Sejak PKP hingga ke PKPP, Kjee dan UnclePali dah jauhkan diri dari makan di restoran Mamak. Semuanya kerana seriau apabila muncul Kluster Sivagangga. Dan satu lagi di Titiwangsa yang boleh dikatakan dekat sangat dengan kawasan perumahan kami.
Jadi bayangkan betapa rindu nak makan roti canai, tosei, puri dan semua yang seringkali kami order apabila singgah Rest Mamak. Dulu-dulu at least 3 kali seminggu!
So lepas Subuh tadi, Kjee terus ke dapur. Harap2 sempatlah buat Puri & Kilangu. Roti Puri tepung gandum Kjee dah jadikan entri ari tu. Tapi masa tu cicah kari baki dinner.
Korang tau apa itu Kilangu? Kalau korang biasa makan Poori kat Rest Mamak mesti ia dihidangkan dengan kuah kentang yang pekat dan sedap. Hah itulah Kilangu. Sedap kan? Hanya ada kat Rest Mamak aje tau.
Buatnya taklah susah mana. Tiga biji kentang dibuang kulit. Belah empat supaya cepat empuk masa merebus. Letak garam dalam air dan rebus lah sehingga empuk. Lenyek kasar-kasar dan tepikan. Airnya jangan buang dulu.
Selain kentang, bahan-bahan lain yang diperlukan ialah sebiji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu sudu kecik biji sawi, 1 biji cili hijau, 1 tangkai daun kari, satu sudu kecik serbuk kunyit dan dua sudu makan susu cair. Susu cair ni adalah optional. Tapi kalau letak, ada rasa lemak sikit.
Hiris bawang besar dan bawang putih. Hiris panjang-panjang. Bole juga guna cili padi hijau. Kemudian tumis.
Mula-mula letak dua sudu minyak dalam periuk. Apabila sudah panas, letak biji sawi. Setelah mula meletup-letup, masukkan bawang semua. Kacau hingga bawang lembut. Masukkan kunyit serbuk dan daun kari. Kacau sehingga rata. Apabila sudah naik bau, masukkan kentang dan cili hijau. Kacau rata dan letak satu atau dua senduk air rebusan kentang.
Oleh kerana air rebusan itu telah diletak garam, maka tak perlu tambah garam dalam Kilangu. Tetapi rasalah. Jika perlu, tambah.
Apabila sudah naik wap, masukkanlah susu cair. Kacau dan padam api. Makan dengan Puri atau Capati.
Resipi Roti Puri Gandum KLIK SINI.
Maaf lah kak, ingat kilanggu tadi singkatan untuk kilang gula,,,hehehe. suka juga lepak mamak tapi tak pernah order puri sebab tu tak tahu.
ReplyDelete