Monday, September 28, 2020

BUBUR NASI


    Semalam Kjee tak sihat. Baring aje. Mujur ada beras yang dibekukan dalam freezer. Kjee hanya larat bangun untuk masak Bubur Nasi berlauk ikan bilis dan bawang putih.
    Apabila sakit, tiada sebabnya kita tak makan. Masak bubur nasi guna beras beku ini tak sampai 30 minit. Kalau tidak tunggulah masa sejam dua untuk mendapat bubur yang perfect. 
    Bubur Nasi yang sempurna bagi Kjee, harus halus dan tiada nampak butiran nasi. Kjee hanya tahu baru-baru ini untuk mendapatkan hasil seperti itu, hanya perlu bekukan beras. Masaknya sekejap aje. 

    Cuci beras bersih-bersih, toskan. Kemudian simpan dalam bekas ataupun dalam plastik dalam ruang beku atau freezer. Apabila nak guna, masukkan dalam periuk, letak air dan jerang. 
    Masa menjerang terserah. Ada yang suka bubur itu masih nampak seperti nasi yang cair. So masa masak antara 15-30 minit. Boleh tambah air lagi jika belum sampai tahap yang diinginkan. Air panas tau. 

    

    Kjee suka makan bubur nasi dengan pelbagai jenis lauk seperti Kangkung Goreng Belacan, Telor Asin, Ikan Kering dan Bilis. Itu masa sihat lah. Kalau dah sakit dan tak larat, cukup dengan goreng garing hirisan Bawang Putih, Ikan Bilis dan cili padi. Gorang asing-asing. Kemudian dicampurkan apabila hendak makan. 

    

 

1 comment:

  1. thank you for the tips Kak Jee.. selalu ammi guna nasi dalam pek utk dibuat nasi impit tu je sbb beras kat rumah tak sesuai dibuat bubur..tak berkanji

    ReplyDelete