DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, May 20, 2017

KARI IKAN MACKEREL JEPUN






         Dah lama Kjee tak masuk Hero Market, baik yang lama di Section 6 Wangsa Maju atau yang baru di Taman Melawati. Selalunya, Kjee bagi list samada kat UnclePali atau Nadia. Apa yang dalam list, mereka beli.

         Semalam, Kjee insist nak masuk Hero. Mulanya UnclePali tak benarkan tetapi apabila Kjee pujuk, akhirnya dia mengalah dan bawa Kjee masuk. Siap dia standby tongkat takut isteri dia rebah. Nak bawak kerusi roda, leceh lah pulak. Hehehe.

         Kjee teringin nak makan kari. Ikan yang jadi pilihan ialah Jenahak. Kjee tau UnclePali tak kenal ikan tu sebab itu Kjee nak masuk sendiri ke Hero Market. Kami ke Hero baru di Taman Melawati. Kat situ, pilihan tak sebanyak di Hero lama tetapi sana susah pulak parking.

         Memang ikan Jenahak yang diingini, tidak ada. Kjee pun angkat dua ekor ikan Bawal Hitam. Itu fav Nadia kalau masak kari. Kemudian ternampak Ikan macam rupa ikan Tongkol tetapi bukan. Kjee pergi dekat-dekat dan nampak tertera Mackerel. Ohhh inilah Mackerel yang selalu Kjee tengok chef kat AFC guna bila masak! Kjee terus rembat tiga ekor. Tersangatlah murah. Rasanya RM8.99 sekilo. Ikan import dari Jepun.

         Kawan-kawan kat FB kata ikan ini sedap dibakar. Ada kata buat kari pun sedap. So Kjee terai ajelah. Murah jer so no problem. Kalau tak sedap boleh bagi anak-anak bulus makan.

         Setelah dipotong-potong dan dicuci dalam air asam Jawa, Kjee pun masak kari. Half way through memasak, Kjee baru perasan isi ikan ini agak pejal! Tapi taklah sepejal ikan Tongkol. Tapi kalau masak lama mana pun, rasanya isinya tak pecah berderai.


  1.          Ada kata dia pernah bakar ikan itu dan baunya sangat hanyir. Kjee rasa semua ikan bukan dari perairan sebelah sini kuat hanyirnya termasuk Salmon. Ada yang boleh uwekkk dengan bau Salmon yang telah dimasak. Justeru kita kena pandai-pandailah cuba kurangkn sikit bau itu. Tetapi heran pulak apbila macam Sushi atau Sashimi, Salmon yang dihidang mentah tidak pulak hanyir!


         Kjee tidak ada masalah semalam. UnclePali yang paling sensitif dengan bau hanyir ikan pun tak komplen.

         Tapi lain kali kalau beli Mackerel ini, Kjee akan cuba bakar pula. Cicah dengan air asam atau budu pasti sedap. Lemak rasanya dan banyak isi.

         Kakak angkat Kjee, Kak Hawa yang sudah berpuluh tahun tinggal di Australia beritahu,  ini Ikan Mackerel Jepun. Ikan Mackerel Spanyol (Spanish Mackerel) lagi besar. Indian Mackerel pula seperti Ikan Kembung atau Temenung.

         Kalau buat kuah Laksa Johor sedap ini. Banyak isi dan lemak.

         Anyway Kjee gandingkan Lauk Kari semalam dengan Kerabu Mangga (resipi  SINI), sambal belacan, jeruk petai (lihat SINI) dan jugak bendi celur. Untuk resipi kari ikan, klik SINI.




Japanese mackerel


     

Thursday, May 18, 2017

KAILAN IKAN MASIN






         Kjee pasti ramai mengeluh tengok entri ini. Mengeluh sebab mereka tidak suka makan sayur. Well, maaflah ya kalau korang tak suka. Tetapi Kjee dan Nadia memang tak boleh makan nasi kalau tidak ada sayur. UnclePali species lain. Tapi dia suka Kailan masak camni.

         Kailan adalah antara makan wajib order kalau kami makan di luar. Tak kesahlah kalau gerai Tomyam atau di restoran lain yang sewaktu.

         Tetapi malangnya, seringkali cara memasak mereka tidak menepati selera kami. Banyak sangat minyak digunakan sedangkan boleh sebenarnya letak sikit minyak sahaja! Jangan membazir minyak masak lah!

