DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, December 23, 2019

Ingatkan demam biasa


    Mintak dijauhkan. Mulanya kami mengalami cirit birit. Balik dari Serkam Pantai Melaka, makan kerang yang kureng fresh. Pergi doktor. Beri ubat dah okay.
    Seminggu kemudian, Jumaat lepas, kami berdua demam panas dan batuk2. Pagi tadi pergi klinik, doktor sarankan kami terus ke hospital. Kerana badan UnclePali lesu dan tak larat nak drive jauh-jauh, Kjee syorkan UnclePali ke klinik kesihatan di Kampung Pasir, sepelaung dari rumah kami di Taman Melawati.
   Selepas cek darah, kami disahkan mempunyai ciri-ciri demam denggi. Esok kena pantau, amik darah sekali lagi.
   Tadi dapat call dari Jabatan Kesihatan Gombak, nak periksa rumah kami sekiranya ada terdapat pembiakan nyamuk Aedes. 
   Kawasan rumah kami memang dengue prone. Setahun tiga, empat kali dia orang buat fogging. Sekarang dah lama tak ada. Mungkin sebab itu nyamuk Aedes giat membiak.
   Doakan kami suami isteri ya. 

Friday, December 20, 2019

INTI BLACKPEPPER BEEF


   
    Selalunya kita buat inti Karipap guna rempah kari daging. Itulah kebiasaan. Tetapi kali ini Kjee buat inti Black Pepper Beef. Hmmm sedap ke? Well ikut citarasa masing-masing lah. But I like especially kalau letak lebih lada hitam kisar. 
     Kjee dapat idea ini masa tonton AFC (sekarang dah tukar AFN) aritu. Dan terus google cari resipi. Maka terjumpa lah Kjee satu blog di Cape Town, Afrika Selatan. Ada resipi 'Malay Blackpepper Beef Pie'. Hah Malay? Menarik! 
    Well kat Afrika Selatan memang ramai orang Melayu dulu-dulu yang berhijrah dan berkahwin orang sana. Banyak jugak kuih muih Melayu telah di'fusion'kan orang sana. 
    Kjee tengok resipi macam boleh buat inti karipap atau Samosa. Caranya sikit lebih kurang macam Kjee selalu buat, cuma tak letak rempah kari. 
     Mujur Minced Beef memang selalu ada dalam freezer. Kjee guna 500gms sahaja. Tak berani buat banyak2 sebab takut tak sedap.
    UnclePali kata kalau inti pedas sikit, tentu sedap. So Kjee pun buatlah agak pedas. Oleh kerana ada karipap frozen yang buat aritu masih ada, maka Kjee terpandang kulit popia dan terfikir nak buat Samosa. 
    Kjee letak kentang dan Cendawan Shitake. Oleh kerana guna minced beef, maka cendawan dan kentang Kjee dadu kecik2. Jom kita tengok bahan dan cara buat.


Bahan2nya
500 gms minced beef
2 biji kentang sederhana besar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam kisar (Kjee letak 2 sudu)
6 cendawan Shitake segar
1 kiub daging
1 sudu besar butter
2 sudu minyak masak
1 sudu Sos Tiram
1 sudu besar tepung 

Cara
    Daging direbus lebih kurang 30 minit. Terus buang airnya dan tos. Ini untuk buang segala lemak yang datang bersama minced beef. Lemak tak sihat tu. 
    Kemudian Kjee masukkan daging dalam food processor dan trrrrrr dua tiga kali aje. Ini untuk bagi daging tu lerai tetapi bukan halus. Kalau tiada FP, boleh guna blender kering yg kecik tu. 
    Dadu bawang besar, bawang putih dan Cendawan. Goreng kentang yang telah didadu, separuh masak. Keluarkan. 
    Panaskan periuk dengan minyak dan butter. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga layu. Campur 1 sudu tepung dengan 2 sudu air. Masukkan ke dalam periuk tumis bawang tadi. Kacau sehingga tepung masak. Masukkan setengah cawan air. 
    Apabila sudah mendidih, masukkan daging dan lada hitam serta sos tiram. Kacau hingga rata dan biarkan airnya kering sedikit. Masukkan kentang dan cendawan serta satu kuib daging. Kacau lagi. 
    Setelah hampir kering, padam api. Sejukkan. Kemudian bolehlah jadikan inti Samosa.
   Dulu Kjee ada ajar lipat Samosa step by step. Nanti korang cari tau kat blog. 

