DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, October 31, 2020

KUIH GETAS


     Buat kuih ini petang semalam. Resipi my sifu Che Mat Gebu. Kuihnya jadi okay. Lembut didalam, garing di luar. Cuma Kjee tak mahir sangat menyira. Tak jadi putih melepak macam salji. 😥
     Kjee yakin ramai macam Kjee yang tak mahir bab sira tu. Anyway, satu hari nak pergi ke rumah Che Mat di Sedenak, Johor dan belajar. 😁
     Adunan yang Kjee buat guna dua cawan tepung pulut, suku cawan tepung gandum, satu cawan kelapa parut putih, satu sudu teh garam dan 1 cawan air. 
      Satukan semua kecuali air. Kemudian curah air perlahan-lahan sambil diuli. Selepas itu, dibulat-bulatkan sampai habis. Alaskan dulang dengan tepung takut melekat pulak doh. 

 
      Panaskan minyak kuali. Masukkan doh dan guna api sederhana. Balikan sehingga warna keperang-perangan. Toskan atas tisu dapur. 

     Kemudian masak satu cawan air sama setengah cawan gula pasir. Apabila sirap dah berbuih dan pekat, masukkan kuih tadi dan balik-balikkan sehingga semuanya bersalut. Sejukkan dan hidang. 



    

Friday, October 30, 2020

TERUNG GORENG BELACAN


     Dua hari sekali kawasan kami di Melawati, daerah Gombak, putus bekalan air. Sekiranya Kjee senyap tak pos apa2 entri maknanya tengah tak ada air paip lah. 
     Malam tadi masa tengok Buletin Utama, Kjee beritahu UnclePali ada pencemaran di dungai dekat Balakong. So standby ajelah esok air tak ada. Memang tak ada tapi sebab paip pecah lah pulak di kawasan kami.
     Anyway kerana dah plan nak masak arini, guna stok air tadah aje lah. Kjee buat dulu Terung Goreng Belacan. Nak makan nanti baru goreng Ikan Cencaru dan Tahu. Kjee nak makan dengan Sambal Kicap yang Kjee buat semalam. 😋
     Terung Goreng Belacan ni mudah aje. Macam buat sambal belacan tetapi tambah bawang besar satu labu. Nak tumbuk atau hiris bawang itu ikut sedap korang.
     Terung dipotong ikut sedap mata pastu goreng tiga suku masak. Guna minyak sama, tumis bahan tumbuk hingga garing. Kemudian masukkan terung, rasa garamnya. Kacau. Siap.


Thursday, October 29, 2020

NASI DAGING AIR ASAM KERISIK



     First time Kjee buat Nasi Daging, sembilan tahun yang lalu. Tak tahu lah sama ada ia nya sama dengan yang Orang Utara buat. Masa itu,  mintak my MIL resipi, dia pun tak pernah buat walaupun orang Kedah. 🤭
     So Kjee buatlah ikut naluri. Lagipun intai-intai resipi kat blog, semuanya macam serupa aje. 
     Since nak makan berdua aje, Kjee buat dua cawan beras Basmathi. Cawan metrik. Kebetulan ada daging batang pinang dalam freezer so Kjee rebus. Airnya nanti digunakan untuk masak nasi. 
     Beras tu Kjee rendam lebih kurang 30 minit kemudian ditos. Kjee guna satu labu bawang besar, 3 ulas bawang putih dan satu inci halia. Semua dimayang. Satu batang serai diketuk-ketuk. 

