Friday, August 21, 2020

SAMBAL TERUNG UDANG KERING


Kjee suka sangat makan Sambal Udang Kering Terung. Terbaik setakat ini yang Kjee makan ialah di Restoran Sakura Krystal di Taman Melawati. Ada beberapa cawangan di mall lain. Di Restoran Group Base Sri Damansara pun ok.
Banyak kali Kjee cuba tiru masakan itu masa pergi jamu selera di Sakura Krystal. Tapi gagal. Kjee yakin dia orang golek terung itu dalam tepung (mungkin tepung jagung) sebelum goreng. Entahlah.
Anyway aritu Kjee terai tapi masih gagal dapat rasa yang sama. Hampir sama pun tak ada. 😆
Tetapi at least terhidanglah lah jugak Sambal Terung Udang Kering. UP tak komen apa2 sebab makanan camtu bukan taste dia. 
Ini resipi agak2 jer. Pepandailah korang adjust tau. Kjee guna dua biji terung yang sederhana besar. Buang kulit. Hiris sebesar jari kelingking dan gaul dalam tepung jagung. Kemudian goreng hingga garing. Tepikan.


Lepas tu buat sambal nya. Mula2 Kjee rendam segenggam udang kering. Dah lembut, tumbuk halus. Tepikan. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai halus.
Tumis semua bahan tadi hingga garing kemudian masukkan cili kering kisar. Sukati banyak mana. Nak pedas letak lebih. Guna api perlahan sampai sambal tu naik minyak.


Kemudian letak satu dua sudu asam jawa, sedikit garam dan gula ikut rasa. Masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga mesra. Padam api. Makan panas-panas. 


2 comments:

  1. Ammi pun suka terung udang kering ni.. Tp slalu kalau buat takdelah golek ngan tepung jagung tu.

    ReplyDelete
  2. Jadi goreng terung tu dengan tepung? Cik TK tak pernah buat lagi.. hehe boleh la cuba nanti ni...

    ReplyDelete