SUSU KACANG SOYA
Ini antara minuman yang segar dan sangat berkhasiat. Sebagai ganti susu untuk orang yang lactose intolerance atau alah kepada susu haiwan.
Masa my doter Nadia kecil dulu, doktor telah menasihati agar dia diberi susu tepung yang diperbuat dari kacang soya. Kjee tak ingat alahan dia ketika itu. Mahal sangat susu tepung soya zaman itu. Tetapi demi anak...
Anyway, walaupun ada budak pacak kemah jual Soya Bean Milk berhampiran rumah Kjee, namun Kjee tetap nak buat sendiri. Halal dan bersih kalau home made. Dan tersangat lah murah!
Malam tadi, sebelum masuk tidur Kjee telah rendam kacang soya.ada berbaki satu kilo setengah daripada buat bulan lepas. Simpan kacang itu dlm fridge kalau mahukan ia tahan lama.
Setelah direndam dalam air yang banyak, esoknya ramas dan buang kulitnya. Ramas dan bilas berkali-kali sampai puas hati kulit dah tak ada. Kemudian diblend. Sukatannya satu cawan kacang (yg telah di rendam) dengan dua cawan air.
Lepas dikisar halus, tapis. Kjee guna kain kasa (muslin cloth). Kemudian Kjee tapis sekali lagi guna tapis teh kain yg mcm restoran mamak. Kjee beli aritu satu rm5.90.
Kemudian dijerang guna api sederhana. Letak ler sehelai dua daun pandan. Mesti kacau selalu. Apabila mendidih tunggu seketika dan padam api.
Sukati lah letak gula masa ini atau ditambah dengan sirap gula putih masa nak hidang. Sirap gula Melaka pun sedap. Sejukkan kemudian masuk dalam peti sejuk.
Kjee buat tercair sikit so minum apabila dah betul2 chill. Tak payah tambah ais.
Satu setengah kilo kacang dapatlah dalam satu setengah atau 2 liter. Perlu dihabiskan dalam masa sehari dua kerana tiada bahan pengawet.
Assalamualaikum kak jee...
ReplyDeleteLama menghilang, moga kak jee sihat hendaknya :)
Waalaikummussalam. Alhamdulillah sihat. Doakan kita seringkali bertemu lagi di sini ya.
Deletetak pernah lagi buat air soya sendiri. selalu beli dalam kotak je.
ReplyDeleteCubalah. Mudah sangat dan confirm bersih. Insya Allah.
Deletelama tunggu cerita Kak Jee....cuma harap Kak Jee sehat & gembira disamping keluarga.
ReplyDeleteTerima kasih Pok Jak. Alhamdulillah Kjee sihat. Sihat cara orang tua lah. Hegehe
Delete