     Kemudian Kjee panaskan satu sudu besar butter dan dua sudu minyak masak. Tumis bahan yang dimayang sehingga layu. Masukkan 1 kayu manis, tiga buah pelaga dan 2 bunga lawang. Setelah semuanya wangi, masukkan dua sudu makan serbuk ketumbar dan 1 sudu serbuk sup. 
     Kacau sehingga wangi, masukkan beras. Kacau rata. Jangan kasar sangat nanti beras patah-patah. Kemudian masukan air rebusan sebanyak 3 cawan metrik dan lebih kurang 3 sudu besar susu cair. Masukkan juga dua kiub daging. 
      Kacau rata sehingga agak kering. Ketika ini Kjee dah sediakan kukusan. Lapik kukusan dengan daun pisang. Pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan. Kukus sampai masak. Guna garfu dan kais perlahan-lahan.
      Kjee susun daging yang telah direbus dan dihiris diatas nasi. Perlahan api. Apabila sudah masak sempurna nasi itu, bolehlah padam api. 
     Untuk Air Asam Kerisik, cili, belacan, gula, tomato, kerisik dan air asam Jawa. Itu cara UnclePali buat. Katanya tumbuk cili dan belacan. Kemudian bawang dan tomato dilenyek manja-manja. Masukkan air asam Jawa dan gula. Kacau semua sampai rata. Siap. 
     Btw dua cawan metrik beras Basmathi yang Kjee guna, eloklah untuk makan dua atau orang. 



MAULIDUR RASUL

Tuesday, October 27, 2020

SUATU KETIKA DAHULU


     Terkejut Kjee apabila foto hitam putih (foto original dibawah), ditukar menjadi color oleh bff Kjee, Khalid Rashid. Pandai orang sekarang buat guna apps.
     Warna almost perfect sebab Kjee masih ingat color gaun kami adik beradik warna purple. Baju gaun kami semua mak yang jahit. And tiap kali keluar, mesti dipastikan kami pakai baju sama (kecuali adik bongsu), kasut dan accessories. 



     Ini foto famili Kjee bersama nenek kami, Hajah Rahmah, ibu kepada my bapak. 
     Dari bertujuh, sekarang tinggal Kjee dan abang Ahmad Fauzee. Al fatihah buat bapak, mak dan dua adik perempuan serta nenek. 😭
     Kjee yang berdiri depan bapak. 


     Ini foto terbaru Kjee dengan Abang Fauzee empat bulan lepas. 



Monday, October 26, 2020

URAP PUCUK BETIK


     Semalam UnclePali caras pokok betik belakang rumah. Pokok yang tumbuh sendiri. Benih bawak burung rasanya. Pucuk betik itu Kjee rebus. Makan dengan sambal belacan.
     Pagi ini Kjee nampak bakinya UnclePali simpan dalam peti ais rupa2nya. So, Kjee terus fikir buat Urap supaya tidak membazir. Kalau ada bunga betik pokok jantan mesti sedap. Buat pedas-pedas. Letak kerang. Malangnya UP cari kerang di tiga kedai, tak jumpa. Bunga betik pun hanya jumpa yang secoit di taman sebelah. 


     Nasiblah ada bunga betik itu untuk dicampur pucuk betik semalam. Sampai rumah terus Kjee rebus bunga betik dan buat persiapan untuk buat Urap. 
     Resipi penuh korang klik SINI



BAKWAN @ CUCUR SAYUR

     

     Macam cucur udang tapi kenapa namanya Bakwan? Entahlah. Kjee suka, sangat. Kjee panggil Cucur Sayur. Rupa2nya nama sebenarnya, Bakwan! 
     First time makan Sri, my pembantu rumah, yang buat. Resipi asal sana kot. Dia letak kobis dan carrot. Sedap. Dia dah tak ada, Kjee terailah buat. 
      Dua cawan tepung letak satu sudu teh baking powder. Kacau rata pastu letak sedikit serbuk kunyit dan garam. Masukkan dua cawan air. Kacau rata. Masukkan pulak sebiji telor yg telah dipukul sikit. Rehat 30 minit. 
     Sementara itu, mayang kobis dan carrot. Kjee letak udang yang telah kjee cincang-cincang. Kalau udang putih kecik2 tu sedap letak bnyk2. Campur semua dlm adunan tepung tadi sampai rata. 
     Panaskan minyak. Masukkan satu sufu sudu adunan. Goreng sampai keperangan dan nampak ranggup. Toskan atas kitchen towel. Hidang dgn sos cili. Makan panas2.

