Wednesday, September 30, 2020

SAMBAL IJO IDAMAN HATIKU

   APABILA tidak sihat, tekak Kjee mesti nak makan yang pedas-pedas. Tak kesahlah yang kering-kering atau basah. Harus pedas. Mungkin masa tak sihat, deria rasa kita kelamkabut. 
    Justeru sejak pagi tadi Kjee teringin nak makan sambal hijau. Orang seberang kata Sambal Ijo. Stok cili hijau tak ada dalam peti ais. UnclePali cuti Jumaat. So masa itu ajelah boleh pergi beli dan buat. 
     So for the time being, Kjee cuci mata ajelah tengok foto-foto lama. Punyalah terliur especially foto atas tu.
    Sedapnya Sambal Ijo gua cakap lu. Buat banyak-banyak, simpan dalam bekas. Time tak ada mood nak masak, keluar dan panaskan. Kalau kemalasan tahap gaban, sambal Ijo dengan telor goreng pun dah awesome sangat. 
    Resipi Sambal Ijo ni Kjee dapat dari adik angkat Kjee. Anne berasal dari Padang, Indonesia dan bukak restoran Kedai Makan Kak Anne di Paya Jaras, Sungai Buloh. Tak payah nak kecek resipi. Rela hati dia bagi. 

    Rahsianya ialah minyak yang digunakan. Anne guna minyak lebihan goreng ayam or ikan. Kenapa? Tak boleh ke guna minyak yang fresh? Hah itulah rahsianya! 
    Minyak bekas gorengan itu, dah ada 'kemanisan'. Apabila ayam/ikan digoreng, jusnya pasti keluar dan bercampur dengan minyak. Selalu kita buang minyak tu sedangkan disitulah rahsia buat Sambal Ijo yang sedap! 
    Pilih cili hijau yang segar. Kalau nak campur cili padi hijau baik yang kampung atau yang Siam mali pun okay. Janji hijau tau.  Tumbuk jangan blend. Kjee dah cuba dua-dua kaedah. Lain rasanya. Pokoknya jangan malas! Tumbuk kasar-kasar aje. 
    Bawang besar yang warna merah juga mesti banyak. Pepandailah korang nak agak. Juga mesti ditumbuk kasar-kasar macam cili hijau. 
    Itu sahaja dua bahan penting. Oh ya mesti ada Asam Gelugor atau Asam Keping. Selain itu, kena letak gula sikit. Juga pak aji kalo guna. 


    Panaskan minyak. Kalau boleh, banyaklah sikit. Kemudian masukkan cili tumbuk. Dah separuh layu, masukkan bawang tumbuk. Guna api sederhana. Letak garam, sedikit gula dan asam keping. Terus masak sehingga cili dan bawang sudah kegaring-garingan. 
    Siap! Mudah kan? Hah cubalah buat. Sangat versatile. Boleh makan dengan ayam, daging, ikan dan telor. Semua digoreng. Apa lagi kalo letak petai. Waduhhh enak banget dong. 
    Sambal cili merah pun method sama. Kalau buat banyak, sejukkan, simpan dalam bekas dalam peti ais. 



Foto atas ini Sambal Berlado yang guna cili merah. Kaedah buat, sama macam untuk Sambal Ijo. 




3 comments:

  1. Waalaikummussalam. Sedap sangat. Kalau tak letak petai pun awesome. Tapi kalau letak, cegini 👍👍👍

    ReplyDelete
  2. salam
    mantap sedap sangat sambal ijo

    ReplyDelete