DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, January 19, 2020

Nasi Lemak Berhalba


   Tentu korang rasa pelik. Nasi Lemak Johor? Ingatkan laksa aje yang bersifat kenegerian. Laksa Penang, Laksa Sarawak, Laksa Utara dan Laksa Johor! 
   Actually sewaktu first time dengar seorang sahabat kata dia selalu teringin nak balik Johor makan Nasi Lemak letak halba, bawang dan halia, berkerut kening Kjee. Tekak dan otak tak dapat nak register. 
    Sepanjang usia Kjee yang sudah melewati enam series, tak pernah jumpa nasi lemak letak halba bagai. Memanglah Kjee pernah pergi Johor dan apabila bekfes, makan nasi lemak di sana. Tetapi tak pernah terfikir dia orang letak 'macam-macam' selain santan! 
   Anyway, lebih kurang setahun lalu, kami singgah bekfes di sebuah kedai makan di Setapak Indah. Ada jual nasi lemak bungkus. UnclePali suka sangat dan kalau nampak, dia mesti makan. Kjee intai sewaktu UP makan. Ehhh ada bawang, halba, halia lah. Ohhh ini kot Nasi Lemak Johor. Dan Kjee terai sikit. Sedaplah! 
 
   
   Rasanya hari ini kali kedua Kjee buat. UP memang pelik sikit bab makan. Tetapi dia tak komplen pun pasal letak halba, bawang dan halia. 
   Sukatan untuk nasi lemak yang biasa Kjee buat ialah 1:1:1. Beras satu pot, santan satu pot dan air jugak satu pot. Garam mesti cukup rasa. 
   Sebelum ditanak, masukkan sedikit halba, sedikit bawang besar dan juga halia yang telah dimayang.  Daun pandan pun jangan lupa yer. 
   Didihkan dulu air dalam kukusan. Kemudian Kjee akan tanak beras yang sudah dicampur tadi, atas dapur (kacau perlahan-lahan) sampai airnya hampir kering. Pastu transfer ke kukusan sehingga siap. Jangan dikacau selepas masuk kukusan. 

   Kemudian, dipadankanlah dengan apa sahaja lauk iringan. Hari ini Kjee buat Sambal Sotong yang dalam tin. Sedap sotong tu. Kjee guna sambal tumis yang Kjee dah buat awal-awal dan bekukan. Senang kan?! Kalau kesuntukan masa, memang mudah ada sambal tumis siap ini. 
   Kemudian Kjee rebus telor, goreng ikan bilis dan kacang. Pelengkapnya Kjee hiris timun. 
   UP rajin sikit hari ini dan turut buat Sirap Bandung Aiskrim Soda yang juga berasal dari Johor.
   Kalau nak tau cara buat Sirap Bandung Aiskrim Soda UnclePali, sila klik SINI.

NOTA TAMBAHAN.
SORRY SATU LORRY. SELAIN ORANG JOHOR, ORANG NEGERI LAIN PUN ADA LETAK HALBA, BAWANG DAN HALIA. ADA JUGA YANG LETAK BUNGA LAWANG DAN SERAI. KJEE YANG KETINGGALAN TREN. 😆




Saturday, January 18, 2020

CILI FLAKES - FIRST TIME BUAT

 

   Walaupun Cili Flakes hampir sama dengan serbuk cili tapi tak serupa tau! Cili flakes ditabur atas bihun sup, maggie atau bubur nasi. Tapi serbuk cili dimasukkan dalam masakan dan dimasak. So itu bezanya cili flakes. Dan suka hatilah nak tabur atas makanan apa pun, sebenarnya. 😁
   Kjee mula kenal cili flakes dekat 20 tahun lalu. UnclePali asal orang Kedah tapi parents dia migrate ke Pahang jadi peneroka. So lepas kita orang kahwin, dia bawak balik Kedah jumpa sedara mara dia.
   On the way balik kami singgah Loqstaq. Pekena bihun sup di satu warung. Depa hidang cili flakes dalam satu bekas kecil, berasingan. Wah something new to me! Kalo belah Johor ada cili kicap.
 