         Mudah jer masak lauk ini. Tetapi ada penanam sayur Cina beritahu Kjee sayur ini setelah disiang, harus direndam lama sedikit. Lama tu dalam sejam kot. Dan dibilas guna air yang banyak kerana mereka yang tanam sayur ini guna banyak insecticide (racun serangga). Justeru, apabila beli kailan, jarang jumpa daunnya yang dimakan ulat.

         Tapi Kjee ambil langkah selamat iaitu beli yang haidroponik. Mahal sedikit tetapi tidaklah sampai buat kita jatuh miskin. Hehehe.

         Ikan masin yang digunakan tak payahlah yang jeruk (tetapi guna ikan tenggiri jeruk masin, tersangatlah sedap). |Apa juga ikan masin yang ada dalam rumah boleh digunakan. Goreng garing-garing dan ramas-ramas. Kemudian ditaburkan aje diatas sayur yang sudah siap dimasak, waktu hendak hidang.

         Cara Kjee masak sayur ini simple jer. Ketuk-ketuk bawang putih, tumis dalam minyak yang sedikit hingga garing (bukan hangus). Masukkan sayur dan balik-balikkan. Kalau suka tambah air sikit sahaja untuk masakkan sayur tu. Kemudian Kjee letak sedikit kicap cair ikan/sotong Thai atau nampla. Jangan banyak sebab nanti nak tabur ikan masin diatasnya.

         Bila dah hidang, taburkan sedikit lada sulah dan ikan masin yang telah digoreng dan ramas. Lauk ini Nadia yang masak hari tu.

       



Wednesday, May 17, 2017

MLCP ATAU GULAI JERING TUA






         Dah banyak hari Kjee tak update kan! Bukan Kjee tak sihat tapi UnclePali yang tak berapa nak okay. So apabila dia sakit, kita pun jadi lemau.

         Hari ini Kjee semak galeri foto dan nampak foto lauk jering yang Kjee masa dua atau tiga minggu lepas.

         Ini makanan orang tua-tua. Budak-budak muda sekarang (kecuali Nadia) tak minat sangat rasanya. Tetapi Nadia cukup suka. Tiap kali hendak ke kedai makan masakkan Padang Anne kat Paya Jaras, kena call dulu. Kalau ada lauk jering maka dia akan pecut laju-laju. Tak kesahlah masak lemak cili padi Jering ataupun Rendang Jering. Dua-dua pun sedap di kedai Anne tu.






     
         Ala bukan lauk jering jer, apa pun masakan airtangan Anne memang sedaplah. Dia berasal dari Padang atau Bukit Tinggi, Sumatera rasanya. Sebab itu masakan dia sedap. Tapi Anne kata dah banyak disesuaikan dengan selera orang Malaysia. Nak kesana, korang pergi Sungai Buloh. Kedai Anne sebelah kiri jalan kira-kira 10 meter dari tapak Pasar Tani/Pasar Malam kat Jalan Sungai Buloh/Paya Jaras tu. Signboard dia besar. Pasti tak terlepas punya! Oh seberang jalan dari kedai Mr Cermin.

         Berbalik kepada Gulai Lemak Pedas Jering yang Kjee buat aritu. Nadia pergi ke pasar Chow Kit beli jering tua. Nak tau rupa jering tua, warnanya agak dark brown dan keras. Tanyalah pada orang yang jual. Lihat foto bawah. Kalau bukan yang macam ini, Kjee tak beli sebab jering itu belum cukup tua. Bila dah rebus nanti tak kenyal.




Jering tua

       

         Cuci bersih-bersih dan rebus dengan kulit ari (kulit yg dlm foto tu) sekali. Kjee masukkan dalam Pressure cooker dan rebus dalam 10-15 minit. Insya Allah cantik kejadiannya. Kalau rebus cara biasa, tak tau berapa lama sebab tak pernah buat. Dah keluar dari pressure cooker, kulit tu senang jer tanggal.

         Kemudian (ini sangat penting), sebiji jering itu diceraikan jadi dua keping dan DITUMBUK! Hari tu Kjee letak pos sepinggan lauk ni di FB, ada yang kata kalau ditumbuk lagi sedap. Memanglah Kjee tumbuk. Itu pesan nenek moyang. Kalau tak tumbuk, nanti 'tercepit masa nak kencing!' Apa maknanya Kjee tak pernah tau. Tetapi dalam foto Kjee kat atas sekali tu, nampak macam tak tumbuk. Kjee tak berani langgar pantang tok nenek tau.

