Ya memang betul. Lauk ini akan meningkat tahap kolestrol jahat kita tetapi bukan makan hari-hari kan? Itu kata-kata untuk memujuk hati. Hehehe. Ini lauk yang Kjee buat semalam. Udang dah duduk dalam peti ais empat hari. Rasanya kalau masak terus setelah beli lagi sedap.
Kjee sebenarnya tak ada plan nak masak lauk ini semalam. Kjee telah pun masak separuh ekor Rendang Ayam Kelantan sebelum itu. Tetapi apabila sudah siap. tiba-tiba teringat ada 15 ekor udang dalam peti ais. Agak kasar-kasar juga.
So, Kjee keluarkan, rendam seketika dalam air dan buang hujung muncung serta janggut. Belakangnya Kjee toreh sedikit dan tarik keluar urat hitam. Selepas cuci dan toskan airnya, Kjee letak serbuk kunyit dan garam. Perap seketika dan goreng separuh masak. Tepikan.
Kjee tumbuk cili padi kampung (20 biji. Kalau nak lagi pedas tambahlah) bersama satu labu bawang putih (lebih kurang 10 biji). Kemudian Kjee tumis bersama dua batang serai yang telah diketuk. Apabila sudah hampir garing, masukkan sejemput daun limau purut yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan udang dan gaul sehingga mesra dengan rempah tumis tadi. Letak garam dan serbuk perasa jika guna.
Sebelum padam api, taburkan kuning telor asin yang telah dihancur-hancurkan. Kjee letak yang kuning sahaja sebab putihnya, Kjee buat sendiri hari itu, terlalu masin. Kalau korang nak letak sekali yang putih, jangan diperisakan udang itu dengan garam ya.
Hidang panas-panas dengan nasi putih.
Sedap ke? Well, Kjee tak sukalah canang kata sedap tapi cubalah sendiri. Apapun, Kjee happy sangat apabila UnclePali kata sedap. Okay lah kan kalau suami kita suka. Selamat menerai.