DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, July 30, 2020

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Walau dimana kita berada, di desa atau di kota, jangan lupa #kitajagakita. Perang keatas Covid-19 masih belum berakhir. Jadi janganlah keruhkan lagi keadaan. Ini pengorbanan yang sebenar-benarnya. Semoga kita semua selamat.
Insya Allah. 

Wednesday, July 29, 2020

Today I am 65

Pintaku kepada Mu Ya Allah... Berilah aku kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan berpanjangan serta bahagia disisi orang yang Ku Kasihi dan Mengasihiku.
AAMIIN 

Monday, July 27, 2020

BUBUR NASI SEGERA

   

Apabila tak sihat, Kjee seringkali teringin nak makan bubur nasi bersama lauk-lauk sampingan. Ala-ala Teo Chew porridge gitu.
   Tetapi oleh kerana sudah terbiasa guna pressure cooker (PC) untuk masak bubur nasi, maka Kjee selalu padam niat nak buat. Leceh nak keluarkan PC. Lagipun nak masak sikit aje.
   Tetapi baru-baru ini Kjee temui satu cara masak bubur nasi dalam masa tak sampai 20 minit. Atas dapur sahaja. Kejadiannya secantik masak dalam PC!!!!


   Terkejut Kjee rupa-rupanya kena bekukan beras terlebih dahulu! Mula-mula cuci beras. Kalau untuk dua orang, cuci satu cawan beras. Toskan, masuk dalam plastik atau bekas taufoo faa dan simpan dalam freezer. Biar beku. Seelok-eloknya, simpan dalam freezer sampai betul2 beku. Khabarnya boleh simpan beras beku selama sebulan! 
   Apabila nak buat bubur, letak beras tu dalam periuk. Letak air secukupnya dan jerang. Tak sampai 15 minit, akan nampak beras tu dah jadi bubur. Tetapi kerana Kjee suka bubur nasi yang halus, Kjee tambah air dan terus masak sehingga puas hati. Lebih kurang setengah jam. 

   Percayalah ini cara buat bubur nasi yang paling mudah. Dan selepas ini beras beku akan sentiasa ada dalam freezer Kjee kerana boleh masak apabila teringin baik untuk sarapan atau bila-bila sahaja. 
   Lauk yang dimakan dengan bubur nasi ikut selera korang lah. Selalu Kjee goreng garing ikan bilis, hirisan bawang putih dan cili padi. Semua dah garing dicampur dan makan dengan bubur. Telor asin dan ikan kering juga sedap. Begitu jugak Kangkung Goreng Belacan. 
   Tetapi hari ini, Kjee makan dengan Sambal Terung dengan udang kering dan Daging Goreng Kunyit. Resipinya next entri ya.
   Kjee gelar Bubur Nasi Segera tetapi bukan macam mi segera dan yang sewaktu ya. 

Friday, July 24, 2020

PUDING ROTI KARAMEL KUKUS


SEJAK oven kat rumah demam denggi 😁, 
Kjee asyik google aje resipi kuih muih yang boleh dikukus. Banyak rupa-rupanya boleh 'baking' tanpa guna oven.
And then (ewah), Kjee terjumpa resipi Bread Pudding. Selama ini Kjee buat kaedah bakar dalam oven. Tetapi resipi yang Kjee jumpa kat Internet, bukan sahaja dikukus, malah guna gula hangus. Egg Caramel Bread Pudding.
Setelah meneliti resipi, sepantas kilat Kjee buat memandangkan semua bahan dah ada.
BAHAN-BAHANNYA
5 keping roti putih
1 tin susu cair
Setengah tin susu manis
5 biji telor
1 sudu kecik esen vanila
Sedikit pewarna kuning
Setengah cawan gula (utk dihanguskan) 


