DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, June 30, 2020

CHEE CHEONG FUN


Masa kecik dulu dan tinggal di Taiping, selalu makan Cheong Fun. Ada satu apek jual naik basikal. Dan mak selalu panggil dia dan order untuk kami. Those were the days. Sekarang susah dah nak cari.
Tetapi Kjee ada singgah kat satu restoran jual dimsum. Dia orang ada jual Chee Cheong Fun. Tapi bukan yang kosong. Ada inti udang. Sekarang restoran tu dah tutup. Dekat dua tahun. Dan Kjee selalu terbayang kesedapannya.
A few years ago, Kjee ada buat. Terkial-kial. Tapi jadi jugalah. Macam sama tapi tak serupa. So bila kecewa, tak terfikir buat lagi. 
Dan apabila teringat a few days ago, Kjee google resipi. Ada banyak versi tetapi Kjee pilih satu yang berkenan.
Jom kita intai bahan2nya. Sebelum itu siapkan sos atau pencicah dan inti. Kjee guna udang halus atau dia orang panggil udang putih. Kalau nak guna udang kering pun boleh. Rendam sedikit udang kering, tos, tumbuk manja2 dan tumis garing dengan bawang putih. 


SOS
2 sudu air masak 
2 sudu kicap manis
2 sudu nampla/kicap cair
1 sudu sos tiram
Beberapa titis minyak bijan
Cili flakes (optional)
Satukan semua bahan diatas. Rasa. Kalau nak letak sedikit gula pun okay. Tepikan.

INTI
Segenggam udang halus dibersihkan. Buang kepala, kulit tinggal isi sahaja. Ketuk halus dua biji bawang putih. Tumis guna sikit aje minyak. Dah perang, masukkan udang. Tumis sampai udang masak. Tepikan.
Mayang beberapa helai daun bawang. Tepikan.

ADUNAN - kjee guna cawan metrik standard 
1/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung ubi 
3/4 cawan air
Secubit garam
1 sudu minyak masak
CARA
Campur semua bahan sehingga larut. Sediakan kukusan dan loyang 7x7 ". Apabila air kukusan sudah mendidih, oles sedikit minyak pada loyang. Panaskan dlm 5 minit dalam kukusan. 
Kacau adunan dan tuangkan satu senduk (lebih kurang 5 sudu besar) dan kukus 2 minit. Kemudian taburkan udang dan daun bawang. Tutup kukusan dan biarkan dlm 5 minit atau sampai masak. 
Keluarkan loyang. Kjee guna spatula untuk tolak adunan perlahan-lahan sampai jadi macam foto yang dah siap tu.
Alihkan ke pinggan dan sambung buat sampai habis. 
Makan dengan sos pencicah. 
Adunan ini untuk dua orang. Dua keping sorang. 
Selamat mencuba. 

Monday, June 29, 2020

PULUT SERI MUKA PANDAN

Banyak kali dah Kjee buat. Dua tiga kali sahaja puas hati. Pelbagai resipi sudah Kjee cuba. Dan kali ini, harap- harap ini resipi terakhir yang Kjee cuba. Puas sangat hati. Dalam masa seminggu, dah dua kali Kjee buat. There goes my diet and my sugar level. 🤫🤪
Since Kjee excited sangat kalau dapat resipi yang menepati citarasa, maka I want to share it with you guys. Sapa punya resipi, Kjee tak berapa pasti. Tapi ia lalu di newsfeed Kjee. Dan pemiliknya kata resipi turun temurun ibunya. Thnx so much. Mohon halalkan.
Kjee jugak ubah suai letak durian minggu lepas. Maklumlah sekarang musim durian gugur. Sama aje caranya. Untuk Pulut Seri Muka Durian, letak secawan durian yang dikisar sama satu cawan air. Tak payah letak air daun pandan. Letak pewarna kuning sikit jer. Proses lain semua serupa.
Ok jom kita lihat bahan2 dan cara membuatnya. 

