Apabila ternampak orang jual durian seberang jalan dari Dataran Wangsa hari itu, Kjee tetiba excited. Musim durian dah kembali?!
Masa muda-muda dulu, Kjee dan Nadia memang suka sangat makan durian. Pantang nampaklah. Tetapi selepas berkahwin dengan UnclePali yang tak berapa minat durian, maka minat kami pun slow down. Kekadang tiga empat musim kami tak makan durian! Apatah lagi apabila Kjee terkena diabetes. So sendiri mahu ingat lah kan ... Durian is a no no! Tapi sekali sekala cheat sikit, okay kot. Hehehe.
Nadia pulak tak suka durian yang pahit. Nak yang manis sahaja. Kalau Kjee beritahu dia hendak beli durian, cepat-cepat dia suruh cari yang manis. Unclepali dan Kjee sengih sahaja. Durian yang pahit-pahit sikit tu lah yang sedap tau!
Putu Mayam beli kat Uncle naik motor |
So malam kelmarin Kjee suruh UnclePali pergi beli durian. Nak buat serawa makan dengan roti jala dan putu mayam. Ada seorang Uncle India jual putu mayam. Tiap petang, lalu sahaja depan rumah kami, sengaja dia bunyi horn motor dia kuat sikit sambil dia slow down. Putu Mayam yang dia jual memang awesome! Gebu dan lembut. Sepuluh keping RM6. Semalam UnclePali beli 20 keping sebab itu jugaklah dinner kami nanti. Cicah juga dengan kari lebihan semalam.
Semalam Kjee jala sendirian. Sebab itulah kejadiannya kurang comel. UnclePali pandai menjala. Tetapi kurang kesabaran. Justeru kaler roti jala dia seringkali keperang-perangan sedikit.
Oleh kerana Serawa Durian nak dicicah bersama Roti Jala dan juga Putu Mayam, maka Kjee buat sedikit sahaja roti jala. Satu adunan sahaja iaitu 2 cawan tepung. Hanya jadi lebih kurang 20 keping. Klik resipinya DISINI. Kali ini Kjee guna acuan fesyen lama bukan yang botol tu.
Kalau korang nak resipi Serawa durian, ini versi Kjee. Masukkan kira-kira dua mangkuk isi durian (bersama bijinya) ke dalam periuk. Ramas manja-manja. Isi air dalam periuk menutupi isi durian, gula melaka/merah secukup rasa dan sedikit garam serta dua helai daun pandan. Guna api sederhana. Apabila sudah mendidih, masukkan 1 mangkuk susu cair (evaporated milk). Kalau nak bubuh santan pun boleh. Kalau nak manis, boleh tambah gula putih. Itu jer.
0 comments:
Post a Comment