CARA MEMBUATNYA
Panaskan air dalam kukusan. Ambil roti bahagian putih sahaja. Potong bahagian tepi. Carik-carik dan blend sehingga halus.
Pukul telor manja-manja. Campurkan susu cair dan susu manis, serta esen Vanila.
Kemudian adunan ditapis.
Masukkan roti yang telah dikisar halus ke dalam adunan. Kacau sampai sebati. Tepikan. 
Kjee letak setengah cawan gula pasir ke dalam loyang (bulat 8") dan masak. Mula dengan api besar tetapi sebaik sahaja warna berubah pelankan api. Apabila gula berubah perang, padam api. Goyang-goyang loyang supaya karamel meliputi loyang. Hati2 agar gula tidak terlalu gelap. Nanti pahit. 
Ketika ini, air dalam kukusan sudah mendidih. Perlahankan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Letak ke dalam kukusan. Masak selama 30-45 minit. Api haruslah sentiasa perlahan. 
Dah masak sejukkan. Terbalikkan puding. Simpan seketika dalam fridge. Sedap dimakan apabila sudah disejukkan. 


Wednesday, July 22, 2020

JOM TANAM DAUN BAWANG



Selepas hampir 2 minggu. 


Sayur apa yang tak mahal sekarang... kelmarin suami Kjee ke sebuah pasaraya yang baru dan sangat terkenal di Taman Setiawangsa. Kononnya pasaraya borong tapi 10 biji cili merah rm7.80! Sebiji 78 sen. Of course Kjee terkejut kerana biasanya kalau 10 biji tak sampai rm4. Kesiannya mereka yang meniaga makanan!
Anyway, Kjee sekarang cukup hati-hati kalau suruh UnclePali beli barang basah contohnya sayur seperti Daun Bawang, Daun Sup, Daun Ketumbar dan semua yang sewaktu. Kjee pesan beli ikat yang paling kecik. 
Mujur UP tanam daun kesom. Kalau tidak, sedihnya seikat daun kesom yang kurus rm1! Kalau nak buat asam pedas kena beli dua ikat!
Begitu jugak daun sup atau daun bawang. Bukan guna banyak. Dua tiga helai aje. Tetapi satu ikan sampai rm3-4. Bukannya boleh simpan lama pun. Letak dalam fridge tiga empat hari dah busuk.


Itu yang buat Kjee decide nak tanam sendiri daun bawang. Hanya perlu banyak kalau buat Kway Teow Beef Ginger. Untuk garnishing, sehelai dua aje.
Enam hari lepas Kjee mula projek. Kjee nak tanam guna kotak telor atau egg trays. UP kata takkan hidup. Mesti guna tanah hitam dah letak dibawah matahari. Yo lah tu. Jangan cabar mokcik. Dia tak tahu kita pernah buat dolu-dolu. 😆
So Kjee pun cari bekas untuk letak egg tray. Potong untuk kasi muat. Kjee tak berapa sihat masa tu. So tangan terketar-ketar. Tak berapa molek jadinya.
Lepas tu kjee basahkan. Masa nak letak bawang kat dalam setiap lubang pada egg tray tu, UP kata kepala bawang tu kena potong sikit supaya proses untuk anak bawang tu keluar cepat sikit. Kjee ikut aje.
Kjee letak dekat pintu dapur di siang hari. Konon nak ikut saranan UP, mesti kena matahari.
Hari2 Kjee renjis2 air kat permukaan bawang. Jangan banyak sampai banjir. Cukup untuk basahkan aje. Tiap ari kjee intai dan pujuk supaya keluar pucuk. 😉😁
Dan enam hari kemudian, tarrraaaaa.
Hepinya Kjee! Ada fren cadang lenkali guna bawang besar supaya daun bawang tu gemuk2 kelak. Orite.
Next project daun ketumbar dan daun pudina. Tapi guna tanah. 👍

Tuesday, July 21, 2020

ASAM LAKSA PENANG



Kejadian minggu lepas. Apabila tak sihat, tekak ini meragam nak makan macam-macam. Kali ini nak makan Penang Assam Laksa. Ada dua gerai jual Laksa Utara yang sedap berhampiran rumah Kjee. Tetapi kan Kjee dah kata teringin nak makan Laksa Penang.
So seperti biasa, kena gi beli laksa basah, salad, timun, daun pudina dan nanas. Itu bahan-bahan wajib buat Laksa. Daun Kesom kena petik kat laman sekangkang meow kami. Begitu juga serai. Suruh UnclePali pergi cari bunga kantan kat tepi jalan berhampiran kawasan perumahan kami. Tak ada pulak. Dah malas nak kembali ke Hero Market.