Sunday, October 25, 2020

7300 HARI BERSAMA


     Dua puluh tahun lalu. Selepas bertemu dan berkenalan seminggu, dia tanya tak risau ke hidup berdua aje dengan anak kecil? Masa itu Nadia 11 tahun. 
     Kan elok kalau kita... kahwin!
     Isyhhh biar betul mamat ni. Dia bujang 33 years old. Kita janda 46 years old. Dia anak lelaki tunggal. Bongsu pulak tu. Takkan mak dan tiga kakak2 dia benarkan!
     "Mak I dan seorang kakak I, balu. Seorang lagi janda. Takkan mereka tak boleh terima seorang lagi Ibu Tunggal!" Power pulak ayat mamat ni. 🤭
     Dan dengan bantuan tiga empat rakan kami, sebulan kemudian, dia lafazkan Akad pada 25/10/2000. Tetiba kita ada suami!  Sudah bergelar suami isteri, baru Kjee nak jumpa ibunya. Takut kena reject. 
     Tak sangka Kjee disambut mesra. Kenduri tumbang seekor lembu dan jiran2 sekampungnya, gotong royong jayakan majlis kami. 
     Itu kisah 20 tahun lalu. Hari ini dengan izinNya, kami telah bersama selama 7300 hari! Penuh dengan pelbagai warna kehidupan. Bukan setakat hitam putih aje. 
     Terima kasih sayangku. Sanggup susah senang dengan saya. Saya Mohon kepada Allah swt seandainya usia saya tidak panjang, Abang uruskan pemergian saya ke persinggahan abadiku. 
     Kita tunggu Abang di sana. 
     Insya Allah. 


Saturday, October 24, 2020

ROTI BENGGALI #2


     KELMARIN UnclePali tanya tak boleh ke buat roti macam Gardenia yang leper sekeliling? Yang kita buat ini bonjol diatas.
     Maka Kjee pun google. Yayyyy jumpa lah di satu blog Korea! Rupa2nya ada teknik. Harus guna loaf tin yang ada penutup!
     Ohhh itu gunanya penutup pada loaf tin yang Kjee beli tu. Duk terfikir apa kegunaannya!

     UP kata kita buat guna resipi White Fluffy Bread termasuk tambah Tangzhong. Dah terbukti resipi itu berkesan.
     Then Kjee terfikir, kena buat satu adunan untuk satu loaf tin tu. Biasanya Kjee buat satu adunan untuk 2 loaf tin. Sebab itu kejadiannya dua mini loaf breads.
     So kami bahagikan tugas. UP hanya uli guna hand mixer plus dough hook attachment. Kjee buat the rest. 


      Dah siap membancuh, Kjee letak satu adunan dalam setiap loaf tin, kasi naik (proof) sambil tutup cover tin. Lepas 20 min, Kjee intai. Belum naik penuh tapi dah agak dah mesti naik lagi masa bake. Yezzza I was right! 

 

     Inilah hasilnya!! Ada nampak mokcik hepi? 😂
     Anyway, loaf tin yang Kjee guna itu saiz small, beli kat kedai bakeri supplies. Nak dapat rupa roti cam dalam foto itu, guna 1 adunan untuk 1 tin. 
      Yang ketinggalan resipi boleh KLIK SINI. 
      



Friday, October 23, 2020

SOTONG BAKAR AIR ASAM


     Kejadian banyak hari yang lepas. Terlupa nak post kat sini. Ala sotong bakar biasa-biasa atas grill pan.  Lumur garam pastu dibakar.
     Dah elok masaknya, buatlah air Asam untuk cicah. 
     Stail Kjee mudah aje. Sebiji bawang besar di dadu atau dimayang halus. Belacan sebesar ibu jari dibakar kemudian ditenyeh-tenyeh dengan sudu jadikan serbuk. Air asam jawa diramas. Jangan cair sangat. Letak gula melaka dan sedikit sos nampla (fish sauce). Potong-potong cili padi, cili hidup dan daun ketumbar. Perah jus limau. Gaul. Rasa. Itu jer. 

Tuesday, October 20, 2020

TURKISH PIDE BREAD


     APA daaa sejak dua menjak ni Kjee asyik post entri roti jer! Kan! Korang boring ke? Bagilah Kjee can. Dah tua-tua camni baru belajar buat Roti. So me very the excited lah. 😬
      Beberapa hari lalu, Kjee ternampak satu video yang buat Kjee teruja sangat. Apa lagi apabila intai resipi bahan semua dah ada. Mujur tak malas. Tak ada nama roti tu but my fren kata it's like Turkish Pide Bread. Kjee pun google. Eh yalah! 
      Cara sama cam buat roti tapi tak perlu uli lama2. UP yang uli tadi guna Dough Hook. Terlebih uli kot. Apabila dalam oven, ia naik temban giler so UP kata next time uli 5 minit jer. 