         Masa tumbuk tu lah sedap ikut cara ini... tumbuk sebiji masuk mulut sebiji. Hehehe. Masa kecik dulu, kalau ke kampung arwah Yaie (penggilan orang Jawa untuk atuk lelaki) di Melaka, ada orang jual Urap Jering. Jering itu direbus empuk, makan dengan kelapa yang telah dicampur sedikit garam. Nyaman sekali kata orang Sarawak!

         Kalau nak resipi penuh Gulai Jering ini, korang tengok SINI. Oh ya orang Jawa panggil jering tu Jengkol tau.

         Kalau di bulan Puasa, Kjee tahu gulai ini antara yang paling laku di Pasar Ramadhan. Tapi awas, jangan kencing merata-rata. Opppsss bukan merata-rata tetapi jangan lupa siram air banyak-banyak selepas kencing. Hehehe.









Saturday, May 13, 2017

JERUK PETAI DAN TELOR ASIN


ehsan google



         Ramadhan is just around the corner... tak sampai dua minggu lagi. Jadi apabila tiba bulan yang mulia ini, selain tingkatkan Ibadat, ada orang buncitkan perut. Opppsss sorry. Hehehe.

         Keluarga Kjee pula, kuantiti tak penting tetapi setiap yang dihidangkan harus menepati citarasa mereka. My family tak cerewet. Serius ni.  Walaupun di bulan lain, makan mesti nak sedap-sedap, tetapi di bulan Puasa, hidangan mestilah ala kadar. Senang nak solat dan ke mesjid untuk solat Terawaih.

         Masa mula-mula berkahwin dengan UnclePali 17 tahun lalu, Kjee terkejut. Betul-betul kejutan budaya sebab UnclePali tak galakkan masak (atau beli) sehingga penuh meja! Kjee telah didedahkan oleh Bonda sejak kecil lagi apabila berbuka puasa di bulan Ramadhan, penuh satu meja dengan juadah kesukaan kami.

         Adik beradik Kjee seramai empat orang. So, Bonda siapkan makanan kesukaan kami yang berlainan setiap seorang setiap hari. Bapak pulak lain seleranya. Dan Bonda juga akan masak makanan kesukaannya! Jadi bayangkanlah. Tak penuh ke meja?!

         Jadi apabila Kjee berdua sahaja dengan Nadia dulu, Kjee pun ikutlah citarasa kami. Namun semuanya terbantut apabila UnclePali hadir. Tetapi timbul keinsafan apabila dia tidak galakkan kami berbelanja berlebih-lebihan untuk berbuka puasa. In other words, jangan membazir.

         Dan Alhamdullilah hingga ke hari ini, kami berbuka ala kadar sahaja. Tetapi itu tidak bermaksud makanan kami dicatu. Cuma contohnya kalau sebelum ini ada empat jenis lauk dihidangkan, sekarang cukuplah sedar dua jenis sahaja. Dan mungkin satu jenis kuih.

         Oleh kerana menu berbuka puasa simple sahaja, maka Kjee akan pastikan apa yang mereka suka sangat, Kjee adakan. Antaranya, petai jeruk, jering, telor asin, sambal belacan dan ulam-ulam lain. Nadia dan UnclePali makan kerdas. Kjee tak pernah terai.

         Biasanya dua minggu sebelum Puasa Kjee akan siap sedia. Kjee mula belajar buat telor asin sejak dua tahun yang lepas. Dan jeruk petai pula biasanya Kjee beli sahaja atau buat petai rebus, petai bakar atau petai mentah untuk dijadikan ulam.

         Malam tadi Kjee layari internet untuk belajar cara betul buat Petai Jeruk. Dulu Kjee pernah buat. Petai itu dibuang kulit kemudian direndam dalam botol letak air panas setelah letak asam keping dan cili padi. Memang menjadi lah.

         Tetapi Kjee buat cara blogger INI. Terima kasih Cik Jana. Izinkan Kjee share cara awak ya.

   



Potong kulit tepi supaya senang nak picit keluar petai

Celur dalam air panas

Celur sehingga kulitnya berubah warna sedikit

Picit semua petai

rendam dalam air masak sejuk


Telor asin


         Untuk buat telor asin cara Kjee, bolehlah klik SINI.