Kjee buat Laksa Penang guna sardin dalam tin. Curah sos dalam tin tu sekali baru manis kuahnya. Bukanlah manis sampai meloyakan tetapi just nice kata omputih. 
Cara membuatnya korang KLIK SINI. Rasanya dah banyak kali Kjee buat.
Kjee mesti makan Laksa Penang dengan petis atau otak udang. Tak ada bukan tak boleh tetapi kureng ngam. And satu lagi pantang nenek moyang, tak boleh makan dengan telor rebus.
Namanya Asam Laksa jadi kalau terlajak masam pun okay. 


Okay selamat mencuba. 

Monday, July 20, 2020

DAPUR KAK JEE KEMBALI


   Kjee memohon maaf kerana ramai yang tidak boleh mendapat akses ke blog ini sejak beberapa hari lalu. Masalahnya dipihak kami kerana UnclePali telah merancang menukar nama blog kepada fauziahsamad.com.
   Malangnya, entah dimana silapnya, apa yang diharapkan tidak berlaku.
   Justeru Kjee telah kehilangan lebih 5,000 page views sepanjang tempoh tersebut.
Harap Maaf. 

Thursday, July 16, 2020

KUIH BUAH MELAKA



Rezeki minum petang. Duk berkira-kira nak buat Kuih Getas atau Buah Melaka. Congak punya congak, akhirnya buat Buah Melaka atau Onde Onde sebab lagi mudah. Buat Kuih Getas senang tapi bab sira tu seram sikit. Lima kali buat, 3 kali gagal. 🤣
Kali ini Kjee buat kuih ni letak tepung gandum sikit. Jangan tanya kenapa letak. Kjee google sana sini tengok ada orang letak tepung gandum sikit. So no harm trying. 
Sukatannya satu setengah cawan tepung pulut, satu sudu besar tepung gandum, secubit garam. Gaul tepung sampai rata. Kjee letak tiga sudu air daun pandan ke dalam setengah cawan air. Campur juga sedikit pewarna apple green. Kemudian dicurah sedikit demi sedikit ke dalam besen berisi tepung. Jadikan doh yang diuli seketika, sehingga tak melekat pada tangan. Rehatkan 30 minit. 
Ketika ini, ricik2 gula Melaka. Bukan ricik halus2 tapi bagi berketul. 
Kemudian doh dibuat bulat besar guli kaca. Leperkan dan letak seketul kecil gula Melaka. Tutup dan bulatkan. Pastikan gula tidak menusuk doh. 
Didihkan air. Masukkan buah Melaka perlahan-lahan. Api jangan besar sangat. Tunggu lebih kurang 7-8 minit. Apabila dah timbul, keluarkan dan letak diatas pinggan. Buat sampai habis. 
Kelapa parut diletakkan secubit garam. Gaul rata. Apabila Buah Melaka dah sejuk sedikit, golekkan dalam kelapa. Dah boleh makan.
Adunan ni jadi 33 biji. 



Wednesday, July 15, 2020

RIZKEE IS ONE!



  Kjee ada 11 ekor anak meow. Bobo, Suri, Chacha, Charlene, Loosie, Ayang, Mimi, Oscar, aCik Mun, Tuah dan Joni. Snowy kucing kami yg berusia 13 tahun, mati Disember tahun lepas. Trauma jugak Kjee. Tetapi syukur Alhamdulillah ditemukan dengan Rizkee.      Masa tu umur dia 4 bulan kata Vet. Kjee ingat lagi tarikhnya 14/11/2019. 
   Tadi Kjee  terjumpa foto-foto Rizkee. Rupa2nya masa nampak dia kali pertama di Rest Taqwa, Gombak, begitulah rupa Rizkee (1).  Kjee dan UP tengah makan. Tetiba terdengar suara anak kucing mengiau. Kjee koyakkan sedikit roti canai. Begitu gelojoh dia makan. 
   UnclePali pandang Kjee. Dan Kjee rasa macam boleh baca dari matanya. Tak pernah kami kutip anak kucing ketika tengah makan. Terus UP hangkut masuk kereta apabila Kjee angguk. Baunya Allah sahaja yg tahu. Kjee peluk dia sepanjang perjalanan dekat 15 minit sampai ke rumah.   


