Saturday, November 4, 2017

SAMBAL GORENG AYAM LAUK WONG JOWO






          Dari dulu hingga sekarang, Kjee kenal lauk ini sebagai Sambal Goreng Pengantin. Bonda yang kata itu nama lauk ini. Jadi kalau ada kata ini bukan Sambal Goreng Pengantin, Kjee tak tau nak kata apa. Ini lauk orang Jawa. Tapi ramai orang Jawa tak tahu buat. Kata mereka lauk ini mirip Ungkep. Kjee tak pasti sama ada pernah makan Ungkep. Tapi ada kata ini bukan Ungkep sebab Ungkep tak letak santan. Whatever.

         Kjee suka sangat lauk ini. Teringat arwah Bonda dulu kalau buat sambal goreng ini, dia guna daging dan letak hati lembu juga. Sedap sangat.

          UnclePali tak gemar lauk ini. Justeru Kjee jarang masak. Lauk ini Kjee buat awal minggu ini. Kjee redah sahaja walaupun tahu UnclePali akan jamah sedikit sahaja. Tetapi nasib Kjee baik. Dia makan banyak sangat. Agaknya dia dah terlupa yang dia tak minat lauk ini. Hehehe.

          Kjee suka lauk ini sebab ia pedas, manis dan masam. Secukup rasalah. Arwah Bonda dulu guna gula Melaka. Kalau tak ada gula Melaka, gula putih pun okay. Tetapi rasa pedas, masam dan manis kena seimbang.

           Kalau ada yang minat nak cuba masak lauk ini, sila klik link berikut. Dah banyak kali Kjee buat.








Related Posts:

  • KJEE DIKATA BERDOSA KERANA TAYANG MAKANAN Rasa macam malas nak tepek menu yang Kjee sediakan untuk sahur mahupun berbuka puasa sebab tahun lepas, Kjee kena bantai kow2. Kononnya Kjee dah melakukan dosa besar kerana tayang makanan di blog ini k… Read More
  • AYAM GORENG ALA SZECHUAN Kjee buat lauk ni semalam tanpa dirancang. Masa Kjee punggah barang2 yang UnclePali beli di Hero Market, terkejut lihat secekak besar daun bawang. Besar2 dan gemuk2 pulak tu. Cepat2 Kjee intai harga. Maklumlah orang … Read More
  • SAYUR BUNCIS + CENDAWAN SHITAKE SEGAR Lauk kat belakang tu Gulai Tempoyak Ikan Kembung Kekadang Kjee rasa pelik jugak apabila tengok orang sekarang tak suka makan sayur. Bukan budak2 tau tapi orang dewasa. Agaknya sejak dari kecik ibu dia orang tak past… Read More
  • SAMBAL GORENG AYAM PENGANTIN Namanya memang pelik. Sambal Goreng pengantin tetapi ia bukan sambal. Heran kan. Korang tak payah tanya Kjee kenapa namanya begitu. Ini lauk orang Jawa dan menjadi hidangan keluarga kami sejak bila Kjee ta… Read More
  • GARLIC RICE WITH LEMON CHICKEN Akhirnya berjaya juga Kjee cuba buat Lemon Chicken And Garlic Rice atau Nasi Bawang Putih Bersama Ayam Lemon. Ini adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia kalau ke Kopitiam. Tapi dek kerana dah tak mau pergi ke kop… Read More

0 comments:

Post a Comment