Thursday, September 24, 2020

BIDADARI KIRIMAN TUHAN


   Kjee pernah menulis skrip. Taklah banyak tetapi pernah menjadikannya sumber rezeki suatu masa dahulu. 
   Tetapi Kjee bukanlah seorang penulis skrip yang hebat. Suam-suam kuku aje. Namun pengalaman hidup dan juga sebagai wartawan, is enormous, kata omputih. Maklumlah dah lama hidup. 65 tahun.
   Pagi ini sambil sarap ubi rebus dengan UnclePali, Kjee luahkan rasa tidak puas hati dengan skrip/cerita dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan. 
   Hebat judulnya. Takut dengar tetapi isinya tidak mantap dan meyakinkan. Okay kita tolak tepi elemen cinta dalam drama itu. Kjee nak kupas mengenai Ayu, kisah anak malang bawah umur yang jadi mangsa bapa kandung dia. Seekor Haruan makan anak. 
   Sejak menontonnya dari episod Ayu muncul, Kjee dah agak Ikram seorang fidofilia. Dan Kjee tertunggu-tunggu saat dia ditangkap. Malangnya hingga ke episod 19. Ikram bebas ke sana ke sini. 

    Dan juga dalam treler untuk episod ke-20, Ikram kata apa polis boleh buat? Sanggup dan bangga beritahu ibunya yang mungkin Ayu telah diperalatkan untuk bercakap bohong oleh ibu tirinya, Manis. 
   Kjee menarik nafas panjang. Kjee pernah jadi Wartawan Jenayah di akhbar The Malay Mail, satu  ketika dulu. Walaupun Kjee tak pernah cover kes seperti Ayu tetapi Kjee kutip pengalaman dari membaca kes-kes yang dilaporkan rakan-rakan seperjuangan. 
   Manis, hanya terpaku apabila ternampak Ayu diperkosa oleh ayahnya, Ikram. Di sini Kjee kecewa dengan Pengarah yg kurang kreatif. Adakah masuk akal, Ikram nak setubuh anak dia tetapi tak kunci pintu? Manis terbuka pintu, tutup balik dan menangis. Itu aje. 
   Apa yang mungkin Pengarah boleh buat ialah buat adegan Manis lekapkan telinga di pintu berkunci dan terdengar 'keghairahan' Ikram dan tangisan Ayu yang sedang kesakitan.  
    Come on lah. Ini tahun 2020. Dah banyak dipaparkan dalam akhbar! Orang semua sudah tahu kena terus report polis! Dan Ikram boleh ditangkap tanpa banyak cerita & terus disoalsiasat. Ini kes budak bawah umur bukan pelacur jalanan! Ayu juga harus dihantar ke rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat perlindungan. Bukan diletakkan dalam rumah kampung mak tirinya Manis dengan bapanya Ikram bebas berlegar-legar di kampung sama! 

   Apa yang cuba dipaparkan dalam drama ini (hasil idea Pengarah), adalah satu isu yang cukup menarik dan boleh dijadikan ikhtibar oleh keluarga terdekat mangsa-mangsa, seperti Ayu. 
   Tidak salah didramakan tetapi biarlah ada unsur-unsur pengajaran disebaliknya. Biar ia menginsafkan penonton dan sentiasa peka sekiranya terjadi dalam komuniti kita.
   Mak Som, ibu Ikram juga tidak sepatutnya menyembunyikan 'skandal' anaknya. Cuba jadi ibu mithali konon-kononnya! Karektor yang tak realistik sedangkan Mak Som seorang bekas guru! 
   Anyway, Kjee harap banyak lagi drama yang membabitkan kisah gelap dalam rumahtangga dihasilkan. Tetapi penulis skrip atau Pengarah harus lebih peka. Berpijaklah kepada realiti. Do your homework first! 
   My two cents! 

   

Related Posts:

  • WE ARE BACK IN KAY ELL EHSAN GOOGLE Kjee, Unclepali dan Nadia dah selamat sampai di rumah. Hujan lebat sepanjang jalan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur! Sangat2 merbahaya. Terima kasih semua kerana mendoakan kami selamat pergi dan kembali! … Read More
  • WE ARE THE CHAMPIONS!!!! innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f… Read More
  • PERISTIWA SEMALAM YG TAKKAN KU LUPA gambar hiasan album cik google Alhamdullilah syukur, malam tadi Kjee tidur nyenyak sekali. Tiada mimpi ngeri berikutan peristiwa semalam. Apapun, Kjee sendiri hairan bagaimana Kjee boleh tenang sepanjang ordeal tersebut. … Read More
  • I CAN NEVER BE A DOCTOR OR A NURSE...HEHEHE dari album Ms Google Korang tahu tak, masa Kjee remaja dulu, Kjee pernah bercita2 nak jadi nurse! Kjee seringkali beli majalah remaja dari Australia dan America. Dalam majalah tu ada iklan2 kolej kejururawatan untuk… Read More
  • KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!! dari album cik google Korang nak tahu tak entry Kjee yang mana satu paling banyak dibaca sepanjang bulan November 2011? Ikutilah senarai dibawah ini. 1. SELEPAS KES ANA DAHLIA, TUNANG DIA BUAT HAL    http://ww… Read More

1 comment:

  1. Betul geram je kenapa lama sangat nak tunggu p report polis kan. Tapi dah nama drama.hehhe... Sebab tu bila ada drama adaptasi ni saya memilih untuk membaca novel berbanding menonton drama, kadang2 kecewa bila babak penting dalam sebuah cerita itu ditinggalkan.

    ReplyDelete