         Selmat mencuba.

Tuesday, May 9, 2017

SALTED EGG SOFT SHELL CRABS







         Kjee mula merasa makan soft shell crabs (ketam kulit lembut) di restoran Jepun. Macam-macam cara masakannya. Tapi kami suka Temaki with Soft Shell Crabs. Kami sekeluarga memang minat makan ketam. Tetapi bukan dimasak di rumah. Selalunya kami makan Singapore Chilli Crabs di sebuah restoran di Petaling Jaya. Hanya ratah dan cicah kuahnya dengan roti bakar. Kalau kat rumah masak cara apapun, tetap tak laku. Mungkin suasana makan di kedai dengan bunyi orang ketuk ketam sambil makan tu yang menyelerakan.

         Anyway, hari itu Kjee nampak Chef Shearson Lian masak Soft Shell Crabs with salted egg yolk. Mudahnya!! Kjee pernah masak lauk resipi sama guna udang. Tak pasti ini resipi Cina atau India sebab guna daun kari. Mungkin dah di fusion kan. Hehehe.

         Seperti biasa Kjee tanya frens FB mana nak beli soft shell crabs. Tak pernah nampak di Hero Market. Kata mereka ada di Sri Ternak Market, Selayang. Tapi ada seorang tu kata ada di Kampung Baru. Lihat foto bawah.






Empat ekor 500 grams


         Maka Kjee pun pergilah ke kedai tu. Sepelaung jer dari rumah arwah atuk di Jalan Raja Alang. Kjee pun pernah tinggal sama kawan-kawan kat flet PKNS, Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru masa bujang dulu. Satu kilo RM55. Kjee minta 4 ekor. Bila ditimbang, beratnya 500 grams. Ok lah kan. Baru first time buat. Kalau sedap lain kali boleh ulang beli.

         Sampai rumah Kjee google pula cara nak bersihkan ketamkan tu sebab ia tiada kulit keras. Rupa-rupanya sama jer macam ketam biasa. Buang selaput hitam yang macam kulit tu, bersihkan insangnya dan kerat dua. Kenit sangat-sangat hehehe. Simpan sekejap dalam peti ais.

         Kemudian Kjee follow cara Sherson. (Kjee telah rakam rancangan itu). Mula-mula pecahkan telor asin (Kjee guna 4 biji. Tamak lah. Tiga pun cukup sebenarnya). Asingkan yang putih dengan kuning. Sherson suruh kukus seketika telor kuning. Kjee buat. Tapi lain kali tak payah kukus.









Setelah digoreng


         Bahan lain ialah bawang putih, cili padi, sedikit tepung jagung dan daun kari. Bawang putih dan cili padi dicincang. Kjee guna 5 biji bawang putih dan 6 biji cili padi.

         Celup satu ketul ketam ke dalam tepung jagung kemudian celup dalam telor putih tadi. Kemudian goreng hingga garing. Buat sampai habis.

         Panaskan satu ketul butter (dalam satu sudu besar) bersama sedikit minyak. Kjee guna minyak zaiton. Korang gunalah apa sahaja yang ada. Apabila sudah cair, masukkan bawang putih dan daun kari. Goreng hingga bawang putih keperang-perangan dan daun kari dah jadi garing. Masukkan kuning telor, pecah-pecahkan. Oleh kerana sudah dikukus, kuning telor tu jadi keras. Lain kali Kjee tak nak kukus. Kemudian masukkan cili padi dan ketam. Gaul hingga rata dan mesra. Rasa.

         Kjee tak letak langsung garam kerana Nadia kata sudah cukup rasa kemasinannya dari telor asin tadi. Hidang ketika panas.

         Rasanya? Pada Kjee okay sahaja. Kjee lagi suka guna udang yang besar-besar. Lagi puas makan. Tapi at least Kjee dah cuba buat sendiri di rumah kan!




Monday, May 8, 2017

THAI OX TAIL SOUP





     
         Ini favorite UnclePali. Selalunya balik dari kerja, mesti singgah kat Niara Tomyam berhampiran rumah kami. Seminggu tiga kali.  Dia akan beli satu bungkus bawak balik di hari Kjee tak masak. Nasi memang sentiasa ada sebab anak meow nak makan nasi campur ikan rebus for dinner. Satu bungkus RM9 untuk tiga ketoi ekor yang kecik-kecik. Kekadang daging ekor tu keras berdengkang tapi dia telan juga.

