Poori adalah makanan favorite my asben for breakfast. Kalau kami singgah kat Restoran Al Kader kat Lembah Keramat, wajib dia order Poori selain Teh Ais dan telor separuh masak. Tetapi apabila kereta demam denggi dan masuk wokshop sejak seminggu lalu, kesian UnclePali. Terpaksa telan air liur teringat breakfast favorite dia ni.
Kjee pernah buat Poori tiga tahun lalu. Kjee belajar dari blog Chef In You. Bukan tak ada resipi tempatan tetapi Kjee dah intai banyak resipi dan semuanya guna yeast. Kjee jenis tak sabar nak tunggu doh naik kemudian tumbuk buang anginnya dan proof (betul ke ejaan) sekali lagi. Seperkara lagi, Kjee nak resipi yang ori. Justeru apabila jumpa blog CIY, Kjee tak buang masa mencuba.
Maka Kjee pun ikutlah sebiji resipi CIY ketika itu. Tetapi resipi itu menggunakan tepung Atta atau wholemeal flour. Tepung Atta ini memang sihat tetapi ia bukan makanan ruji orang Melayu dan tiada selalu dalam simpanan. Kjee tengok resipi orang kita banyak guna tepung gandum. Dan Kjee rasa Rest Al Kader juga guna tepung gandum.
Lepas Subuh tadi Kjee nekad nak buat guna tepung gandum walaupun ada beberapa kawan FB syor resipi mereka tetapi Kjee tetap pilih resipi CIY sebab dah terbukti kejadiannya dulu. Cantik mengelembung. Dan yang penting tak perlu yis dan diperap langsung. Kjee dapat tips dari CIY kalau doh itu diperap, nanti Poori akan serap minyak!!! Ohhh gitu ke? Itu rahsia ibunyanya kata CIY!
Kilangu |
First thing first. Kita kena masak dulu Kilangu atau lauk kentang yang ramai ingat ada letak dhal. Bahan-bahan yang Kjee guna adalah 4 biji kentang, 2 biji cili hijau, 2 biji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu sudu kecil biji sawi dan satu sudu kecil serbuk kunyit. Dan juga ½ cawan susu cair. Fresh milk pun boleh.
Cuci bersih-bersih kentang tanpa buang kulit dan belah dua. Kemudian direbus sehingga empuk. Apabila dah empuk, buang kulit dan lenyek kasar-kasar, guna garfu. Tepikan.
Hiris dua biji bawang besar dan dua ulas bawang putih. Kalau bawang terlalu besar, sebiji cukup. Cili hijau dihiris memanjang. Kemudian letak lebih kurang dua sudu besar minyak dalam periuk dan panaskan minyak. Tumis biji sawi hingga ia meletup-letup. Kemudian masukkan bawang serta cili yang telah dihiris.Goreng seketika sehingga bahan goreng, layu. Masukkan pula kentang lenyek kasar tadi bersama satu sudu kecil serbuk kunit, garam dan pak aji (kalau guna). Jika tak guna, letak sedikit gula. Masukkan juga lebih kurang ½ cawan air. Masak sehingga air hampir kering. Kjee letak lebih kurang ½ cawan susu cair (evaporated milk) ke dalam periuk. Susu cair ini untuk memberi rasa lemak kepada Kilangu. Perlahankan api. Rasa dan padam api. Ada orang letak daun kari. Kjee malas nak keluar petik. Hehehe.
Selesai bab lauk atau Kilangu.
Sebelum mula buat Poori, panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Mula dengan guna api sederhana. Untuk Poori, bahan-bahan yang Kjee guna adalah 2 cawan tepung gandum. Letak secubit garam dan gaul rata. Kemudian Kjee ambil lebih kurang 3 sudu besar minyak panas dari kuali dan curahkan ke dalam tepung. Gaul rata dengan garfu. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit (lebih kurang ½ cawan) ke dalam tepung dan satukannya. Uli sehingga ia menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Doh ini tidak seharusnya terlalu lembik atau keras. Bahagikannya kepada bebola yang sama. Naikkan kepanasan minyak dalam kuali.
Ambil satu bebola. Tabur sedikit tepung atas permukaan meja dan gelek guna pengelek. Gelek hingga senipis mungkin. Ketika ini minyak haruslah panas tahap gaban. Hati-hati letakkan doh ke dalam minyak. Biarkan ia mengelembung kemudian pantas-pantas diterbalikkan. Ini mengambil masa yang sangat singkat. Apabila sudah cantik warnanya keperang-perangan, keluarkan. Buat sampai habis semua bebola doh. Hati-hati sebab minyak tersangat panas.
Sekiranya minyak tidak cukup panas, Poori akan menyerap minyak. Begitu juga jika korang perap doh Poori itu. Poori biasanya dimakan dengan Kilangu. Tetapi suka hatilah nak makan dengan apa jua lauk iringan.
Poori |
Sedapnya makan lagi-lagi ngh lapar ni..
ReplyDelete