    
   Kjee pernah kirim kengkawan yang ke Thailand, belikan. Then jumpa kat supermarket. Terbaru, suruh UP mintak cili flakes dlm peket banyak2 kalau dia tapau pizza. Even ke restoran Jepun pun ada cili flakes!
   Anyway, apabila stok cili flakes dah habis, Kjee terfikir nak buat sendiri. So as usual Kjee google. Ohhh first step kena cuci cili tu. Kjee rendam dalam 15 minit. Then Kjee tos bagi kering and jemur sampai betul2 kering. Amik kesempatan cuaca panas sekarang lah. 😉
   Esoknya Kjee sangai cili tu @goreng tanpa minyak (jangan lupa buang tangkai) guna api sederhana. Hati2 menggoreng . Jangan bagi hangus. Apabila dah garing, Kjee ramas manja-manja untuk keluarkan bijinya. Asingkan dan buang biji tu. Kemudian Kjee masuk dalam Food Processor dan trrrr sehingga hancur tapi bukan halus sampai jadi serbuk tau. Boleh guna lesung atau blender biasa. Simpan dalam botol kedap udara. 
   Itu aje cara membuat cili flakes. Mudah kan! So cuba lah. 

Thursday, January 16, 2020

NANAS JADI PENAWAR?


   Lepas kebah dari demam, selsema dan batuk minggu lepas, Kjee ternampak satu posting pasal Seafood Shellout atau kjee rebranding bagi nama Seafood Longgok. Kalau semua seafood dimasukkan sekali masa masak dan dihidang secara longgok bukan longgok namanya?! 😁
   Maka Kjee suruh UnclePali gi beli Udang, Ketam, Sotong, Kupang dan Lala. Nak masak sendiri sebab dah sedia maklum kalau makan di restoran bukan sahaja tak menepati citarasa tapi mahal bebenor! 

   Masa UP bawak balik semua bahan ikut list yang Kjee beri, kecut jugak perut. UP kan seringkali kena Gout. Setahun adalah tiga, empat kali. Dan penyakit itu berpunca daripada pengambilan seafood yang berlebihan. Nak bagitau UP, mesti dia jawab, alaaaa ubat ada!! Tak dapek den nak nolong!! 
   So aritu kami berdua mengadaplah Seafood Longgok, yang sepatutnya cukup untuk 4 orang, berdua sahaja! Kjee awal-awal plan nak simpan sebahagian untuk dinner. Tetapi.... Hehehe. Opppps foto Seafood tu terlupa nak amik. Terlalu excited nak makan sebaik sahaja dihidangkan. 😄
   Anyway nak pendekkan story, Kjee dah keluarkan ubat Gout untuk UP. Sediakan payung sebelum hujan tau. 

   Dua hari sebelum makan Seafood Longgok tu, UP beli nanas. Setiap pagi kami lalu di gerai tepi jalan Dewan Komuniti Keramat AU4 selepas bekfes, mesti beli. Sangat2 manis dan murah. Yang dah siap kupas dan potong2 cuma rm5. Berat dlm 800gms rasanya! Kjee tak suka nanas mentah. Hanya makan nanas yang sudah dimasak. Tetapi apabila UP kata manis giler, Kjee pun terai dan sejak itu kami berdua sudah ketagihan! Tiap pagi mesti beli. 
   No no no... Kjee tidak menyimpang dari cerita seafood ke nanas! Rupa2nya nanas tu adalah penyelamat kepada UP. Dia tidak langsung diserang Gout walaupun mengadap seafood dalam kadar yang banyak!!!! 
    Tak tau lah benar atau tidak tetapi nanas itu telah berjaya rasanya menyahkan uric acid dari bertakung!! Wallahualam. 
   So the moral of this entry is, ikhtiarlah. Gout is very painful. Sangat menyakitkan. Kalau UP kena, dia hanya telan painkiller dalam dos yang tinggi. That is very bad for his organs, tetapi itu sahajalah cara menahan kesakitan. 
   Prevention is better than cure. So kalau korang yang ada Gout nak cuba, bolehlah. Tetapi UP nampaknya happy sangat sekarang. Nanas dia suka, seafood apa lagi kan! 
    Tadi beli nanas dah simpan dalan fridge. Tengah hari karang, di waktu panas terik, kami bedal. Hehehe. 





