Dessert yang mengundang penyakit.
Anyway, Kjee buat kali ini sebenarnya tersilap resipi. Hanya setelah siap kukus baru Kjee tersedar kesilapannya. Adoiiii bengangnya. Sure jadi habuan Cik Tong. Tetapi, jeng jeng jeng, apabila sejuk, Kjee pun rasalah sikit. Wow sedapnya!! Maka kesilapan itulah yang akan menjadi resipi yang bakal Kjee simpan. Hehehe.
Tahu ke apa kesilapan Kjee? Kjee terlupa letak air! Mengikut resipi yang diberikan oleh bekas kakak ipar Kjee dulu ialah 1 tin kecik susu manis dan 1 tin air guna tin yang sama dan of course telor.
Untuk kejadian seperti dalam foto paling atas, Kjee guna 6 biji telor gred B, 1 tin susu cair, 3-4 sudu besar susu manis, 1 sudu kecil esen Vanilla, sedikit pewarna kuning (egg yellow) dan secubit garam. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk dan kacau manja-manja. Tak payah dipukul hingga berbuih. Cukup setakat semua bahan telah sebati. Kemudian ditapis dan biarkan ia rehat pada suhu bilik lebih kurang 20 minit.
Sementara itu, Kjee masak satu ketul gula Melaka. Maaf terlupa nak sukat air. Tetapi seingat Kjee, airnya menutup seketul gula Melaka itu. Masak sehingga larut dan pekat. Ia harus cukup pekat untuk dicurahkan (guna sudu) ke dalam acuan atau bekas yang ada.
Curah sirap gula Melaka tadi ke dalam acuan atau dalam bekas atau mangkuk kecil. Susun dalam rak kukusan yang berlubang itu. Tunggu ia sejuk.
Next step, jerang air dalam periuk kukusan. Apabila sudah mendidih, padam api.
Kjee tuang adunan telor tadi ke dalam teko dan tuang perlahan-lahan dalam acuan berisi gula Melaka. Harus perlahan-lahan kerana tidak boleh ada buih. Jika ada buih, kuih akan mengembang apabila dikukus. Isi hampir penuh acuan. Kemudian dikukus.
Alas penutup periuk kusan dengan towel yang bersih. Atau kalau ada penutup periuk bolehlah diletak atas acuan atau bekas-bekas yang berisi adunan kastad. Ini adalah untuk mengelak air menitis diatas kastad dari takungan di penutup.
Guna pelapik towel/kain |
Api sederhana kecil |
Ketika ini, hidupkan semula api. Api harus sederhana kecil. Terlalu kecil, masa memasak terlalu lama. Terlalu besar, kastad akan berkembang dan bersarang. Untuk mendapat tekstur yang halus, kena jaga api. Kukus lebih kurang 20-25 minit atau permukaannya sudah hampir mengeras. Kalau masih goyang sedikit permukaannya, jangan risau. Apabila ia sejuk ia akan mengeras sedikit. Sejukkan. Terbalikkan apabila ia sudah betul-betul sejuk. Sedap dimakan chilled (sejuk peti ais).
Kalau menggunakan satu sahaja acuan (bukan yang kecil-kecil), masa memasak perlu ditambah lebih kurang 10 minit lagi.
Kjee memang suka buat Kastad Telor ini guna Gula Melaka kerana rasanya yang lemak dan manis. Tidak pahit seperti guna gula hangus.
Selamat mencuba.
Ya Allah nampak sedap gile kot. Nakkk!!
ReplyDeletejmput join n meriahkan segmen GA kt sini
http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html