Tuesday, April 4, 2017

UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL DAN KELAPA




        Kalau asal bukan dari kampung, Ubi Kayu Rebus ini adalah satu-satunya makanan yang dinanti-nantikan. Walaupun ini makanan ruji atuk, nenek dan jugak emak masa zaman Jepun dulu, tetapi Kjee jarang-jarang dapat menikmatinya.

        Kalau terserempak dengan gerai yang menjual Ubi Rebus dengan sambal tumis dan jugak kelapa parut, memang tak pernah lah Kjee miss nak beli.

        UnclePali beli dua batang ubi kayu di sebuah gerai di Keramat beberapa hari lalu. Kjee dah banyak kali pesan kalau ternampak, jangan lupa beli. Mujur dia ingat Kjee suruh dia pilih ubi kayu yang lurus dan tak berapa besar. Yang besar bererti sudah tua. Nanti tak empuk bila direbus.

       Pagi tadi, oleh kerana Kjee tak sihat dan hampir nak tumbang apabila ke dapur, UnclePali capai ubi kayu, buang kulit dan rebus. Dia letak sedikit garam ketika merebus.

       Kemudian dia keluarkan kelapa parut dalam freezer dan juga sambal tumis udang yang Kjee buat kelmarin. Kelapa itu dibiarkan seketika di luar dan diletak gula dan secubit garam. Gaul sampai rata.

        Apabila ubi dah empuk, UnclePali toskan seketika dan hidang. Kjee jamah sedikit. Alhamdullilah, empuk seperti mana yang dihajati! Kemudian Kjee makan dengan sambal udang sementara UnclePali makan dengan kelapa parut. Sedapnya tengok dia makan lalu Kjee jamah sedikit ubi dengan kelapa. Alahai sedapnya, patutlah laju UnclePali makan!

        Nanti nak suruh UnclePali beli lagi. Dah bagitau dengan dia kalau disagat ubi itu, campur dengan kelapa parut dan dikukus, pun sedap tau. Mana tau, tanya dia. Kita nampaklah kat facebook ada fren buat. Hmmmm.





3 comments:

  1. dah duk kampung ni, selalu dah makan ubi kayu rebus cicah garam. perghhh, makan panas2 memang sodap <3

    ReplyDelete
  2. ubi kayu ni...dibuat apa pun sedap...potong baji agak2 1 inci panjang...gaul garam pastu goreng...wallaaaahhhh...cicah sambal...x pun kuah gulai cili api...x pun kari...
    -hunnyza-

    ReplyDelete