Wednesday, January 15, 2020

MY COMFORT FOOD

 

   Apabila otak bercelaru tak tahu nak makan apa, ini antara hidangan yang sangat Kjee suka! Hari-hari boleh makan. Especially kalau suami tersayang yang memasaknya!!
   Masa Kjee sakit baru-baru ini, hari-hari terbayang nak makan Penang Fried Kway Teow (PFKT). Tetapi apa kan daya, Uncle Pali pun terlantar. So pendamkan aje hasrat itu.
   Mudah sangat nak masak kway teow goreng ini. Kjee memang sentiasa ada stok sambal tumis dalam freezer. Itulah asas buat PFKT ini. Ada guna cili kisar. Kjee masak guna sambal nasi lemak untuk PFKT ini by accident.
   Masa Kjee meniaga kat Foodcourt Taman Melawati dulu, teringin sangat nak makan PFKT. Since ada Kway Teow, kucai dan taugeh, udang serta kerang, Kjee pun bersiap-siap nak masak. Malangnya tiada cili kisar. UP kata hantam sahajalah guna sambal nasi lemak. Kita yang buat dia. Fuyooo sedap sangat! Arwah Bonda mesti menangis sebab resipi dia pun tak sedap camni! 😁
    Ada pulak customer nampak Kjee tengah makan. Dia pun order. Well , the rest is history. PFKT selepas itu menjadi signature gerai kami 'Dapur Kak Jee' di Anjung Melawati.
   Ramai lagi customer lama atau yang pernah rasa PFKT kami, merengek mintak tolong buatkan untuk mereka. Nak order. Isyhhh dah lama dah Dapur Kak Jee tu tutup. 😂
   Tetapi mana tahu dalam masa terdekat ini UP mula bisnes food truck jual PFKT kan! Doakan lah.
   Untuk resipi PFKT ini sila KLIK SINI. Ada ajar step by step lagi tau. 

Tuesday, January 14, 2020

PERGINYA TUN ABDUL RAZAK


 14 Januari 1976. Tarikh yang pasti terpahat dalam ingatan semua. Perginya Bapak Pembangunan Malaysia, Tun Hj Abdul Razak Hussein tika usia beliau 53 tahun.
   Al Fatihah buat Allahyarham. Moga ditempatkan roh beliau disisi mereka yang beriman dan beramal solih. Aamin. 
   Pada hari dan tarikh sama di tahun tersebut, di sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni 5 gadis di #23, Jalan Tempinis 3, Bangsar Park. Lepas Subuh, semua kecuh dengar jeritan suara Kak Ina (Raina), memecah keheningan pagi. 
   "Perdana Menteri Datuk Abdul Razak dah tak ada. Meninggal di London. Jom sapa yang nak pergi ziarah, siap cepat. Radio kata Jenazah dibawa ke Parlimen. Ikut Kak Ina!" 
   Hanya Kjee yang kelam kabut bersiap. Tiga lagi terpinga-pinga kerana ingin ke pejabat. Kjee terlupa yang Kjee juga perlu ke pejabat yang tidak jauh dari rumah. Ahh tak kesahlah. Agaknya sempat balik dan terus ke ofis, kata hati kecil Kjee. 
   So bersama Kak Ina, Kjee berjalan agak jauh menunggu teksi. Zaman tu baru kerja.
Belum kemampuan beli kereta. Mujur ada teksi bawa kami ke Bangunan Parlimen. 
 
   
 Tiba di sana, ramai sudah berkumpul. Radio Malaysia dah war-warkan jenazah akan diletakkan di Bangunan Parlimen untuk rakyat beri penghormatan terakhir. 
   Kami pun berjalan masuk ke dalam bangunan. Dah tak ingat berapa jam kami  menunggu disitu. 
   Tiba-tiba pengumuman jenazah sudah hampir tiba di jalan masuk Parlimen. Pada masa ini, keadaan sudah mula berasak-asak. Tolak menolak. Semua nak keluar dari dalam bangunan untuk ke tarmac depan Parlimen. Dan seperti biasa, the clumsy me, terjatuh. Mujur Kak Ina bantu. Kalau tidak, pasti terpijak. Masa itu tubuh kita comel aje. Semua berebut nak keluar sambut ketibaan kereta jenazah. 

