Saturday, January 18, 2020

CILI FLAKES - FIRST TIME BUAT

 

   Walaupun Cili Flakes hampir sama dengan serbuk cili tapi tak serupa tau! Cili flakes ditabur atas bihun sup, maggie atau bubur nasi. Tapi serbuk cili dimasukkan dalam masakan dan dimasak. So itu bezanya cili flakes. Dan suka hatilah nak tabur atas makanan apa pun, sebenarnya. 😁
   Kjee mula kenal cili flakes dekat 20 tahun lalu. UnclePali asal orang Kedah tapi parents dia migrate ke Pahang jadi peneroka. So lepas kita orang kahwin, dia bawak balik Kedah jumpa sedara mara dia.
   On the way balik kami singgah Loqstaq. Pekena bihun sup di satu warung. Depa hidang cili flakes dalam satu bekas kecil, berasingan. Wah something new to me! Kalo belah Johor ada cili kicap.
 
    
   Kjee pernah kirim kengkawan yang ke Thailand, belikan. Then jumpa kat supermarket. Terbaru, suruh UP mintak cili flakes dlm peket banyak2 kalau dia tapau pizza. Even ke restoran Jepun pun ada cili flakes!
   Anyway, apabila stok cili flakes dah habis, Kjee terfikir nak buat sendiri. So as usual Kjee google. Ohhh first step kena cuci cili tu. Kjee rendam dalam 15 minit. Then Kjee tos bagi kering and jemur sampai betul2 kering. Amik kesempatan cuaca panas sekarang lah. 😉
   Esoknya Kjee sangai cili tu @goreng tanpa minyak (jangan lupa buang tangkai) guna api sederhana. Hati2 menggoreng . Jangan bagi hangus. Apabila dah garing, Kjee ramas manja-manja untuk keluarkan bijinya. Asingkan dan buang biji tu. Kemudian Kjee masuk dalam Food Processor dan trrrr sehingga hancur tapi bukan halus sampai jadi serbuk tau. Boleh guna lesung atau blender biasa. Simpan dalam botol kedap udara. 
   Itu aje cara membuat cili flakes. Mudah kan! So cuba lah. 

Related Posts:

  • SAMBAL TERUTUP IKAN PARANG Lauk ini asalnya dari Johor. Kjee belajar masak lauk ini semasa Kjee anak dara lagi dan tinggal serumah dengan kawan2 wartawan yang berasal dari Johor. Tapi heran jugak apabila Kjee berkahwin dengan abah Nadia, keluarganya… Read More
  • AYAM KAPRAU DAUN SELASIH Tak serik2 kan? Dua hari berturut2 buat menu sama tapi kali ni Kjee guna ayam. Bukannya apa..semalam ada fren tanya samada boleh guna ayam. So Kjee pun test lah sendiri kan? Kalau tak test, camner nak bagitau dengan korang… Read More
  • KARI TELOR SAMA SAMBAL PARI KERING innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "WOMEN,MALAY,FOOD_DINING"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; Hehehe kesian fren FB Kjee bila Kjee bagi… Read More
  • 142. cili crabsdah lama betul tak masak cili crabs ni. selalu makan jer kat kedai2 seafood kat bagan lalang sepang, tanjung lumpur kuantan, fatty crabs pj atau di carey island. ada jer yang tak kena. tak kisahlah kan. so dua hari lepas s… Read More
  • TERUNG BERLADA DENGAN UDANG KERING Dengar jer nama terung goreng berlada dengan udang kering, rasa macam tak heran. Tapi kalau makan dengan nasi panas, mesti tak layan lauk lain. Kjee buat tengah hari tadi bersama kari ayam. Hmm lagi laku terung berlada n… Read More

4 comments:

  1. kami jarang buat cili flakes. lebih suka buat sambal cili ja. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal hijau dan cili flakes tiada kaitan sebenarnya. Takkan Umi guna sambal hijau dalam bihun sup!

      Delete
  2. org kedah selalu guna sambal merah kalau bihun.Ssambal hitam jrg sangat kecuali kalau buat soto.chili flakes ni kalau beli buihun sup atau koteow sup yg siam mmg depa bg cili flakes tu.senang ja nak buat no.kadang2 chli flakes ni guna tabur masa buat spegetti.

    ReplyDelete