Sunday, September 20, 2020

KUIH LOPES


   Seminggu sekali, Kjee dan UnclePali mesti ke Kampung Baru, untuk menikmati Lopes dan Lontong. Ada satu warung yang memang best giler! Kuah gula Lopes mereka, pekat. Ngamlah.
   Pagi semalam Kjee ternampak pulak fren FB Chom Bahar, tayang kuih Lopes dia yang nampak molek sangat. Kjee terus selongkar pantri. Jumpa semua bahan-bahan yang diperlukan. So apa lagi!

   Mula-mula cuci beras pulut dan rendam dengan sedikit kapur masak. Biarkan direndam sejam.
   Lepas tu sediakan daun pisang. Dikoyak-koyak selebar empat jari. Lap bersih dan layur atas api bagi lembut. Pilih daun yang lebar ya.
   Selepas direndam sejam, cuci bagi hilangkan sisa2 kapur. Toskan. 



   Untuk balut Lopes, Kjee syorkan korang tengok kat You Tube. Type 'Cara Balut Kuih Lopes' . Ada banyak cara pilihan.  Siap balut satu, semat dengan lidi. Selepas itu, ikat ketat-ketat dengan tali. Kjee guna tali rafia. 


   Kemudian rebus selama dua jam. Api biar sederhana. Tambah air panas sekiranya air rebusan kurang. 
   Sementara itu masak air gula. Kjee campur gula merah (timbang kati) untuk dapat kaler yang gelap, gula Melaka dan sedikit gula batu. Apabila sudah siap, Kjee letak sedikit tepung jagung sebab UnclePali suka sirap yang pekat untuk dimakan dengan Lopes. 
Apabila Lopes dah masak, keluarkan sejukkan lebih kurang tiga empat jam. Baru dikeluarkan dari daun, digolek dalam kelapa parut putih yang telah diletak sedikit garam. Makan dengan Sirap Gula tadi. 

   
   

0 comments:

Post a Comment