    Masa itu hanya nak namakan dia Rizkee 
Sampai rumah, UP terus bawa Rizkee ke sinki dapur. Mandikan. Keringkan guna hair dryer sebab Kjee tengok Rizkee sudah mula mengigil kesejukkan. 
   Lepas tu bagi makan dan bawa ke Vet. Kami kena marah dengan Vet. Rupa-rupanya tak boleh mandikan kucing sebelum bawak Vet. Kjee kata kotor dan busuk. Vet kata dia okay jer. Silap2 boleh mati anak kucing ni kesejukkan dan demam kata Vet. Ala UP kan guna hair dryer lepas dimandikan. Vet tetap kata tak boleh! 
   Tiap hari selama sebulan Rizkee makan 5 peket wetfood. Sejejap-sekejap lapar. Masa ni, anak2 bulus lain seramai 11 ekor nyorok dalam bilik. Tak mau terima Rizkee! Seminggu dia org tak keluar bilik kecuali pergi tandas. Makan semua kena hantar ke bilik!
   Punyalah Kjee stress sebab dah jatuh cinta dengan Rizkee. Rizkee mcm sedih aje semua tak nak kawan dengan dia.
Kemudian lepas seminggu, seekor demi seekor keluar bilik. Tapi dia orang tetap Social Distancing dengan Rizkee. 😆
Lama kelamaan, semua dah dapat terima kehadiran Rizkee. Tetapi tidaklah dia orang bagi muka sangat kat dia.
   Tiga bulan lepas itu, UP bawak dia ke SPCA untuk dimandulkan. Dan sedikit demi sedikit badan Rizkee mula mengembang. Baru kami sedar bulunya sangat lembut dan ekornya kembang. 


   Rizkee sangat manja. Jarang kucing kami yang lain benarkan kami dukung, peluk dan cium. Rizkee redho aje. Dan kini dia kucing kami yang paling besar badan di kalangan yang lain. Makan wetfood hanya sekali sehari (setengah peket sahaja). Biskut, air bersih ada 24 jam. Dinner nasi campur ikan rebus. 
   Syukur Alhamdulillah kami suami isteri selamatkan Rizkee aritu. Tak dapat bayangkan apa terjadi kepadanya jika tidak diselamatkan. Nauzubillah.
   HAPPY 1ST BIRTHDAY RIZKEE. 

Tuesday, July 14, 2020

PANCAKES



Kalau dah tak boleh fikir apa nak makan untuk breakfast, UnclePali mesti syor makan Pancakes. Punyalah Kjee suka bukan kerana Kjee suka makan pancakes tapi sebab UnclePali yang buat. 😅
Tapi okay jugaklah makan pancakes sebab asyik makan nasi lemak, nasi goreng dan lain-lain. Tapi nak bagitau Pancakes air tangan UP memanglah sedap. Credit given when due. 😁
Pagi ini walaupun UP masih tak sihat (kena gout), tapi tangan dia masih boleh digerakkan. So dia yang buat. Lagipun dia kata Kjee buat tak sedap. 🤷‍♀️🤦‍♀️🙆‍♀️
Resipi dia mudah ajer. Dua cawan tepung, dua cawan susu segar atau susu cair campur air dijadikan 2 cawan, sebiji telor dan satu sudu besar butter. Trrrrr semua sampai sebati. Pastu buatlah macam biasa. Panaskan kuali non stick,  amik satu senduk batter dan curah tengah2 kuali. Api sederhana. Pastu terbalikkan apabila nampak tepi2 pancake dah dekat masak. Dah elok warna keemasan, alihkan ke pinggan, buat sampai habis. 
Makan dengan honey atau maple syrup dan butter. 


