Tuesday, September 8, 2020

ROTI KOK



   Masa Kjee kecik2, bapak suka belikan Biskut Tongkat. Ia roti sebenarnya yang telah dibakar garing. Cicah kopi atau teh. Tapi Biskut Tongkat bukan guna roti slice. Ia macam roti lonjong.  Kurus sikit daripada roti hotdog. Rupa2nya biskut roti ni namanya Roti Kok. 😆
   Tadi Kjee guna roti Gardenia. Tak payah guna roti berjenama. Roti yang murah pun okay. Dan tak perlu roti segar. Roti yang berbaki duduk dalam fridge tiga empat hari pun okay. 


   Tadi Kjee buat guna 1 buku roti dan marjerin dan gula pasir. Kjee kerat dua roti tu sebab takut tak muat masuk dalam bekas. 
   Lepas itu sapu marjerin. Susun atas loyang dan tabur gula sikit 
Panaskan oven suhu 250 C. Bakar lebih kurang 20 minit, api atas bawah sampai garing betul2. 

   Kalau sempat disejukkan, simpan dalm bekas kedap udara. Kjee hanya sempat simpan satu loyang. Satu lagi my other half ke sana kesini sambil makan. 🤣
   Cicah dengan kopi O, fulamak Nyaman! 





Related Posts:

  • CUCUR BILIS YANG BULAT          Kjee masih ingat dulu. Kalau buat Cucur Bilis atau yang sewaktu dengannya, mesti jadi leper. Itu cara Bonda buat. Tapi leper pun, habis dibedal. Especially kalau dicicah dengan sos… Read More
  • CUCUR UDANG CICAH KUAH SATE         Dah banyak kali Kjee nasihatkan korang. Kalau ibu masih ada, belajarlah semua makanan yang korang gemar sangat dari dia. Bila dia dah tak ada, janganlah pulak menyesal... macam mokcik ni… Read More
  • UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL DAN KELAPA         Kalau asal bukan dari kampung, Ubi Kayu Rebus ini adalah satu-satunya makanan yang dinanti-nantikan. Walaupun ini makanan ruji atuk, nenek dan jugak emak masa zaman Jepun dulu, tetapi Kjee jar… Read More
  • MENGIMBAU KENANGAN DENGAN SRIKAYA        Masa kecil dulu, tiap petang kami tiga beradik (yang keempat masih dalam buaian), akan tunggu depan rumah. Tunggu Bengali jual roti. Dari jauh dia sudah bunyi loceng pada basikal tuanya. Ton… Read More
  • BERGEDIL CORN BEEF       Plan siang tadi nak buat Croquette (disebut kro-ket), sejenis makanan dari bunyinya kita tahu berasal dari Perancis. Tetapi apabila ada sahaja bahan yang tak lengkap, makan Kjee buat sahaja Bergedi… Read More

0 comments:

Post a Comment