         Tetapi satu malam, dia pening. Kjee kata mungkin sebab selalu makan sup ekor. Lantas dia berhenti beli. Dah dekat dua minggu kot. Nak dipendekkan cerita, Kjee ikut Nadia masuk Hero Market Melawati the other day dan ternampak ekor lembu. Kjee terus rembat dua peket. RM11 satu peket. Dua peket ada 15 ketul kesemuanya, Murah!!

         Kjee tak pernah masak sup ekor ala Thai. Selalu beli buat stew. Tapi Kjee ini Kjee nak bagi surprise kat UnclePali. Kjee google resipi kat internet. Alahai mudah sangat. Semua bahan ada dalam peti ais.

         First thing first. Kjee bersihkan ekor dan masukkan ke dalam pressure cooker. Tak ada bonjot rempah dalam pantri so Kjee letak 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga dan 3 biji bunga lawang. Rebus dalam PC sampai lembut. 45 minit rasanya. Terlerailah daging dari tulang. Melt in the mouth gitu. Kalau tidak, kena rebus biasa lebih kurang 4 atau 5 jam!

         Kemudian Kjee alihkan rebusan itu ke dalam periuk lain. Tambah air kalau perlu. Kemudian masukkan sebiji tomato yang telah dikerat empat dan hiris kasar-kasar batang seleri. Kalau tak silap Kjee guna 3 pelepahnya. Kemudian bawang besar dipotong empat, cili padi (kjee guna 6 biji) diketuk-ketuk dan masukkan. Campakkan juga 1 kiub pati daging (beef cube). Rendidih lagi sehingga sayur-sayuran tadi dah lembut. Jumlah air (termasuk air rebusan ekor tadi), pepandailah korang adijust. Cukup-cukup ajelah nak hirup supnya.

         Apabila sudah puas hati, adjust perasa pulak. Rasa dulu. Kemudian baru letak kicap ikan atau sos nampla, ikut rasa. Selepas itu, masukkan perahan jus dari dua biji limau nipis. Nak masam lagi, tambahlah jus tu.

         Tarrraaaa dah siap. Mudahkan! Tadi UnclePali kata lain kali tak payah nak beli kat Niara Tomyam lagi. Yalah kan sebab isteri dia juga tahu masak Sup Ekor kesukaan dia! Nadia kata lebih sedap. Hehehe.

         Masa nak hidang boleh taburkan bawang goreng dan juga daun sup kalau suka. Ada orang buat tumis darat bawang merah dan bawang putih. Tapi Kjee tak buat.

         Selamat mencuba.






Friday, May 5, 2017

SAMBAL KERING JAWA







         Lauk Jawa ke ni? Hmmm hantam sajalah labu. Tapi kerana airtangan orang Jawa, maka jadilah dia lauk Jawa kan? Hehehe.

         Kjee letak tempe, kentang, petai dan bilis. Kentang itu optional. Kjee letak sebab tengok dua biji kentang dalam bakul bawang dah mula menampakkan usianya yang sudah lanjut. Jadi terpaksa selamatkan. Tapi sedap juga bila dah letak.

         Bilis Kjee goreng garing dan letak last sebelum hidang. Cara ini, ikan bilis yang telah digoreng garing itu tidak lemau. Sedap kan kalau dimakan ada rasa kruk kruk.

         Petai pulak, Kjee kikis kulit luar atau orang panggil kulit ari yang warna hijau tu. Kemudian baru Kjee potong-potong ikut suka. UnclePali yang mintak kulit tu jangan dibuang. Ada orang kata kulit itu ada khasiatnya. Wallahualam. Tapi tak salah kalau korang buang kulit amik bijinya sahaja. Orang putih panggil petai itu Stink Beans atau Kacang busuk. Hmmm durian pun dia orang kata busuk... macam-macam species tu kan!










         Lauk ini popular kalau makan untuk berbuka puasa atau sahur. Tetapi tak digalakkan sangat untuk sahur sebab esok kan nak kerja. Hehehe.

