Thursday, August 27, 2020

BIHUN LEMBUT DLM 5 MINIT


Pagi ini kami bekfes bihun goreng biashe biashe. Malam tadi plan nak buat nasi goreng. Lepas Subuh bagitau UnclePali nak goreng bihun lah pulak. Dia kata kenapa tak bagitau sebelum tidur. Dia boleh rendam bihun.
Hehehe dia tak tahu orang ghumah dia ni dah lama hidup. Setakat bihun nak lembutkan, no hal. Insya Allah lima minit dah boleh jadi. So easy kalau korang ada tamu yg tetiba muncul dan pening fikir apa nak sediakan.
Hanya masak air panas. Biar sampai mendidih. Then curah atas bihun. Selalunya 5-6 minit dah okay. Tetapi kalau bihun tu liat sgt, tambahlah sikit lagi masa merendam. Guna garfu golek-golekkan bihun tu. Dah rasa elok kenyal atau a bit al dente, toskan. Kekadang Kjee biar kepanasan dan wap bihun tu, lembutkan lagi bihun tersebut. Tetapi kalau rasa dah lembik sangat, letak bawah paip. Biar air paip sejukkan and stop the cooking process.
Tarrraaaa bihun dan siap untuk digoreng. Mudahkan! Well mokcik ni dah lama hidup. Banyak tricks yang mokcik tahu.
Kalau goreng bihun, Kjee suka buat telor dadar nipis-nipis, hiris dan tabur atas bihun goreng. Sedap gua cakap lu. 


3 comments:

  1. sedapnya !! saya dahlah blum breakfast lgi ni

    ReplyDelete
  2. ammi kadang-kadang, walaupun dah rendam dalam air biasa tp bila nak masak ammi lalukan dengan air panas manja2 gak sebab tak suka makan mihun kalau keras. tercokik ghaso

    ReplyDelete