Wednesday, December 18, 2019

Serentak Demam laaaa...

   Bukan tak pernah terjadi apabila kami berdua demam serentak. Pernah dua atau tiga kali sebelum ini. So, apabila dua-dua terlantar aje, sangat kelakar.
   Kjee jenis yang sangat disiplin telan ubat. My other half, liat giler. So seringkali Kjee naik darah suruh dia amik ubat especially Antibiotics. 
   Semalam dia naik hangin when I reminded him about his antibiotics. Dia kata kenapa suka paksa-paksa. If that's the case, I give up! Sendiri mau ingat ler. Kita pun tak sihat nak layan kerenah budak terlebih usia. 
   So korang faham if Kjee tak update sini. Still tak boleh ke dapur. Hanya larat buat a mug of hot Milo, cicah biskut kering. 

Monday, December 16, 2019

Cream Cheese Flan


    Kjee sekeluarga memang hantu cheese. Kalau singgah makan di restoran yang turut jual Cheese Cakes, pasti mata Uncle Pali meliar. Tengok mana satu idaman selera. Dia tak berapa gemar baked Cheese Cake. 
    Anyway beberapa bulan lalu, Kjee ternampak seorang chef wanita dari Afrika buat Cream Cheese Flan. Waduhhh punyalah terliur. Tetapi dia dah halfway nak siap buat. Is that a problem for me? 😁Terus google dan jumpa!!!!!
    Esoknya terus kumpul bahan dan start projek! First time buat, ikut resipi ori sebijik! But it was too sweet for my liking! Kjee kan diabetik. So it's very der dangerous! 
    Second time , ubah sana sini dan perfecto!!! 
   Dibawah ini adalah resipi asal. Bagi yang suka manis, bolehlah ikut tetapi masa buat kali kedua, Kjee olah ke 1 cawan metrik susu manis yang dicampur dengan 1 cawan cawan air. Susu cair atau Evaporated Milk tetap 1 tin.  Just nice! 


CREAM CHEESE FLAN 
Bahan-bahan:
250 gms cream cheese
1 tin susu manis 
1 tin susu cair
3 biji telor gred A
1 sudu teh esen vanilla 
1 cawan gula 

Cara:
1.  Gula dimasak hingga perang. Jangan sampai terlalu gelap. Akan jadi pahit. Tuang ke dalam acuan/loyang bulat 8". Tepikan. 
2.  Cream Cheese diletak pada suhu bilik. Kemudian dipotong dadu dan diputar/whisk hingga halus. Tuang suku cawan susu cair sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan halus. 
4.  Pecahkan telor ke dalam bekas. Pukul manja2 sahaja. Campurkan satu tin susu manis dan baki susu cair dari satu tin tadi. Kacau perlahan hingga sebati. Ini utk mengelak telor kembang. Asal sebati oklah. Kemudian tapis adunan dan masukkan 1 sudu esen vanilla. Kacau. 
5.  Campurkan adunan cheese ke dalam adunan telor. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. 
6.  Tuang ke dalam loyang berisi gula yang telah diperangkan. 
7.   Letak loyang dalam loyang yang lebih besar. Loyang besar itu akan diisi air panas. Ini kaedah Bain Marie. 
8.   Masukkan ke dalam oven. Curah perlahan-lahan air panas sehingga ke paras separuh loyang berisi adunan.
9.   Set oven pada 160 darjah dan vakar dengan masa 45 minit hingga 1 jam. Api atas dan bawah. Sekiranya permukaan flan sudah nampak keperang-perangan, ubah api ke bawah sahaja. Atau tutup loyang dengan tudung periuk atau guna aluminum foil. 
10.   Setelah elok masak, sejukkan sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman dalam peti ais. Kemudian diterbalikkan perlahan-lahan. 
Nota:
    Kjee tidak panaskan dulu oven. Hanya letak air panas mendidih dalam loyang kedua. 
    Elak pukul telor hingga kembang sebab itu akan menyebabkan hasil flan setelah masak, tidak halus.
    Selamat mencuba. 

Saturday, December 14, 2019

Sotong Kembang sama Kangkung

 

   Susah Kjee nak tolak kalau nampak Sotong Kangkung dalam menu. Tetapi sejak Kjee jarang merayau malam dan singgah gerai-gerai, maka tak terserempak lah dengan Sotong Kangkung. Kenapalah orang jual waktu malam aje hah? Masa Kjee niaga dulu, sebaik start niaga kul 7am, kami dah jual. Herannya ada yg order pepagi. 😀
   Sos untuk Sotong Kangkung ni, teramat penting. Tak sedap sos makan tak sedaplah keseluruhan sotong kangkung! 
   Dulu masa Kjee buat jualan, ada seorang customer datang makan. Orang Johor. Dia komen sos asal Kjee tak berapa ngam. So dia bagi resipi kakak dia yg buat niaga di Johor. 
    Perlu 5 bahan. Cili kisar, petis, gula merah, air asam Jawa dan air. Bahan ini guna sukatan sama. Masak atas api perlahan. Kemudian ditapis. Kalau tak nak pedas, kurang cili kisar. 
   Lepas guna resipi itu, kebahboom lah jualan Sotong Kangkung Kjee. 
   Tetapi hari ini dek kerana kemalasan tahap gaban, Kjee telah terai test Sos Rojak air tangan kawan baik Kjee, Ateh Shahar. Dulu dia mekap artis, tinggal di Kpg Baru, KL. Tapi beberapa tahun lalu, Ateh kena stroke. Separuh tubuhnya lemah.  So dia buat kerepek Peria dan sos rojak utk dijual.  
   Kjee terkejut Sos Rojak Ateh sedap sangat digunakan utk Sotong Kangkung! Kalau korang area KL dan nak order boleh contact Ateh Shahar  di FB. Kena amik sendiri sbb dia OKU. Harga RM10 sebalang. 
   Kalau korang dah buat sos yg Kjee ajar, potong sotong kembang ikut suka. Celur lebih kurang 5 minit guna air panas mendidih. Jgn lama2 nanti sotong liat. Kemudian celur sekejap kangkung. 
Cara hidang, susun kangkung atas pinggan. Kemudian letak sotong. Curah sos dan tabur kacang tanah tumbuk. 
   Selamat mencuba. 

 

Thursday, December 12, 2019

Sarapan Lempeng Kelapa


 Kalau di bandar, tiap pagi sarapan sama aje. Kalau tak nasi lemak, lontong atau roti canai. Sekarang tosei dan capati pun sangat diminati.
   Tetapi sekiranya ada gerai yang jual Ubi Kayu Rebus ataupun Lempeng, gerenti laku keras! Tak kesahlah kalau lauk yang mengiringi, sambal tumis kosong atau kari aje.
   Oleh kerana bosan sarapan stereotype tiap hari, malam tadi Kjee plan buat Lempeng Kelapa. Dalam freezer ada Serunding Kelapa buat minggu lepas. Sambal tumis yang dibekukan sentiasa ada stok. Bolehlah masukkan sotong jenama Rex dalam tin. Hmmm mudahnya!

   Jadi lepas Subuh tadi terus ke dapur. Godek2 dan tak sampai 30 minit sudah terhidang Lempeng Kelapa atau Peknga kata orang Utara, Sambal Sotong dan Serunding Kelapa.
   Sedapnya makan walaupun terkilan jugak buat 3 keping sorang aje. Kjee guna kuali kecik non stick 5 inci. Ahhh untuk minum petang nanti buat lagi ler. Lauk2 ada berbaki 😁.

