Wednesday, August 5, 2020

DAGING QURBAN GORENG KUNYIT


Kjee cukup excited kalau dapat Daging Qurban kerana confirm dagingnya, tak liat. Maklumlah apabila dah join geng warga emas, semua 'pagar2' dah longgar. 😂
Dulu Kjee heran kenapa daging qurban tak liat macam biasa kita beli. Baru terfikir Lembu yang dikorbankan, usia dalam lingkungan 2 tahun. Masih muda jadi dagingnya tak lah liat. Mungkin gitu. Wallahualam. 
Anyway, tahun ini Kjee dapat rezeki nak merasa daging Qurban. Terima kasih Faizah Shahbudin, yang memberi bagi pihak keluarganya. Terima kasih Finas menerusi GISB Holdings yang beri sebahagian ahli2 Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, daging Qurban.  Alhamdulillah. 


Dan apabila dapat daging Qurban, seringkali Kjee akan buat daging goreng atas permintaan my other half. Sekiranya Kjee buat Daging Bakar, UnclePali akan buat sendiri cicah Sambal Kerisik yang popular dengan orang Utara. Dan Kjee pula lebih suka Air Asam ala Thai yang letak cili padi, hirisan bawang besar, sos nampla, jus limau kasturi, gula kabung dan juga akar serta daun ketumbar. 
Simple aje daging goreng versi Kjee. Cuci dulu kemudian hiris-hiris nipis-nipis. Perap dengan garam dan kunyit serbuk lebih kurang 30 minit. 
Hiris bulat2 satu labu bawang besar. Lebihkan bawang jika suka atau mengikut banyak mana daging yang diguna. Hiris juga sebiji dua cili merah. Boleh dicampur juga cili padi. 
Panaskan minyak dan goreng daging. Biarlah sampai cukup masak. Jangan terlalu garing. Kemudian asingkan sikit minyak dan tumis bawang sehingga lembut. Masukkan pula cili. Kemudian masukkan semua daging. Perasa dengan pak Aji jika guna. Gaul sampai rata. Kalau ada daun bawang, bolehlah hiris selebar dua inci. Digoreng sekali sebaik api dipadam. 
Itu aje. Kjee selalu ratah aje kalau buat daging goreng. 





0 comments:

Post a Comment