Friday, July 10, 2020

BRAISED CHICKEN FEET

Ini antara dimsum favorite Kjee apabila ke Restoran yang menghidangkan dimsum. Maaf jika ada yang tidak selesa apabila kaki ayam dijadikan lauk.
Kjee makan lauk berasaskan kaki ayam sejak kecik lagi. Kawan arwah bapak, berbangsa Cina yang ajar. Katanya 'lendir' pada kaki ayam sangat-sangat berkhasiat.  Elok untuk sendi-sendi (joints) dan kulit. Kini kita kenali lendir itu sebagai collagen.
Anyway, Kjee suka sangat makan Braised Chicken Feet ni. Braised tu maknanya rendidih guna api slow setelah semua bahan2 dicampur. Kalau kaki ayam belum lembut, tambah lagi air dan terus slow cook.
Kjee guna 10 pasang kaki bila masak ini kelmarin. Itu aje jumlah yang ditemui dalam freezer. Elok jika kaki ayam jenis besar. Ada tiga pasang yang besar. Yang lain, keding aje sebab UP beli kat Ayam Mas.
Kjee potong kuku dan ketuk sikit guna belakang pisau kat tengah-tengah tulang kaki ayam. Cuci bersih-bersih. Jika ada kulit2, buang. 
Kemudian rebus seketika. Dalam 10 minit aje. Lepas itu, tos bagi kering dalam 30 minit. Ini untuk memudahkan apabila buat proses seterus iaitu menggoreng. 
Masa goreng harus tutup kuali dengan tudung sebab kaki ayam akan meletup-letup. Bak kata seorang kawan, macam berperang. 😂
Hati2 terbalikkan dan biarkan goreng hingga warna keperang-perangan. Kemudian dilalu bawah air untuk hilangkan minyak. Pastu rendam. Ada resipi suruh rendam semalaman tapi Kjee rendam dua jam aje. 
Kemudian masukkan dalam periuk bersama air. Banyak air lebih kurang dua inci dari kaki ayam. 
Sediakan pulak bahan-bahan untuk sosnya. Kjee letak satu sudu minyak masak dan satu sudu minyak bijan dalam kuali. Hiris dua inci halia dan dua ulas bawang putih serta tiga empat cili kering yang telah dikerat-kerat. Tumis hingga wangi dan masukkan satu batang kayu manis, tiga bunga lawang dan dua pelaga. Letak satu cawan air, dua sudu sos tiram, tiga sudu kicap manis, 1 sudu kicap cair, 1 sudu gula pasir dan satu kiub ayam. Kacau sehingga sebati. Kemudian campur ke dalam periuk bersama kaki ayam yang sedang direbus. 
Apabila air sudah mendidih, perlahan api. Api harus kecil sekali. 
Rendidih lah atau slow cook sehingga kaki ayam sudah betul-betul lembut. Sesekali di golek-golek. Warna kaki ayam akan jadi kehitaman. Apabila kaki ayam sudah lembut, sosnya akan menjadi pekat. Maknanya dah siap lah tu. 


Resipi asal letak cendawan kering tetapi Kjee tak letak sebab tak ada stok. Sebaliknya Kjee rebus kacang tanah dan masukkan ke dalam periuk dalam 20 minit sebelum padam api. 
Kacang tanah rebus memang pembuka selera yang sinonim apabila makan dimsum. Tetapi bukan mudah nak membuatnya. Kacang tanah agak susah hendak empuk apabila direbus. 
So kjee rendam semalaman. Esoknya rebus dengan meletakkan sedikit garam. Kesilapan Kjee, tak rebus dalam pressure cooker. Jika tidak tentu lebih cepat proses mengempukkannya. Sedap sangat begitu saja. 
Selamat mencuba 





Wednesday, July 8, 2020

CARA PERANGKAP LIPAS


Dulu orang kata, cara halau lipas ialah dgn mericik daun pandan. Macam buat bunga rampai tu. Letak kat sudut2 gelap yg korang rasa banyak lipas. 
Maka Kjee pun patuhlah. Semerbak bau wangi pandan kat dapur. Bau wangi daun pandan tak disukai lipas. Tetapi tak lama, selepas itu, lipas semakin banyak apabila daun pandan dan tak ada bau dan jadi kering.
Korang tau kenapa? Rupa2nya daun pandan kering adalah makanan lipas. Depa suka sangat. 😱

Then Kjee dapat tau semburan listerine juga berkesan. Berbotol-botol kjee beli. Campur air dalam botol spray. Kekadang tak campur air. Lipas tak ada lepas itu. Tapi sekejap aje depa mai balik. 
Why? I have no answer. 🙄🤔
So Kjee suruh UP beli perangkap lipas kat Supermarket. Dalam masa 24 jam, selesai masalah. Punyalah banyak lipas yang terperangkap. Ada juga seekor cicak masuk dalam perangkap.