   Kjee buat lempeng tak ikut resipi. Tepung, Kelapa Parut, garam dan air. Agak2 ler jangan terlalu cair ya.
   Serunding tu korang klik kat link bawah. Dan Sambal sotong buat ler ikut resipi kesukaan korang. Buat sambal bilis biasa pun sedap. 
resepi klik sini

Wednesday, December 11, 2019

Sekarang sudah boleh makan


 Masa kecik-kecik dulu, antara bahagian ayam yang menjadi rebutan selain peha (drum stick) dan kepak ialah kulit ayam. Sedapnya kalau digoreng garing-garing. Kruk kruk kruk... 😬
   Tetapi kami tiga beradik perempuan kena beralah dengan abang Ahmad Fauzee. Dia anak lelaki tunggal so, apa saja makanan yang dihidangkan, arwah mak mesti utamakan 'blue-eyed boy' dia.
   Bagaimanapun, setelah kami meningkat dewasa, kulit ayam sudah tidak lagi menjadi part of the menu. Kononnya ia sangat-sangat tidak sihat. Boleh menyebabkan meningkat kolestrol jahat dan serangan pada jantung.
   Maka tiap kali Kjee mengadap mamat yang jual ayam sembelih, dia akan tersengih kalau Kjee kata kulit tak nak. Memudahkan kerja dia tak perlu buang bulu ayam. Siat aje kulitnya sehingga ayam bogel. 😂
   Tetapi pagi tadi Kjee terjumpa cerita yang mengejutkan ini. Korang baca tau kalau selama ini korang terlalu ingin nak makan kulit ayam tapi berani-berani takut. 😁

Monday, December 9, 2019

Asam Pedas Daging Tetel

Hari ini Kjee masak Asam Pedas Daging Tetel. Sejak dua menjak ini, kami suami isteri, bukan main suka lagi makan Asam Pedas. Jelajah (ewah) dari satu restoran ke restoran Asam Pedas yang lain. Pantang dengar orang rekemen.

   Aritu tekak teringin Asam Pedas Ikan Pari. Ada kawan syorkan kat Kpg Pandan, ada satu gerai yg femes. Malangnya, tidak menepati citarasa. Sedih! 

   Selepas itu bergegas ke satu restoran berhampiran kawasan perumahan kami. Hmmm so so ajelah.

   So UnclePali kata enough is enough. Tak mau lagi singgah restoran lain. Masak sendiri!    Okaylah minggu lepas Kjee buat Asam Pedas Ikan Pari. Tak payah cakap banyaklah. Yang penting suami kita kata sedap. 😁


    Dan seterusnya pagi ini buat Asam Pedas Daging Tetel. Asalnya kata orang di Negeri Melaka. Tetapi yang Kjee buat ni campuran Johor, Melaka dan Selangor kot. 😂

   Sebenarnya Kjee masak Asam Pedas ni macam biasa. Cuma untuk Asam Pedas Daging Tetel, arwah mak ada ajar satu rahsia. Rebus daging sampai lembut. Dan airnya digunakan untuk masak Asam Pedas!

    Daging Tetel itu, apabila direbus, akan terkeluar semua rasa manis. So daging tu ala2 tawar jadinya. Kerana itulah, air daging harus digunakan! 

    Korang pasti ada cara sendiri masak Asam Pedas kan? Kalau nak tahu cara Kak Jee, nanti klik link ni ya. 

    Anyway, untuk Asam Pedas Daging Tetel ini, Kjee letak Daun Kesom dan Daun Limau Purut. Saja sebab dua2 daun ini ada kami tanam kat laman sekangkang meow depan rumah. Daun Kesom tumbuh merimbun manakala ada dua pokok Limau Purut di luar pagar. Serai pun tanam sendiri.

