Minggu lepas, Kjee dan Nadia pergi makan Kerabu Mangga di sebuah kedai makan Tomyam di Keramat sebanyak dua kali. Sedap sangat rasanya. Mungkin dah lama tak makan. Kali pertama pergi, penuh satu mangkuk. Tiga hari kemudian, semakin kurang.
So pagi tadi Kjee ajak Nadia pergi cari mangga muda di Pasar Tani Taman Melawati. Tak ada. Semua mangga manis, kata Nadia. So Kjee suruh dia drive pula ke Hero Market berhampiran. Biasanya yang masam, selalu ada.
Nadia tanya macam mana nak tahu mangga itu masam? Hmmm beli sahajalah yang warna hijau dan murah. Kan kalau murah biasanya masam! Tapi kat Hero Market, yang mahal ke murah, tetap masam. Hehehe.
Nadia beli 3 biji. Harga lebih kurang RM5. Kjee guna sebiji sahaja. Itu pun dah penuh satu mangkuk agak besar!
Oleh kerana Nadia sibuk bantu Kjee edit buku yang Kjee terjemah, maka Kjee ke dapur seorang diri uruskan lunch hari ini. Walaupun ada box grater tetapi Kjee ikut sebiji cara chef Thai yang buat kerabu mangga. Tengok kat AFC, Astro.
Kononnya kalau ditokak mangga itu lagi sedap. lepas itu diricik atau potong halus-halus. Tengok gambar dibawah.
Resipi penuh korang klik ajelah SINI.
Kjee hanya campur hirisan mangga dengan kuah atau dressing nya ketika hendak hidang. Harus terus makan baru enak kata orang Jawa. Stail orang Thai, lagi pedas lagi sedap. Selagi perut korang tahan, letaklah hirisan cili padi sebanyak mana yang suka.
Oh ya tadi ada yang tanya Kjee macam mana Kjee goreng ikan bilis hingga ranggup. Senang jer. Panaskan minyak dalam kuali. Korang tentu biasa goreng keropok ikan kan? Kalau nak keropok itu kembang cantik, minyak kena betul-betul panas. Hah begitu juga dengan ikan bilis. Minyak harus cukup panas baru boleh dapat bilis yang ranggup. Jangan goreng banyak sangat di satu masa. Dan kena jaga suhu minyak. Kalau dah masukkan bilis, minyak terlalu panas bilis cepat hangus dan jadi pahit. Apinya terlalu slow, bilis akan lemau.
Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment