Sunday, July 9, 2017

SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN




               Ini untuk buktikan yang Kjee ada masak untuk Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan yang lalu. Cuma Kjee malas jer nak jadikan entri.

               Daripada sebulan kita berpuasa, Kjee hanya berbuka di luar sebanyak dua kali dan dua kali lagi, lauk tunjuk. Hehehe.

               Asparagus ini Kjee beli di NSK Sri Rampai. Harga RM5 untuk satu ikat. Kjee rembat dua ikat sebab bab sayur Kjee memang tamak. Hehehe. Aritu kami pergi Cameron Highlands, Kjee beli juga Asparagus. Dua ikat RM12. Apabila Kjee tanya kenapa mahal sedangkan di KL boleh dapat lebih murah, Ah Soh tu kata sebab fresh. Tanam sendiri. Ya lah tu. Kjee simpan dalam peti ais. Dua hari kemudian terpaksa buang sebab dah kuning dan layu!!! Grrrrrrrr!

              Sayur ini memang mahal kalau makan di restoran baik restoran Cina Muslim atau Thai. Sepiring kenit berbelas ringgit. Itu sebabnya kalau jumpa di supermarket, Kjee mesti beli.

              Cara memasak favorit Kjee ialah Goreng Belacan letak udang.  Cara masak yang mudah. Tumbuk cili padi (ikut kepedasan masing-masing). Kemudian tumbuk juga bawang putih dan akhir sekali tumbuk sekali dengan sedikit belacan.

              Sayur ini bahagian batangnya agak keras. Jadi pengalaman Kjee selalu tengok chef omputih di TV ialah dengan mengambil satu batang dan patahkan hujung asparagus. Kalau mudah dipatah, maknanya guna setakat itu jer. Yang hujung itu pastu liat. Alahai faham ker? Cubalah buat sendiri dan korang akan faham apa maksud Kjee. Hehehe.

              Setelah dipatah-patahkan sepanjang lebih kurang dua inci, cuci dan toskan. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan udang. Kalau tak letak pun ok. Selepas itu, masukkan sayur asparagus dan sedikit air. Goreng sehingga sayur itu lembut. Perasakan dengan kicap cair atau fish sauce.

              Hidang panas-panas.





Related Posts:

  • PERIA KATAK UBAT DIABETES? Lebih elok kalau dibuat ulam mentah Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan… Read More
  • BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge. Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung un… Read More
  • YANG PAHIT TU LAH SEDAP Ramai tak suka sayur peria. Baik yang biasa (orang Jawa panggil Kambes) atau peria katak. Mereka kata pahit. Yang pahit itulah ubat. Elok untuk orang perempuan tau. Adakah pernah korang makan jamu ma… Read More
  • SEAFOOD SPAGHETTI IN CHILLI, GARLIC AND OLIVE OIL Spaghetti Aglio Olio. Dalam bahasa Inggeris, Spaghetti with olive oil, garlic and chilli peppers. Dalam bahasa kita Spaghetti yang dimasak dalam minyak zaiton, bawang putih dan cili. Mudah dimasak, sedap dan … Read More
  • KACANG BUNCIS DAN CENDAWAN SHITAKE STIR FRY Inilah sayur kegemaran isi rumah Kjee. Dulu Kjee dan Nadia jer yang suka makan. Tiba2 sekarang Unclepali pun suka jugak. Masa Unclepali belum wujud dalam hidup kami, sayur adalah satu kemestian dalam hidangan kami. Nas… Read More

3 comments:

  1. Salam Kak Gee, lamanya tak singgah sini...asparagus memang kegemaran SA...selalu masak dengan daging...sedap..lama dah x buat ni

    ReplyDelete
  2. Terliur tengok gambar tu.
    Mrs. A pun suka asparagus betul tu kalau makan di restoren yang dah siap dimasak memang mahal.
    Mudah je resepi ni nanti nak try lah

    ReplyDelete