Monday, April 3, 2017

SAMBAL UDANG PETAI





     
        Hari ini teringin nak makan Sambal Udang. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali kata biar dia pergi beli yang dah siap sahaja. Tetapi memang mudah aje cakap. Apakah hasilnya sama dengan airtangan kita sendiri?

        UnclePali tahu Kjee cerewet. Kalau beli pun, Kjee akan adjust lagi kat rumah kalau rasanya tak kena. Bukanlah nak riak atau menunjuk yang Kjee ni pandai masak. tetapi airtangan sendiri lain daripada orang punya. Mungkin yang beli lebih sedap tetapi tekak kita dah selesa makan yang kita buat.

        Mahalnya udang kasar-kasar kat Hero market. Sekilo RM38.90. UnclePali beli setengah kilo sahaja untuk sekali makan. Tetapi setelah mengadap sepiring dua orang tadi, masih ada berbaki untuk kami bertiga dinner nanti!

        Turut mahal ialah petai. Tiga papan (RM6!). Matanya halus-halus pulak tu! Mujur UnclePali yang beli. Kalau Kjee, mesti penjual kat pasar Keramat tu dah kena bebel. Ini petai paling mahal setakat ini yang Kjee beli.

        Anyway, tak payah nak komplen banyak-banyak. UnclePali balik tadi Kjee terus ke dapur bersamanya. Memang dia suka sangat tolong memasak especially kalau Kjee tak sihat. Memang boleh serahkan Unclepali masak sorang tetapi nanti lain pulak rasanya. So, dia tolong goreng ikan. Bab yang dia memang terer. Dia pun tolong masak nasi.

        Kjee pasti ramai ada cara sendiri buat sambal tumis. Kali ini Kjee letak sedikit belacan. Stail orang Melaka, kata arwah Bonda. Korang nak resipi lengkap, sila klik SINI. Maaflah setiap kali masukkan enrty, Kjee suruh klik sana, klik sini. Jari jemari Kjee tegang sebab kena Arthritis. Nak type satu-satu entry pun dua kali ganda masa dari selalu.






2 comments:

  1. ya Allahhh sedapnyeeee���� -hunnyza-

    ReplyDelete
  2. zaman study, kawan yg selalu masak sambal udang petai ni. memang sodap <3

    ReplyDelete