Seminggu sekali Kjee cek. Mula-mula dapat perangkap banyak juga. Tetapi akhir-akhir ini nak dapat seekor pun susah. Maknamya kjee dah berjaya sekat pembiakannya!! Once lipas/ cicak dah masuk, kaki/badan terlekat kat gam. Sehari dua, matilah. 
Kotak tu ada pelapik dlm yang ada gam. Korang kena tarik penutup gam itu. Lepas tu letak serbuk makan yang didatangkan bersama di ruang yang ditetapkan. 
Kalau terperangkap banyak sangat, buang kotak tu dan ganti dengan yang baru. 
UP kata harga satu pek 5 kotak dalam rm8 aje. 

Monday, July 6, 2020

LEMAK IKAN TALANG REBUNG


   Minggu lepas dapat rezeki Ikan Kering Talang pemberian sahabat FB, Noor Safizah Yapis. Fresh lagi. Kedah mali. Fiza kata untuk buat Kari. Dia macam tau fav kami anak beranak.
   Besar ikan tu. Kjee potong-potong. Pilih secukupnya untuk masak lemak dengan rebung madu. Lebihnya Kjee pack elok2 simpan dalam freezer.
   Inilah kejadiannya. Cantik warna kuningnya, sebab Kjee guna kunyit tanam sendiri. Kalau kunyit serbuk, lain sikit kot kalernya. Korang tentu ada cara tersendiri masak lemak kan? 
Kalau masak gulai guna ikan masin, Kjee rendam sejam dua ikan kering tu. Arwah mak kalau buat, dia rendam dalam air garam. Katanya nak 'kasi sedut' garam pada ikan. Entahlah Kjee tak buat. Rendam air biasa aje. Tapi sekejap-sekejap tukar airnya. 
   Selain itu, kalau masak lemak cili padi stail Nismilan, Kjee tak letak bawang. Cuma tumbuk cili padi dan kunyit hidup. Jangan letak garam. Kjee nyaris terletak sebab lupa nak masak ikan Talang. 😁
   Campurkan bahan tumbuk dalam satu mangkuk santan perahan kedua. Dari kelapa parut sebiji. Letak sebatang serai yg telah diketuk-ketuk. Kemudian jerang lah. Apabila sudah mendidih, masukkan rebung madu yang telah dihiris-hiris. Mssak lebih kurang 5 minit kemudian masukkan ikan kering. Pastikan dah cuci bersih2 lepas direndam tadi tau. 
   Slowkan api. Kemudian curahkan santan pekat dari perahan pertama. Dalam semangkuk gitu. Kacau sampai rata, campakkan hirisan daun kunyit. Sebelum padam api, masukkan satu sudu kecik gula. 
   Itu aje. Jangan risau kalau lepas padam api, rasa kuah masih belum masin. Tunggu sejam dua barulah rasa masin dari ikan kering tu keluar. 
   Lauk ini harus dielakkan orang yang ada darah tinggi. Kjee darah rendah, UnclePali yang darah tinggi. Tapi makan sekali sejala Insya Allah ok. 

   

Sunday, July 5, 2020

ROTI PURI GANDUM



Ini kejadian pagi semalam. Airtangan UnclePali. Kjee tak sihat. Ada baki kari ayam dalam freezer. Ingat nak buat lempeng kosong aje cicah kari. Tapi kelapa parut tak ada.
UP suggest buat puri. Isyhhh tepung Atta (wheat flour) tak ada kata Kjee. UP kata guna tepung gandum aje. Letak yeast. Ohhh rupa2nya itu kerja dia selama ni. Geng kita jugak. Kaki google tapi senyap2. 😆
Dia buat separuh adunan sebab nak makan berdua aje. Tapi jadi dalam 8 biji (dua buang sebab tak jadi 🤫).
Bahan2 tepung gandum dua cawan. Cawan metrik ya. Satu sudu makan yeast kering, 1 sudu makan gula pasir, 2 sudu minyak masak, setengah cawan air panas, secubit garam. 
Campur semua bahan kecuali air panas. Gaul sampai jadi mcm breadcrumbs. Kemudian tuang air panas sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Kalau doh terlalu keras, tambah sikit lagi air panas. 
Uli sampai licin
Sekejap jer. Sampai tak melekat kat tangan dan bekas. Kemudian buat bulat-bulat macam bola pingpong. Rehatkan lebih kurang 15 minit. 
Sediakan minyak dalam kuali. Panaskan. 
Gelek doh atas meja yang telah ditabur sedikit tepung. Gelek nipis angkat perlahan-lahan ke dalam kuali. Minyak mesti panas. 
Curah2 minyak panas guna sudip diatas doh hingga gelembung. Terbalikkan. Apabila cantik warna keemasan, keluarkan. Buat sampai habis. 
Selamat Mencuba. 


