Wednesday, September 2, 2020

BINGKA UBI KAYU


   Ini kejadian hujung minggu lepas. Tengok orang buat, kita pun teringin. Mujur hari Ahad ada Pasar Tani di Desa Setapak. So UnclePali tolong belikan ubi kayu. 
   Actually, sekarang ramai orang jual Bingka Ubi yang menepati selera Kjee. Tetapi kerana nak test Oven baru hadiah Dato Nor Inchun, for my birthday recently, maka Kjee pun teruja buat.

   Kjee mula buat Bingka ni sejak zaman muda-muda dulu. Tapi tak ada resipi khusus. Main ikut naluri or hantam sajalah labu. So apabila ada satu grup tu post Bingka Ubi lengkap dengan resipi maka Kjee pun terai lah. Tetapi Kjee adjust sana sini.
   Resipi asal kata 2 kati atau 1.2 kilo tapi Kjee buat guna 1 kilo aje ubi kayu. Kjee kupas buang kulit dan ricik2 masuk food processor. Bukan tak ada sagat tradisional tapi serik asyik terluka. 
   Setelah disagat halus, masukkan dalam besen, campur 1 kotak kecik santan kotak. Masukkan setengah cawan air dalam kotak tu untuk habiskan saki baki santan. Tuang dalam adunan. Kemudian masuk satu cawan gula putih. Kalau nak manis tambah ler lagi. Kacau sampai gula larut. Kjee tambah sedikit pewarna kuning dan sedikit garam . Kacau rata. Kemudian tuang dalam acuan. Kjee guna acuan 8x8". Pastikan adunan diratakan dalam acuan. Berus sedikit minyak di permukaan adunan. 
   Panaskan oven selama 10 minit. Set suhu 200 darjah dan bakar selama 60 atau 90 minit ikut kepanasan oven masing-masing. 
Sejukkan betul-betul baru dipotong-potong guna pisau plastik.

1 comment:

  1. Suka juga bingka ni tapi takleh makan banyak2..bloated jadinya

    ReplyDelete