Thursday, December 5, 2019

Kengsom Ikan Siakap

 
Tiap kali makan di gerai atau Restoran Thai, apabila pada menunya ditulis nama lauk pauk dalam bahasa mereka, Kjee seringkali konfius. Manalah nak faham kan? Kalau rajin tengok foto aje sebab malas nak tanya lauk ini apa, lauk tu apa. 
   Kjee dah banyak kali dengar pasal Kengsom Ikan Siakap ni. Rasa-rasanya pernah makan sekali di Restoran BanKok di Danau Kota. Dah tak ingat camner rupa dan rasa. 
   Tetiba satu hari ternampaklah Kengsom Ikan Siakap kat newsfeed. Terus Kjee google sebab ada seekor Ikan Siakap dalam Fridge. Kengsom ada persamaan dengan Asam Rebus kita. Sedap. Cuma lauk orang Thai mesti ada rasa pedas, masam dan manis. 
   Justeru kalau korang rajin follow rancangan masakan Thai di tv, dia org akan letak gula. Mula2 Kjee agak skeptical nak letak gula. Macam lauk jawa pulak letak gula kan 😜. Tapi nak kan rasa Thai, Kjee letak sikit aje. Ehhh sedaplah.
   So, masa nak masak ni korang bayangkan cara nak masak Asam Rebus, Singgang ataupun kuah laksa Utara. Hampir sama.
   Bahan Kengsom ialah Cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, serai, daun kesom, belacan, asam gelugor atau asam Jawa, nenas dan kangkung.
   Nenas dan kangkung tu yg lain sikit kan? Dan kangkung dimasukkan ala2 celur dlm kuah tu masa nak makan. Supaya ada bunyi kruk krak kata dia org.
   Kjee tambah daun kesom (sebab ada tanam)  utk aroma yg lebih sedap. Rasanya boleh jugak letak daun limau purut. Kjee ada dua pokok limau purut. Tapi tadi lupa. 😜
   Tumbuk halus cili, bawang, kunyit dan belacan. Masuk dlm periuk, bubuh air secukupnya dan didihkan. Ketuk serai. Masukkan. Kjee campak 4 keping asam gelugur. Didihkan. Masuk nenas. Masukkan juga Daun Kesom kalau guna. 
   Dah mendidih masuk ikan Siakap. Potong2 ikut suka. Perlahankan api. Letak secubit gula dan garam. Letak ikan lain pun ok. Ikut citarasa lah pulak kan! 
   Apabila nak hidang, panaskan kembali , masukkan Kangkung seketika dan hidangkan. Kangkung tu tanam sendiri. Kesom pun. 😁
Lauk ini sepatutnya pedas tetapi Kjee tak buat pedas sangat sbb Kjee dan suami dah tak tahan makan pedas sangat. 
   Sedapnya hirup tadi.


Wednesday, December 4, 2019

Biskut Bipang


   Korang pernah makan Bipang? Kjee panggil biskut kacang sebelum tahu nama sebenarnya. Tak pernah buat dan tak pernah terbayang akan buat. Tetapi apabila UnclePali (UP) beli satu peket kat Hero Market, tetiba tergerak nak terai buat. 
   "Eh susah nak buat ni tau," katanya. Kjee senyum aje. Tak bagitau pun kat dia dulu masa Kjee kecik2, arwah mak ada buat. 😀 
   Sampai aje rumah Kjee geledah pantry. Jumpa kacang dan bijan. Canteq! Jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya. 

BAHAN2 
1 cawan setengah kacang tanah
Setengah cawan bijan
Setengah cawan gula pasir

CARA
   Mula2 sangai kacang tanah sampai masak. Lepas tu lenyek2 buang kulit. Tak perlu hancur. Takat pecah dua aje. Tepikan. Kemudian sangai bijan seminit dua. Tepikan. 
   Siapkan loyang dan tabur sikit bijan atas loyang. Amik sudip yang nak diguna utk ratakan kacang nanti dan balut dgn plastik. Sapu minyak sikit pada plastik yg balut sudip tu. Ini utk mudahkan kerja merata adunan. 
   Semua ini kena siapkan sebelum kerja buat gula hangus dimulakan. Susun elok2 semua bahan2 ini atas meja.
   Masak gula hangus dalam kuali. Kjee guna kuali leper. Jangan dikacau sebelum gula tu bertukar warna. Api kecil. Goyang2 jer kuali sehingga semuanya rata. Masuk air lebih kurang dua sudu. Masa ni baru dikacau sehingga warna gula sekata perang. 
   Kemudian masukkan kacang yg telah dicampur bijan. Kacau pantas2. Apabila sudah rata gula hangus dan kacang, terus tuang ke dalam loyang.    Cepat2 ratakan guna sudip yg telah dibalut plastik. Ratakan hingga nipis (dlm setengah inci). Kemudian toreh ikut saiz yang disukai. Apabila sudah sejuk, patah2 pada torehan. Simpan dalam bekas kedap udara. Siap.
   Semua kerja kena lakukan dengan pantas sebab gula hangus cepat mengeras apabila sejuk.