Saturday, July 4, 2020

SAMBAL TEMPOYAK PETAI


Dah tiga hari Kjee demam dan sakit tekak. Mujur tiada batuk dan selsema. Kalau tidak, kena pergi hospital. Sebab itu tanda-tanda gejala Covid-19. Lebih menyeramkan, Kjee kluster berisiko sebab warga emas dan diabetic. Selisih malaikat 44.
Dan apabila tak selera makan, terfikir nak makan pedas-pedas. Selalunya kalau tekak meragam, Kjee suruh UnclePali gi beli tomyam. Tetapi semalam apabila terpandang Tempoyak dan botol petai jeruk, terus terbayang nak buat Sambal Tempoyak. Bukan sambal mentah tetapi yang letak cili padi, bilis goreng, bawang hiris dan daun kunyit.
Inilah kejadiannya petang semalam. Serius masa masak tu tubuh Kjee terhoyong hayang. Rasa lemah sangat. Tetapi digagahkan jugak.
Tak payah mana pun. Tumbuk cili padi sama tempoyak. Apabila sudah halus, tumis dalam minyak. Tak payah banyak. Minyak itu baki ikan bilis yang Kjee goreng garing sebelum itu.
Apabila dah naik wangi, masukkan hirisan bulat bawang besar. Sebiji aje. Masukkan air. Jangan banyak sangat. Asal cukup untuk cairkan tumisan tempoyak cili padi tu. Masukkan garam dan sedikit gula. Kalau korang guna pak aji, bolehlah letak. Apabila sambal sudah mendidih, masukkan petai jeruk dan tabur daun kunyit yang telah dimayang. Jangan lupa letak sedikit bilis yang telah digoreng gating. Kacau-kacau dan padam api.
Sambal ini kalau berbaki boleh disimpan dalam peti ais.
Selamat Mencuba. 

 

Wednesday, July 1, 2020

ASAM PEDAS DAGING TETEL


ASAM PEDAS DAGING TETEL.
Kalau duduk KL, memang susah nak jumpa. So pilihannya, masak sendiri atau ke Melaka. Daging tetel sebenar susah nak dapat. Jadi rebutan orang niaga. Selalunya Kjee rasa peniaga restoran Minang dah siap-siap booking. Sebab dia orang jual Gulai Daging Tetel.
Anyway, aritu Kjee singgah satu gerai jual daging di Taman Keramat. Mintak daging tetel. Dia hulurkan satu peket daging frozen yang dikatanya Tetel. Well, sama tapi tak serupa. Kjee dah lama kenal daging dalam peket atau dikenali sebagai Slice. Ia mengandugi urat-urat dan jugak lemak daging. Apapun, bolehlah buat Asam Pedas guna Tetel atau Slice ni. Ada jual kat supermarket.
Daging tetel, tersangat liat sebab banyak urat-urat. Kena hati-hati ketika hendak masak. Yang lemak-lemak tu elok trim buang. Pastu kena rebus lama. Kalau ada pressure cooker, memang elok sangat. Rebus lebih kurang 30 minit untuk dapat texture lembut. Air rebus daging tu jangan dibuang. Guna apabila masak. Boleh juga ramas asam jawa guba air rebusan tu. . 
Asam Pedas Tetel ni adalah versi Kjee. Bukan versi orang Melaka yang letak pelbagai rempah biji. Kjee hanya masak Asam Pedas biasa dan ganti ikan dengan daging. 
Bahan seperti biasa cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, belacan, asam jawa, serai, daun kesom dan juga daun limau purut (kalau ada).