Tuesday, June 30, 2020

CHEE CHEONG FUN


Masa kecik dulu dan tinggal di Taiping, selalu makan Cheong Fun. Ada satu apek jual naik basikal. Dan mak selalu panggil dia dan order untuk kami. Those were the days. Sekarang susah dah nak cari.
Tetapi Kjee ada singgah kat satu restoran jual dimsum. Dia orang ada jual Chee Cheong Fun. Tapi bukan yang kosong. Ada inti udang. Sekarang restoran tu dah tutup. Dekat dua tahun. Dan Kjee selalu terbayang kesedapannya.
A few years ago, Kjee ada buat. Terkial-kial. Tapi jadi jugalah. Macam sama tapi tak serupa. So bila kecewa, tak terfikir buat lagi. 
Dan apabila teringat a few days ago, Kjee google resipi. Ada banyak versi tetapi Kjee pilih satu yang berkenan.
Jom kita intai bahan2nya. Sebelum itu siapkan sos atau pencicah dan inti. Kjee guna udang halus atau dia orang panggil udang putih. Kalau nak guna udang kering pun boleh. Rendam sedikit udang kering, tos, tumbuk manja2 dan tumis garing dengan bawang putih. 


SOS
2 sudu air masak 
2 sudu kicap manis
2 sudu nampla/kicap cair
1 sudu sos tiram
Beberapa titis minyak bijan
Cili flakes (optional)
Satukan semua bahan diatas. Rasa. Kalau nak letak sedikit gula pun okay. Tepikan.

INTI
Segenggam udang halus dibersihkan. Buang kepala, kulit tinggal isi sahaja. Ketuk halus dua biji bawang putih. Tumis guna sikit aje minyak. Dah perang, masukkan udang. Tumis sampai udang masak. Tepikan.
Mayang beberapa helai daun bawang. Tepikan.

ADUNAN - kjee guna cawan metrik standard 
1/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung jagung
1/3 cawan tepung ubi 
3/4 cawan air
Secubit garam
1 sudu minyak masak
CARA
Campur semua bahan sehingga larut. Sediakan kukusan dan loyang 7x7 ". Apabila air kukusan sudah mendidih, oles sedikit minyak pada loyang. Panaskan dlm 5 minit dalam kukusan. 
Kacau adunan dan tuangkan satu senduk (lebih kurang 5 sudu besar) dan kukus 2 minit. Kemudian taburkan udang dan daun bawang. Tutup kukusan dan biarkan dlm 5 minit atau sampai masak. 
Keluarkan loyang. Kjee guna spatula untuk tolak adunan perlahan-lahan sampai jadi macam foto yang dah siap tu.
Alihkan ke pinggan dan sambung buat sampai habis. 
Makan dengan sos pencicah. 
Adunan ini untuk dua orang. Dua keping sorang. 
Selamat mencuba. 

0 comments:

Post a Comment