Friday, August 28, 2020

SICHUAN CHICKEN


   Ini lauk minggu lepas. Antara lauk yang mudah disediakan. Resipi asal memang letak kacang gajus. Bukan suatu kemestian tetapi lauk ini mesti pedas. 
   Sichuan adalah satu daerah di negara China yang penduduknya sangat gemari makanan pedas. Selain cili kering dan cili merah, antara bahan yang selalu mereka gunakan ialah Lada Merah. Macam lada hitam tapi warna merah dan agak pedas.  
      Bebarapa tahun lalu, kawan FB kita, Nelawati Ngadul yang tinggal di China ketika itu kerana kerja, ada kirim kat Kjee. Tapi ketika proses berpindah rumah, boleh hilang pulak peket Sichuan Red Pepper tu.     Anyway, cara buat Sichuan Chicken ini ialah mula-mula kena perap dulu ayam yang telah dipotong-potong ikut suka. Selalunya kecik-kecik atau bite size. Kjee letak ayam tersebut dalam beg plastik zip lock, campurkan sos tiram, kicap manis serta kicap cair. Semua dua sudu each. Kemudian di zip lock dan diramas-ramas plastik tu. Tujuannya untuk disatukan semua sos dengan ayam. Kalau tak ada plastik ziplock ini, boleh letak dalam besen atau apa jua bekas. Dah gaul rata, letak dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.


   Kemudian hiris 4 bawang putih, 3 inci halia muda dan satu labu bawang besar. Cuci lebih kurang 10 batang cili kering. Rendam seketika. Keringkan cili itu guna tisu dapur. Kerat dua atau tiga ikut kepanjangan cili kering. Pastu goreng guna apa sederhana sehingga garing. Tepikan. 
   Setelah cukup masa ayam diperap, tumis dulu hirisan halia hingga garing. Masukkan pula bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga layu. Masukkan pula ayam bersama sos perapan. Tunggu sehingga ayam masak. Kalau perlu tambah sedikit air supaya ayam betul-betul masak. Pastu masukkan cili kering yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Letak sedikit gula. Rasa. Kalau tak cukup masin, tambah sedikit lagi kicap cair. 
    Sebelum padam api, masukkan daun bawang yang telah dipotong-potong selebar dua inci. Gaul rata. Masukkan kacang gajus, gaul seketika. Kemudian curah air campuran dua sudu tepung jagung. Besarkan api, kacau pantas-pantas sehingga kuah pekat dan terus hidang. 
   Kjee suka sangat kunyah sekali cili kering goreng itu sama ayam masa makan dengan nasi. 
   Daun bawang dalam foto bawah ini, sendiri tanam tau. 😁



0 comments:

Post a Comment