuk minum petang. Pulut Inti kesukaan UnclePali. Kjee kureng sikit bab Pulut Inti tetapi suka lagi pulut Mangga. Hah itu mungkin kejadian esok. Hehehe.

       Senang aje buat. Kukus pulut seperti biasa. Kemudian buatlah inti kelapa manis Kjee guna gula Melaka sahaja. Letak sedikit garam.

       Resipi penuh, klik SINI.

2 comments:

  1. Suka photo. Inti nya intai dari bungkusan. Nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Tengok pun dah buat rasa lapar. Salam kenal kak jee. Jom ler lawat blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Jangan lupa tinggalkan komen sekali. Hmmm, kalau kak jee tak kisah mungkin leh masukkan blogsaya dalam bloglist kak jee.

    ReplyDelete