Monday, December 16, 2019

Cream Cheese Flan


    Kjee sekeluarga memang hantu cheese. Kalau singgah makan di restoran yang turut jual Cheese Cakes, pasti mata Uncle Pali meliar. Tengok mana satu idaman selera. Dia tak berapa gemar baked Cheese Cake. 
    Anyway beberapa bulan lalu, Kjee ternampak seorang chef wanita dari Afrika buat Cream Cheese Flan. Waduhhh punyalah terliur. Tetapi dia dah halfway nak siap buat. Is that a problem for me? 😁Terus google dan jumpa!!!!!
    Esoknya terus kumpul bahan dan start projek! First time buat, ikut resipi ori sebijik! But it was too sweet for my liking! Kjee kan diabetik. So it's very der dangerous! 
    Second time , ubah sana sini dan perfecto!!! 
   Dibawah ini adalah resipi asal. Bagi yang suka manis, bolehlah ikut tetapi masa buat kali kedua, Kjee olah ke 1 cawan metrik susu manis yang dicampur dengan 1 cawan cawan air. Susu cair atau Evaporated Milk tetap 1 tin.  Just nice! 


CREAM CHEESE FLAN 
Bahan-bahan:
250 gms cream cheese
1 tin susu manis 
1 tin susu cair
3 biji telor gred A
1 sudu teh esen vanilla 
1 cawan gula 

Cara:
1.  Gula dimasak hingga perang. Jangan sampai terlalu gelap. Akan jadi pahit. Tuang ke dalam acuan/loyang bulat 8". Tepikan. 
2.  Cream Cheese diletak pada suhu bilik. Kemudian dipotong dadu dan diputar/whisk hingga halus. Tuang suku cawan susu cair sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan halus. 
4.  Pecahkan telor ke dalam bekas. Pukul manja2 sahaja. Campurkan satu tin susu manis dan baki susu cair dari satu tin tadi. Kacau perlahan hingga sebati. Ini utk mengelak telor kembang. Asal sebati oklah. Kemudian tapis adunan dan masukkan 1 sudu esen vanilla. Kacau. 
5.  Campurkan adunan cheese ke dalam adunan telor. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. 
6.  Tuang ke dalam loyang berisi gula yang telah diperangkan. 
7.   Letak loyang dalam loyang yang lebih besar. Loyang besar itu akan diisi air panas. Ini kaedah Bain Marie. 
8.   Masukkan ke dalam oven. Curah perlahan-lahan air panas sehingga ke paras separuh loyang berisi adunan.
9.   Set oven pada 160 darjah dan vakar dengan masa 45 minit hingga 1 jam. Api atas dan bawah. Sekiranya permukaan flan sudah nampak keperang-perangan, ubah api ke bawah sahaja. Atau tutup loyang dengan tudung periuk atau guna aluminum foil. 
10.   Setelah elok masak, sejukkan sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman dalam peti ais. Kemudian diterbalikkan perlahan-lahan. 
Nota:
    Kjee tidak panaskan dulu oven. Hanya letak air panas mendidih dalam loyang kedua. 
    Elak pukul telor hingga kembang sebab itu akan menyebabkan hasil flan setelah masak, tidak halus.
    Selamat mencuba. 

0 comments:

Post a Comment