Monday, April 24, 2017
LABU SIAM MASAK AIR
Baru-baru ini Kjee terbaca dalam satu blog mengenai Labu Siam atau Sayur Cameron Highlands kata arwah Bonda. Kononnya sayur ini boleh nyahkan kolestrol jahat jika diamalkan selalu.
Sayur ini memang favorite Kjee sekeluarga masa kami kecik-kecik dulu. Masa itu kami tinggal di Taiping. Eh Taiping ke Teluk Intan Kjee tak pasti sebab masa tu masa kecik lagi. Baru masuk sekolah rendah, rasanya. Kawan-kawan arwah bapak ramai di Cameron Highlands. Justeru apabila mereka turun, mesti dibawakan buah tangan sayur ini. Sebab itu kami panggil sayur Cameron Highlands.
Itu kisah lama. Apabila Kjee dah kahwin beranak pinak, satu hari Kjee singgah di pasaraya NSK dan jumpa sayur ini. Ohhh namanya Labu Siam! Tapi tadi Nadia beli kat Hero Market, kat label tu tulis European Gourd pulak! Ahh whatever lah.
Kalau beli Labu Siam ini, biasanya Kjee masak bening atau masak air jer. Tumis bawang putih, bawang merah dan letak air. Kemudian letak udang kering. Bila dah mendidih, letaklah sayur ini yang telah dihiris-hiris.
Oleh kerana sejak dua menjak ini Kjee sibuk dengan tugasan buku, Nadia yang masak untuk lunch tadi. Rasanya dia letak jugak satu kiub bilis. Sedap dia masak cuma sayur tu terlebih renih rasanya. Terlembik sedikit. Kalau tidak, pasti perfect!
Memandangkan khasiatnya untuk hapuskan kolestrol jahat dalam badan, rasanya Kjee akan selalu masak sayur ini. Tadi ada seorang fren FB kata sayur ini ada kemungkinan menyebabkan angin. Well kalau takut angin, bolehlah letak sedikit lada hitam dan juga hirisan halis.
Sedap sayur ni, memang selalu buat stok dekat rumah. Saya suka letak dalam sup ayam dan gaeng som (asam pedas Thai) :)
ReplyDelete