         Resipinya mudah jer. Korang buatlah sambal tumis biasa. Yang hanya letak bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halus kemudian tumis guna minyak banyak. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai garing dan naik minyak. Kjee tak letak belacan sebab Kjee guna 1 ketul kuib bilis. Apabila sudah cantik masaknya, sejukkan. Oh ya kalau nak tambah sikit gula pun boleh. Tapi Kjee tak letak. Lepas siap, kaup minyak dia dan buang.

         Kenapa mesti buang? Minyak ini kata dia orang sedap lah. Goreng Mi, buat nasi goreng! Ya ker? Entahlah daripada apa yang Kjee baca, semua minyak lepas digoreng, tidak sihat dikitar semula. Dulu Kjee tak tahu. Lepas goreng ayam, Kjee simpan. Dan minyak itu Kjee guna untuk buat Sambal Hijau.

         Well kalau korang rasa minyak itu sedap, bawalah bekas pergi restoran makanan segera ayam goreng tu. Mintak minyak dia orang goreng ayam. Kan minyak tu sedap! Balik boleh guna buat goreng Mi atau nasi! Kalau korang tengok warna minyak yang telah diguna untuk goreng ayam berpuluh-puluh kali, pasti korang serem. Oppppsss termasuk pulak cerita serem. Hehehe.





Buang minyak ni. Jangan recycle. Tak sihat!



        Berbalik kepada sambal yng kena sejukkan dulu. Kenapa sejukkan? Sebab kalau dimasukkan semua bahan-bahan gorengan dalam sambal yang masih panas, ia akan cepat melemaukan bahan-bahan tersebut. Rasanya lah.

        Selepas siap sambal baru Kjee goreng bahan-bahan. Mula dengan tempe. Kemudian kentang dan kemudian petai. Kalau letak jering tua yang telah dihiris-hiris pun sedap tau. Goreng sampai separuh masak jer jering tu. Kjee suka sebab texture jering tu macam kentang. Rasa pun macam kentang cuma ada bau jering ajerlah. Last sekali goreng bilis garing-garing. Semalam masa nak hidang baru Kjee goreng bilis dan gaul.

         Apabila semua bahan gorengan dah siap, bolehlah digaulkan ke dalam sambal sampai rata. Itu sahaja. Sedap sangat makan dengan nasi putih, lemang ataupun nasi impit. Pada Kjee, tak perlu lauk lain.









Thursday, May 4, 2017

DAH 25 JUTA PAGE VIEWS! THNX ALL







         Siapa sangka dalam main-main nak cuba menulis apabila dipaksa oleh my husband yang excited sangat untuk tengok blog ini lahir (Januari 2011), sekarang dah cecah 25-juta page views (pv). Bukan 25-juta pengunjung tau. Tetapi ia telah dibuka dan dibaca sebanyak 25-juta kali!

         Maknanya kalau dalam sehari korang tengok 10 kali, itulah yang menyumbang hits sebanyak 25 juta! Nothing to shout about berbanding pencapaian my blogger friends macam Che Mat Gebu yang dah touch 60 juta lebih pv! Mokcik ciput jer kan Che Mat!

         Anyway, pasti ramai tahu bukan senang nak cecah even satu ribu pv kalau nasib tidak menyebelahi kita. Terima kasih semua yang sering singgah blog Kjee ini walaupun ada kalanya disebabkan kekangan masa, Kjee jarang sikit update. Kjee sekarang dah tukar profesyen. Masa kecik dulu cita-cita nak jadi Court Translator (bukan court jester hehehe). Bila dah di hujung-hujung usia tetiba dapat job translate buku. Okaylah tu kan!
       
         Ingat lagi masa mula-mula bukak blog ni dulu. Masa tu bende baru, excited semacam lah. Kekadang sehari Kjee pulun lebih dua tiga entri! Otak masih fresh. Banyak yang boleh tulis.

         Blog ini sudah berubah daripada berkonsepkan seperti 'a journal of my life' kepada blog apa yang kjee masak. Kjee tak berani nak claim Kjee ini tukang masak (hanya tukang nyibuk kat dapur jer) tetapi Kjee suka sangat ambil foto the food that I cook. Sengaja nak buat macam buku rujukan buat my one and only daughter. Tak sangka pulak ramai yang suka intai semua food Kjee walaupun taklah sehebat airtangan Che Mat Gebu dan blogger home cooks yang lain.