     Tembam kan? Tetapi apabila dah keluarkan dan sejuk seketika, ia jadi leper cantik. Dan ohhh so sedap makan panas2. That was our lunch! 
  


     CARA:
     Tepung roti diayak bersama gula dan garam. Kemudian masukkan yis, telor yg telah dipukul manja dan butter yang telah dicairkan. Masukkan juga susu segar yang telah dipanaskan sedikit. Suam aje tau kalau tidak, mati yis. Gaul sampai jadi doh.               
     Kemudian diuli. Uli tangan atau guna dough hook tak kesah. Lima minit aje atau sampai elastik. Kemudian dijadikan bola letak dalam bekas yang telah disapu minyak. Golek2 doh tu dalam bekas tu sampai disaluti minyak. 
     Bekas ditutup dengan plastic cling wrap atau dengan tuala dapur bersih pun ok. Satu jam sampai naik dua kali ganda. 
     Mssa menunggu, campur 2 sudu butter (suhu bilik) dengan pes bawang putih, Secubit garam dan hirisan daun bawang sampai mesra. 
     Dah sejam, tumbuk keluarkan angin. Kemudian leperkan dengan tangan atau pengelek atas loyang yang telah dialas baking paper. Ala kalau tak ada kertas tu pun ok.
     Masa ini oven seharusnya telah dipanaskan selama lebih kurang 20 minit, suhu 200 darjah. 

     Doh ditoreh manja guna pisau tajam. Kemudian disapu telor menutupi sepenuh doh. Lepas itu, sapu pulak butter/bawang putih /daun bawang tadi sehingga menutupi permukaan doh. 
     Kemudian susun Mozarella yang telah dihiris atas doh tadi secara menegak. 


     (Dua foto atas ini Kjee screen cap dari video sebab tadi UP lupa nak snap waktu Kjee toreh dan susun cheese). 
    Dah boleh bakar selama 30 - 40 minit atau sampai masak dan permukaan keperang-perangan ikut kepanasan oven sendiri. 
     Dah masak, elok makan terus. Macam pizza tau. Apabila dicarik, bertali keju Mozarella tu. Sedap! 
  


Monday, October 19, 2020

TUNA ROLL BUNS


     First time rasa Tuna Roll Bun ini sewaktu berkunjung ke rumah Mat Gebu di Sedenak, lebih 7 tahun lalu. Singgah sana sebab otw ke JB. Udahlah dihidang dengan makan tengah hari sampai kenyang, pastu nak gerak ke JB, Che Mat bekalkan pulak Tuna Roll Bun. Sedap sangat2.
     Teringat kesedapannya sehingga balik KL. Terai buat tapi malangnya tak menjadi macam airtangan Mat Gebu!
     Dah tiga hari Kjee ke hulu ke hilir, dari bilik ke dapur, fikir berani ke buat? Keluarkan bahan2, tetiba ubah fikiran dan terjadi pulak roti.  Sampai tererlah gue buat roti. 😂
     Anyway hari ini Kjee beranikan diri. Nasiblah, Kjee bagitau UnclePali. Kalau sukses I share kat blog. Otherwise, I senyap ler. Macam tak biasa. 🤭🤫



      Dan hasilnya!! Drum roll pliz 🥁. Alahai sikit lebih kurang macam buat roti aje. Cuma renyah sikit masa dah sapu tuna mix tu pastu nak gulung. Kaedah sama kalau buat Cinnamon Rolls. Isyhhh sedapnya CR. 
     Untuk resipi penuh Che Mat Gebu klik SINI. Cuma Kjee tak letak bread softener dan bread improver jer. Kjee ganti dengan Tangzhong (tengok entri sebelum ini). Boleh dibuat lebih awal tiga empat jam dan sejukkan. Telor pulak Kjee guna sebiji telor ayam kampung. Ini  bersamaan dengan telor gred B. Tak payah ler timbang setelah dipukul cam dalam resipi Che Mat. Ini bersamaan dengan telor gred B rasanya. 

