Monday, September 28, 2020

BIHUN SUP


   SEJAK muda lagi Kjee suka sangat makan nasi kalau ada banyak kuah. Terbawa-bawa hingga ke tua. Kalau makan roti canai, paling menyampah kalau diberi sepiring kecik kuah dhal. Suami kita dah faham sangat. Either dia mintak extra kuah atau dia amik sendiri. Malas dia nak dengar kita bebel. 😁
    Time tak sihat pulak, Kjee suka makan apa jua makanan yang bersup. Tak kiralah sup apa asalkan boleh hirup. 
    So tadi lepas UnclePali keluar kerja, Kjee keluarkan ayam dari freezer. Ayam tu seekor dah siap-siap potong empat. So Kjee nyah beku satu portion aje. Pastu potong ikut suka. 

    Sebenarnya teringin nak makan Soto. Tapi tak sempat kot nak buat nasi impit. Mujur ada secoit bihun dalam pantry. Maka Kjee terus rendam. 
    Teringat buat sup Ayam resipi Che Mat Gebu aritu. So Kjee sangai satu sudu kecik biji Ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Dah wangi terus Kjee kisar sampai halus.
    Kemudian Kjee kisar satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci kunyit hidup, halia dan lengkuas. Trrrr sampai halus.
    Tumis bahan sangai guna sedikit minyak sehingga wangi. Letak jugak satu kayu manis, dua pelaga dan 1 bunga lawang. Kemudian masukkan bahan basah yang diblend tadi. Tumis sampai sedikit garing. Masukkan ayam dan masak sehingga, ayam kecut.
    Apabila ayam dah kecut, letak lebih kurang satu liter setengah air. Biar mendidih perlahan. Letak satu kiub ayam dan sedikit garam. Rasa. Kalau ayam dah empuk, siap lah tu. 
    Inilah sup yang Kjee guna untuk buat Bihun Sup. Taugeh tak ada. Hanya ada sawi sahaja yang Kjee celur. Kjee juga buat Bergedil Ayam dan Sambal Kicap. 

    

   


      

Related Posts:

  • WORDLESS WEDNESDAY - SUP FUCUK resipi klik sini  … Read More
  • SUP AYAM MAKARONI Ini sup ayam makaroni yang Kjee buat semalam. Selalunya, kalau buat sup ayam, Kjee akan bubuh nasi dalam mangkuk dan curahkan sup ayam. Semalam teringin pulak nak buat camni. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050c… Read More
  • SAMBAL TELOR PECAH innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • SUP WANTAN BUKA SELERA DI MUSIM PANAS Apabila musim panas melanda, Kjee siang2 lagi dah angkat tangan tak mau makan makanan berempah dan yang sewaktu dengannya. So, yang menjadi pilihan haruslah jenis yang masak bening, kata orang Jawa. Atau sup atau masak… Read More
  • SUP SIMPLE FUCUK DENGAN DAGING innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More

0 comments:

Post a Comment