         Kjee rasa macam nak kembali kepada konsep asal blog ini iaitu Kjee banyak menulis mengenai apa yang Kjee lihat sekeliling Kjee. Nak masak pun dah tak berapa nak larat. Semuanya depends on mood ketika itu.

         Apapun terima kasih semua masih tidak jemu-jemu singgah sini. Kalau ada apa-apa idea atau apa sahaja yang korang ingin Kjee ceritakan, feel free to drop your suggestions kat ruang komen. Maaflah segala yang korang komen Kjee kena tapis dulu. Ketika blog ini diwujudkan dulu, Kjee lepaskan tanpa sekatan. Tetapi faham-fahamlah selain peminat, haters pun ramai.

         Apakah ada rezeki Kjee untuk melihat page views yang ke 50 juta? Apakah panjang umur Kjee nanti untuk melihat ketibaannya? Wallahualam. Allah Maha Mengetahui.

         Kjee nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada suami tercinta yang semua kenali sebagai UnclePali. Beliaulah yang mula-mula dulu syorkan Kjee bukak blog ini. Berbulan-bulan lamanya dia memujuk Kjee. Tiap kali jawapan yang Kjee berikan kepadanya ialah, nak tulis apa? I bukannya reti! Tetapi apabila dah mula, dah got the hang of it, terus ketagihan. Kekadang sampai nak dekat azan Subuh, masih mengadap blog. Thnx sayang.

         Okay kepada semua, janganlah stop membaca dan singgah blog Kjee ini. Tak tahu samada berita berikut ini akan menjadi kenyataan.

         Seorang penerbit syarikat buku popular tanahair, dah syorkan Kjee pilih entries yang Kjee ingin bukukan! Serius ini. Kjee tak tahu nak kata apa ketika dia buka mulut hari tu! Kjee masih belum buat keputusan walaupun UnclePali sangat-sangat excited. Doakanlah ia menjadi kenyataan satu hari nanti. Dan sekiranya Kjee buat keputusan, sudah pasti entries mengenai cerita Cik Han yang Kjee tulis awal-awal kemunculan blog ini dulu, tidak akan Kjee lupa untuk masukkan.



Tuesday, May 2, 2017

SPICY GARLIC PRAWNS






         Kjee punyalah teringin nak makan Spicy Garlic Prawns ni sejak tiga minggu lepas. Dua tiga hari sekali masuk Hero Market atau Fish Mart kat Taman Melawati. Susahnya nak jumpa udang yang kasar-kasar. Kalau ada pun, ada yang jenis berbintik-bintik macam species anjing Dalmatian.

         Akhirnya hujung minggu lepas dapatlah juga udang walaupun tak sekasar yang diharapkan. Nadia beli 15 ekor atau lebih kurang 400 gms. Taklah luar biasa sangat Spicy Garlic Prawns ni. Cuma hari tu Kjee makan di satu restoran seafood di Petaling Jaya. Punyalah sedap tetapi of course udangnya besar-besar. Itu yang buat ia lagi sedap kot.

          Kjee google recipe Spicy Garlic Prawns. Alahai rata-rata tumbuk bawang putih dan cili. Kemudian tumis hingga garing. Sebelum itu, udang digoreng separuh masak dulu. Tepikan. Tumis cili dan bawang putih garing. Pastu masukkan kembali udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaul sampai rata. Itu resipi yang Kjee nampak dalam internet.

          Kjee buat versi Kjee yang hantamlah sahaja labu. Udang itu dibuang misai jangkut, ditoreh sedikit belakang badannya dan keluarkan urat hitam. Kemudian perapkan dengan garam dan kunyit. Tepikan.

          Kupas 6 biji bawang putih. Tumbuk jangan halus sangat. Asingkan. Kemudian tumbuk cili. Kjee campur 4 biji cili hidup dan 6 biji cili padi. Tumbuk.

          Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang separuh masak. Keluarkan. Masukkan bawang putih dan goreng hingga wangi dan menjadi keperang-perangan. Keluarkan. Masukkan cili yang telah ditumbuk dan goreng hingga naik minyak. Perasa dengan garam dan sedikit gula. Kemudian masukkan udang. Sebelum padam api, masukkan dulu bawang putih. Gaul sampai rata.

          Masa nak hidang, hias dengan daun ketumbar. Makan dengan nasi putih ketika lauk masih panas. Itu jer. Mudah jer kan! Alahai udang goreng berlada jer. Namanya jer gempak! Hehehe.