PULUT SERI MUKA PANDAN
Bahan2 dibawah ini cukuplah untuk satu loyang 7x7in. Loyang yang bulat 8" pun ngam.

LAPISAN BAWAH
1 dan setengah cawan beras pulut
1 cawan santan cair
Secubit garam
Sehelai daun pandan
Rendam pulut selama sejam. Toskan. Pastu campur santan cair, garam serta simpulkan daun pandan. Masak sekejap sampai airnya kering sikit. Pindah pulut ke dalam loyang pastu kukus selama  20 minit. Dah elok masaknya, keluar dari kukusan dan mampankan. Kjee tekan2 guna spatula sampai padat. Tambah air dalam kukusan dan panaskan api kecik sementara nak buat bahagian atas.

LAPISAN ATAS
Satu cawan santan pekat 
Setengah cawan gula pasir
1 cawan air pandan
3 biji telor 
Setengah cawan tepung gandum 
2 sudu besar tepung ubi
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

Blend 7 helai daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis. Campur semua bahan guna whisk kecuali telor. Apabila sudah sebati dan gula sudah larut, pukul telor manja-manja dengan garfu dalam mangkuk lain. Kemudian campur dalam adunan yang telah di whisk tadi. Masuk secubit garam dan sedikit pewarna hijau. Kacau sampai rata. Kemudian ditapis  ke dalam periuk.
Loyang berisi pulut yang telah mampan tadi, diletak semula dalam kukusan. Api kukusan jangan besar sangat.
Jerang adunan hijau, guna api perlahan sambil kacau tanpa henti. 
Dah berwap aje, terus tuang ke dalam loyang pulut. 
Kukus lebih kurang 30 minit. Api sedang-sedang aje. Terlalu besar adunan akan meluap. 
Penutup kukusan dilapik tuala bersih untuk elak air menitis. Selepas 30 minit atau setelah lapisan atas masak, sambung kukus 10 minit tanpa penutup. Ini untuk bagi lapisan atas, kering. 

TIPS
Kjee ada tips untuk elak air menitis atas kuih yang sedang dikukus. Guna penutup buluh atau bambu. Penutup yang orang Cina guna untuk kukus pau. Gerenti wap terperangkap kat penutup dan tidak menitis. Penutup ini ada jual di kedai2 jual pinggan mangkuk orang Cina . Shopee pun ada tapi kena beli ikut saiz kukusan korang. Mahal sikit tapi berbaloi.
Tunggu sejuk betul2 lebih kurang 3-4 jam baru dipotong-potong guna pisau plastik. 
Selamat Mencuba.
By the way, sukatan cawan yang Kjee gunakan adalah cawan standard metrik. 




Sunday, June 28, 2020

SEKEJAP ADA, SEKEJAP...


SALAM SEMUA 
   Sorry satu lori. Kjee ni macam biskut. Now you see me, now you don't.
   Actually computer ada sedikit problem. Tu yang susah nak update. Baru sebentar ni UnclePali godek-godek. Alhamdulillah hidup semula. Dah ancient macam tuan nya. 😁
   Terima kasih semua yang setia intai blog ini walaupun Kjee dah lama tak singgah. Bukan nak janji tapi Insya Allah will try jenguk kat sini dua tiga kali seminggu.
   Kita semua Front Liners sekarang tau. So kita jaga kita. Sejak terperap di rumah almost 3 bulan, Kjee dah kekok sangat apabila keluar. Rasa seakan ada mata-mata (bukan mata2 yg polis tu 😆), memerhati.
   Anak2 pun akan mula sekolah sedikit masa lagi. Kjee tahu ramai ibu bapa risau. Kjee yang ada anak dara besar panjang pun risau apabila dia pergi kerja. Ini kan pulak anak2 yang masih kecil.
   Okay doakan Kjee sihat supaya boleh keep on posting. 💋💋💋