   Anyway, ketika berlaku tolak menolak, Kjee berdiri lebih kurang dua kaki dari dinding cermin yang memisahkan bahagian dalam dengan luar. Fikir bagaimana nak keluar dalam kekecohan itu. Tiba2 terdengar bunyi kuat. Dinding cermin itu pecah! Semua panik, lari lintang pukang termasuk Kjee. 
   Kjee dah mula panik. Dah tak ada jalan nak keluar dari kekecohan itu. Kaca berselerakan. Tak pasti ada yg cedera. Kjee sedar sukar untuk bergegas ke ofis dalam keadaan tersebut. Then Kjee dapat idea! Call ofis bagitau nak cuti. First thing kena cari public fon. 
   Kjee memang familiar sangat dengan keadaan dalam bangunan Parlimen. Sebelum bekerja di NST, Kjee telah bekerja sebagai pemberita di bilik berita Radio di Angkasapuri. Ketika setahun lebih menjadi pemberita di situ, Kjee seringkali di hantar ke Parlimen buat liputan persidangan. 
   Orite. Jumpa public fon. Call ofis. Tak ingat sapa yang jawab. Mohon cuti. Instead of dapat cuti, yang menjawab di hujung talian suruh Kjee jangan kembali ke ofis!! 
   "Just hang around there! Get as much stories as you can, while the other reporters get there!" 
   Wow sudah bagus. Tak payah balik ofis, tak kena marah!!! 
   Ada masalah. Get as much stories? Kjee keluar rumah tak bawak notebook atau pen. So otak sahaja merakamkan segala yang berlaku depan mata. Mujur dalam beg ada tag ofis. So Kjee keluarkan dan tunjuk mintak lalu. Wartawan tengah bertugas, beri laluan jerit beberapa orang. Ewah VVIP you! 
   Alhamdulillah Kjee dapat berdiri di saf paling depan di tarmac depan Parlimen. Nampak jelas keluarga Allahyarham. Nampak keranda jenazah. Tetapi masa tu tiada hanfon. So tak adalah bahan bukti foto2. Sedih kan! 
   Lepas tu Kjee dah tak ingat apa berlaku. Hanya perhatikan keluarga Allahyarham Dato Abdul Razak, yang cukup tenang. Tiada airmata. Kelihatan anak sulong Allahyarhamah, Mohd Najib sesekali memeluk ibunya. Begitu juga adik-adik beliau yang lain. Begitu memahami kesedihan ibu mereka. 
   Kjee tidak akan lupa peristiwa ini sehingga akhir hayat Kjee. Beberapa tahun lalu, Kjee ke Seri Perdana untuk menonton bolasepak antara Man U dan entah mana lagi pasukan di TV. Bersama Datuk Seri Najib dan peminat FB beliau. 
   Kjee disuruh duduk semeja dengan DSN. Dan Kjee beritahu beliau, that was the first time I saw him at such a close range. Ketika jenazah Allahyarham ayahnda beliau sampai di Parlimen dari London. DSN angguk. 
   "Ya... Saya masih study di London." 

   Ketika menjadi pemberita sama ada di RTM atau NST, Kjee jarang-jarang dapat buat coverage assignments membabitkan Tun Razak. Maklumlah Kjee pemberita hingusan. Yang dihantar semua yang senior. But at least Kjee dapat first hand story masa Jenazah sampai di Parlimen. Kira dapat scoop atau berita eksklusif kan! 
   Selepas itu, tiap kali dapat assignment cover sebarang event di Mesjid Negara, Kjee akan ajak kawan2 ke Makam Pahlawan di pekarangan mesjid itu untuk hadiahkan Al Fatihah buat Tun Abdul Razak. 
   That's all. Terima kasih sudi membaca.
   AL FATIHAH 


   