Tuesday, December 3, 2019

Biar anak menangis, jangan kita...

   Cuti sekolah rasanya ramai yang pos anak-anak balik kampung. Suruh mak bapak jaga ke sebab papa dan mama nak enjoy berdua?
   Ehh tak baik cakap macam tu kan! Anak-anak harus didedahkan cara hidup mak dan ayah mereka masa kecil. At least mereka tahu akar umbi mereka. Tetapi, yang penting, pisahkan mereka  dengan gadget ketika di kampung!
   Kjee cukup tak gemar, kalau makan kat restoran, tengok anak-anak sekecil 4-5 tahun sibuk bermain gadget tanpa hiraukan makanan diatas meja. Ada ibu ayah yang pujuk sehingga kering air liur tetapi tidak dihiraukan anak-anak!! 
   Maaflah. Mungkin sebab Kjee tiada anak kecil maka sesuka hati Kjee nak komen. Actually, memberi anak-anak bermain gadget (handphone ibu dan ayah), adalah suatu permulaan yang tidak elok.
    Kjee tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada anak-anak ini apabila mereka meningkat ke belasan tahun. Memang tidak dinafikan banyak ilmu boleh diperoleh dari internet. Kjee antara insan yang mungkin sukar untuk lalui hidup ini tanpa Internet. 
    Tetapi masalahnya di sini ialah, anak-anak yang masih hingusan (4-5 tahun) bukan guna gadget untuk timba ilmu tetapi bermain game!!! Dan mungkin ibu bapa tidak sedar permulaan dari usia mentah seperti itu, akan buat mereka lebih cerdik nanti nak layari laman web lucah! Nauzubillah! 
   Masa anak-anak Kjee kecil dulu, Kjee terpaksa rakam iklan-iklan yang muncul di TV untuk ditonton anak-anak (yang berusia 1- 2 tahun) agar tidak mengganggu Kjee ketika, sedang menulis ataupun memasak di dapur. Mereka begitu ralit menonton. Ada kalanya sampai tertidur. 
    Kjee pernah tanya seorang doktor apakah dengan biarkan anak-anak bermain gadget akan merosakkan mata mereka, on a long term? Jawapannya adalah, ada kemungkinan. Maklum lah skrin gadget kecil berbanding TV. 
   Jadi nasihat Kjee yang dah lama hidup ini, jangan mula dedahkan anak-anak dengan gadget. Fikirkan cara lain untuk menghibur atau melekakan mereka. Masa kita kecik-kecik dulu, tiada gadget tetapi ibu dan ayah dedahkan kita kepada pelbagai aktiviti sekeliling kita. Dan Alhamdulillah kita tetap jadi manusia yang pelbagai kreativiti. 
   Renung-renungkan lah. Biar mereka menangis sekarang, jangan kita menangis kemudian. Wallahualam. 
    

Monday, December 2, 2019

Asam Pedas Pari Daun

   Kjee pasti ada diantara korang yang terkena beli Ikan Pari yang berbau hancing setelah dimasak. Kjee pernah kena dan terus buang satu periuk Asam Pedas.
   Itu kisah lama. Sejak itu Kjee cukup berjaga-jaga. Apabila memilih ikan pari (yang dijual telah siap dipotong), ada orang kata cium dulu ikan itu. Entahlah betul ke tidak. Tetapi Kjee memang jarang beli ikan Pari sebab ia tergolong dalam ikan yang 'ada bisa'. Justeru tidak sesuai untuk mereka yang ada sakit2 sendi dan bisa-bisa serta gout.
   Anyway setelah berbelas tahun, tetiba Kjee teringin nak makan. Nak masak tak larat so atas saranan seorang kawan, Kjee dan UnclePali ke sebuah gerai di sebuah foodcourt. Malas nak cerita panjang lebar apabila makan disitu. Buat dosa aje so decide masak sendiri pagi tadi.
   Kerana takut terbeli ikan Pari yang isinya liat, Kjee punyalah happy jumpa anak ikan Pari atau Ikan Pari Daun di Hero Market. Tak mahal. Sekilo dalam rm10++. Kjee rembat 3 ekor. Nyesal pulak apabila dipotong buang bahagian tengahnya, tinggal bahagian isi yang ciput. 
   Apapun, inilah kejadiannya Asam Pedas yang seharusnya ada bunga Kantan, Daun Kesom dan jugak bendi. 
   Dah banyak kali rasanya Kjee masak lauk ini dan post kat sini. Korang bolehlah intai kat SINI untuk resipinya ya.





