Oleh kerana dua hari berturut-turut makan pedas-pedas, perut kami suami isteri meragam. Bergilir-gilir ke tandas.
So hari ini Kjee bagitau UnclePali, kita makan Sup Ayam. Mula-mula rancang nak buat Sup Ayam ala Thai. Tetapi apabila tengok resipi, ia juga pedas.
So Kjee beralih nak buat Sup Ayam style orang Malaysia. Stail kampung. Dulu pernah buat ikut resipi Mat Gebu. Klik SINI. Sedap sangat. So arini kita buat ler.
Kjee kan kalau buat Sup Ayam mesti ada cara tersendiri nak makan. Kjee letak sedikit nasi dalam mangkuk kemudian curah sup plus ayam plus kentang. Fuyoooo fav dari kecik tu!
Masa nak jamah sup ayam nasi tu, baru teringat terlupa buat Sambal Kicap. Aiseyman. Malas pulak nak bangun buat. Membuatnya mengambil masa. So Kjee amik sikit sambal belacan UP dan makan.
UP pun macam redho aje makan. Sebab dia tahu kalau ikutkan nafsu makan pedas-pedas lagi, sure berlari ke tandas bergilir-gilir. 😆
Thnx Che Mat for the recipe. Kjee buat Soto atau Bihun Sup pun guna resipi sama.
0 comments:
Post a Comment