Monday, January 13, 2020

Stew Daging


  Ini kejadian kelmarin. Nak keluar eat out, malas. Dalam fridge ada daging batang pinang, ada baby potatoes, carrot dan jugak snow peas. Apabila UnclePali angguk dengar Kjee cakap nak buat Stew Daging, Kjee pun seronok sangat.
   Ada kalanya apa yang kita teringin nak makan, terbantut apabila tiada sambutan dari penghuni rumah yang lain. So sementara UP bergegas keluar beli roti Perancis, Kjee pun slow slow ke dapur keluar daging. 
   Kjee masih belum sihat sepenuhnya. Sebab itu sebelum keluar beli roti, UP dah warning tunggu dia balik baru start masak. Ala bukannya Kjee buat apa. Cuma keluarkan daging dan defrost.
   Biasanya kalau masak daging, Kjee akan rebus dulu dalam pressure cooker. Saja nak daging itu lembut tak payah nak kunyah lama-lama. Tetapi kali ini Kjee copy kaedah chef chef di Asian Food Network. Slow cooking.
   Kjee bersihkan daging, buang urat-urat, potonglah ikut suka. Kemudian Kjee golek-golek daging dan tepung. Panaskan kuali, letak butter dan sedikit minyak.             Apabila butter cair, masukkan daging. Dah brown both sides, baru pindahkan ke periuk. Pastikan periuk yang berat sebab nak slow cook dua hingga tiga jam, guna apa yang sederhana rendah.
   Oh untuk memasak stew daging kali ini, Kjee letak snow peas. Ada stok. Selalunya Kjee hanya guna kentang dan carrot. Kalau ada brokoli, Kjee lebur juga. Kalau letak snow peas, harus 5 minit sebelum padam api ya. Kali ini Kjee masak terlebih masa so dah tak ada rupa snow peas. 
  Resipi penuh boleh KLIK SINI. Tak larat mokcik nak tulis.
   Setelah puas hati daging itu direneh dengan sempurna, makanlah dengan Garlic Bread ya.

Saturday, January 11, 2020

Kjee Dah Hampir Sihat



 Alhamdulillah syukur setelah terbaring hampir 20 hari, Kjee dan Uncle Pali hampir-hampir kembali sihat. Lagi 20 peratus okay rasanya.
   Lima belas hari pertama kami sakit, kami mengalami demam panas. Diikuti dengan batuk yang sekarang masih belum pulih sepenuhnya.
   Kjee kira okay jugak sebab banyak berpantang. Cuma UP masih tak okay sebab pantang tengok ais!
   Pada mulanya doktor di klinik kesihatan yang merawat kami syak kami terkena virus denggi. Selama 10 hari berturut-turut terpaksa berulang kerana amik darah untuk ujian. Sampaikan lebam2 lah kedua belah tangan Kjee! 
   Ada sekali itu, kami terpaksa dimasukkan air (drip). Kelakar betul sebab first time dalam hidup kami berdua, menjalani proses itu, sebelah menyebelah. 
   Laporan kesihatan kami berdua dihantar kepada Jabatan Kesihatan Gombak. Mereka datang buat pemeriksaan di rumah dan sekitar. Mujur tidak jumpa sebarang tempat pembiakan nyamuk denggi.
   Setelah 15 hari, UP tidak lagi perlu menjalani ujian darah sementara Kjee masih belum terlepas. Melihatkan Kjee masih batuk teruk, doktor mengesyaki pulak Kjee ada TB. Batuk kering.
   Aisey man. Walaupun kjee dah jadi warga emas, tetapi zaman Kjee ada lalui vaccination untuk TB. Masa sekolah dulu! Tak lah kuno sangat zaman sekolah Kjee dulu. 😆
   Doktor bagi surat untuk Kjee pergi jalani pemeriksaan untuk TB. Pulak! Kjee malaslah. Kjee tahu kalau di usia ini, terkena batuk pun susah nak baik cepat sebab sistem imun yang rendah. 
   Dan sekarang batuk hanya tinggal sekali sekala. Lumur Vicks didada sebelum tidur, nyenyak gitu. 
   Anyway thanks jugak kat UP yang tidak putus-putus buatkan dua sudu honey letak lemon juice, dua atau tiga kali sehari. Itu lebih berkesan dari 4 botol ubat batuk yang Kjee telan sepanjang sakit. 
   Terima kasih kepada semua mendoakan kami suami isteri agar segera sembuh.           Bagi Kjee dan Uncle Pali, ini adalah sakit yang paling teruk pernah kami alami sejak jadi suami isteri, 20 tahun yang lalu. Uncle Pali pernah kena denggi masa dia muda. Tetapi katanya, sakit kali ini walaupun hanya suspected dengue, tersangat dasyat. Mungkin juga factor usia. 
   Pesanan dari Kjee, kalau demam dan batuk segeralah ke klinik. Ada macam2 virus sekatang termasuk Influenza A. Kjee terkena Viral Fever pun rasa nak tercabut nyawa. 
   Anyway, berilah Kjee masa sehari dua untuk kembali aktif di sini ya. 
   Terima kasih.