Pagi ini Kjee buat Kek Pisang lagi. Tunggu, baca dulu sampai habis. Kjee bukan nak share resipi kek Pisang lagi. Kan baru buat minggu lepas! Kjee nak bagitau pagi ini Kjee ada buat satu eksperimen. Minggu lepas, Kjee kecewa kerana setiap kali buat kek Pisang, ia merekah di permukaan!
Tentu korang perasan Kjee jarang share entries kek. Sebab utama ialah Kjee tak pandai. Sekali dua buat, tak menjadi, I give up. Lebih baik beli kat SR atau bakery yang lain.
Tetapi ada juga kek yang terkecuali. Kek Pisang antara fav UnclePali. So Kjee seringkali buat kalau UP beli pisang.
What UP tak tahu is, Kjee selalu kecewa apabila kek merekah atau bantat. Bagi dia, asal sedap okaylah.
Then my fren Larry Yusuf, link Kjee kat satu tip di you tube. Barulah Kjee tahu rupa2nya kesilapannya di pihak kita apabila terlepas pandang.
Kenapa kek kita merekah di permukaan apabila dah siap? Ada dua tiga sebab. Satu yang kita semua tahu sebab suhu oven terlalu tinggi. Kjee selalu panaskan oven selama 10 minit sementara nak siapkan adunan. Suhu ikut resipi. Rupa2nya suhu oven orang tak sama dengan oven kita. Misalnya kalau pada resipi ditulis suhu 180 darjah, cuba turunkan ke 165 atau 170.
Itu yang Kjee cuba tadi. Masa panaskan oven, suhu pada 180. Tetapi masuk kek, Kjee turunkan ke 165. Jangan lupa selawat banyak-banyak. 😅🙏
Penambahan Baking Powder dan/atau baking soda juga penting. Jangan ghairah sangat nak kek kita naik tembam maka kita lebihkan sikit serbuk-serbuk itu. Untuk resipi kek pisang, tertulis disitu satu sudu teh baking powder dan satu sudu teh baking soda. Kjee kurangkan jadi setengah sudu teh tiap satu.
Dan acuan juga memainkan peranan. Aritu Kjee guna acuan 6x6". Empat segi. Adunan yang ada sebenarnya memerlukan acuan yang lebih luas sedikit. Itu antara penyebab kek naik dan merekah! 😱
Tadi Kjee cuba guna acuan bulat yang Kjee tak pasti ukurannya. Ala acuan yang biasa jer.
Alhamdulillah kek Pisang Kjee kali ini molek sangat! Tidak merekah atau mentah di permukaan!
Kalau ada bakers yang nak ketawakan Kjee sebab share posting ini, ada aku kesah! Kjee tak pernah belajar dari orang persaorangan atau pergi kelas. But I use my brains. You tube ada.
Okay kalau korang nak terai cara Kjee, silakan. Kalau tak nak, no hal one lah.
Oh lupa lak. Masa kek masuk oven tadi, Kjee letak di rak paling bawah. Api hanya bahagian bawah. Selepas 30 minit, Kjee tukar api atas sahaja.
kek ammi pun selalu merekah..kesilapan yg sama kot. memang kadang2 over ghairah letak baking powder ahaksss. nak kek segebu tuannya
ReplyDeleteHahaha kan!
ReplyDeleteKak, sorry nak tnya akak pakai oven brand apa..baru nk berjinak2 buat kek..x mahir guna oven lagi2 masa nk agak/ejas suhu tu
ReplyDeleteJenama Elba.
ReplyDeleteIni oven jenama sama yg Kjee gunakan. Yg pertama bertahan 8 tahun. Yg kedua ni Kjee dapat hadiah birthday dari seorang sahabat, Julai lalu.
Kjee x ada masalah guna jenama ini.
Sorry Cik Far. Jenama Faber bkn Elba. 🙏
ReplyDelete