    

Sunday, December 1, 2019

KERANA PENAKUT...

   Kjee suka sangat share segala apa yang Kjee lalui setiap hari yang boleh dijadikan contoh teladan. Contohnya pasal kesihatan. 
   Kjee ada diabetes type 2. Ini bermakna ia masih di peringkat boleh dikawal dengan pemakanan yang teratur serta pengambilan ubat-ubatan. Ubat yang disyorkan oleh doktor bukan sendiri prescribed! Dulu Kjee rasa cerdik sangat. Apabila sakit, terus suruh suami google. Lepas itu, dia ke farmasi beli ubat. 
   Itu adalah cara yang sangat tidak betul. Kita harus mendapatkan nasihat pakar... bukan dari encik google atau pakar2 tak bertauliah di FB!
   Kjee penakut. Justeru ketakutan ini membuatkan Kjee ambil ubat ikut saranan doktor. Baru-baru ini, Kjee pergi ke Klinik Kesihatan untuk rawatan berkala 3 kali setahun. Ujian darah untuk cholestrol mendapat keputusan amat elok. Dari bacaan 3 lebih turun 1 lebih! Doktor kata, teruskan apa yang makcik ambil utk kontrol kolestrol jahat itu dari meningkat.
   Kjee pun fikir apakah pengambilan supplimen Fish Oil dan Virgin Coconut Oil (jenama favorite Kjee ialah dari Halagel), penyebabnya? Mungkin dan Insya Allah dengan izinNya.
   Baru2 ini ada seorang friend tanya Kjee bagaimana Kjee kawal paras gula dalam darah? Of course bacaan 7 itu sebenarnya lebih elok diturunkan kepada 5. Tetapi di usia 64 tahun, tiada apa yang senang diturunkan termasuk berat badan. Betul tak?
    Anyway, tadi Kjee dah kata Kjee ni penakut. Dua minggu sekali cek sendiri paras gula dalam darah, di rumah. Dan Kjee kawal pemakanan. Minum manis hanya sekali sehari iaitu ketika sarapan. Selebihnya minum air kosong.
   Kjee suka makan kuih muih. Semua kuih muih kita manis. Jadi Kjee tak mahu siksa diri kontrol terlalu sangat. Kjee makan hanya untuk melepaskan diri dari rasa kempunan. Makan sekeping atau dua.
   Dan Kjee kurang makan nasi. Mungkin seminggu 3 kali. Dan tiap kali makan hanya satu senduk kecil. Tetapi Kjee tak kontrol makan lauk terutama sayuran.
   Dan adanya diabetes sejak 7-8 tahun lalu, menyebabkan Kjee menderita sakit cucuk-cucuk di telapak kaki. Banyak tahun Kjee menderita. Dua tahun yang lalu, doktor di klinik kesihatan suruh Kjee cuba Neurobion, ubat untuk urat saraf.
   Alhamdulillah sejak mengambilnya dua biji setiap pagi, sakit itu sudah hampir tiada! Mujur murah sangat! Stok untuk sebulan tak sampai RM20 beli di farmasi. Cubalah. Kjee bukan duta syarikat itu atau menjualnya. Tetapi percayalah, sakit itu berpunca dari masalah urat saraf di kaki kerana diabetes.
   Okay ini sahajalah coretan Kjee buat masa ini. Hujan tengah lebat. Take care semua. 😘
Ini anak meow Kjee paling muda dari 11 ekor. Baru dekat sebulan bawa dia balik dari sebuah restoran Mamak. Namanya Rizkee. Memelihara kucing boleh buat kita tenang dan less stressful.