     Lain semua Kjee follow macam kaedah yang dibuat Che Mat. Jangan risau. Nampak complicated sikit caranya tetapi jika diikuti dan fokus masa buat, Insya Allah menjadi. 
     Hasilnya sangat kebahboom. Tak picaya? Makan masa panas-panas tau. Kalau tidak, nyesal babe! 😁








Sunday, October 18, 2020

MLCP IKAN KELI


     Masak Lemak Cili Padi Ikan Keli. Kjee tahu Ikan Keli bukan kesukaan ramai. Even arwah Bonda Kjee tak makan. Sebabnya dia tak sanggup hendak bersihkan ikan tu. Licin katanya... geli.
     Sekarang Ikan Keli yang dijual di Pasar basah mahupun supermarket, sudah dibersihkan. Perut dah dibuang. So biasanya balik rumah Kjee terus rendam dalam air asam Jawa. Asam jawa pun disumbat-sumbat ke dalam perut ikan. Rendam lebih kurang 30 minit. Kemudian cuci dan kikis pada badan ikan supaya hilang lendir.
     UnclePali sangat cerewet bab makan ikan air tawar tetapi dia tidak pernah komplen apabila Kjee masak. Katanya tak ada bau atau rasa tanah langsung. Alhamdulillah. 
     Kjee panggang guna grill pan sebelum masak. Kalau salai atas arang lagi sedap kan. 
     Korang nak resipi penuh, sila klik LINK ini. 


Saturday, October 17, 2020

TANGZHONG - PELEMBUT ROTI


     Tangzhong. Sebutan yang betul ialah Tang-chong. Kjee pasti ramai yang ingin tahu apa bahan ini. Ada kata ia berasal dari Jepun, ada yang kata dari by negara China!
     Kjee baru sahaja mengenali kaedah menggunakan Tangzhong untuk menjadikan home made roti lembut dan tahan lama! Tak perlu guna bahan seperti bread softener ataupun bread improver! Dan buat Tangzhong ini tak sampai 5 minit guna tepung dan air.
     Bagaimana Kjee bertemu kaedah ini? Of course, sebab rajin google dan bertandang kat you tube!

     Bahannya 16 gram tepung gandum dan 65 ml air. Campur sehingga larut dan masak atas api perlahan sehingga ia pekat. Nak tahu sama ada sudah pekat atau tidak, garis sikit sebaik Tangzhong tu siap. Lihat foto paling atas. 
     Its ready! Letak dalam piring dan sejukkan. 
    Dah sejuk baru boleh digunakan. Tangzhong ini adalah untuk resipi roti yang menggunakan tepung (tak kesah tepung gandum atau tepung roti) sebanyak 250 grams. Kalau lebih banyak tepung digunakan misalnya 500 gms, gandakan aje Tongzhong. 
     Tangzhong ini dicampur ke dalam tepung sebelum proses menguli. Ikut resipi yang anda pilih. 
     Cubalah. Insya Allah tidak mengecewakan. Roti menjadi gebu, lembut dan tahan lama. 


 

Friday, October 16, 2020

KUIH KERIA


     Made these yesterday. Kjee sebenarnya taklah berapa minat keledek. Tetapi sejak cuba buat Kuih Cucur Badak aritu, tiap kali nampak orang jual Keledek, macam teruja nak beli.
     UnclePali pulak suka makan Kuih Keria. Dulu dia selalu jugak beli Kuih Keria sira Gula Merah yang femes satu ketika dulu.
     So semalam Kjje guna 500 gms keledek oren. Buang kulit, potong dadu dan kukus lebih kurang 15 minit. Dah ok lembut terus lenyek masa panas2. Letak secubit garam dan gaul rata. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kjee letak satu cawan. Uli seketika pastu buat bebola sebesar bola ping pong. Dapat dalam 15 biji. Buat lubang di tengah-tengah. Ada orang alas dulang dengan plastik sebelum letak doh kuih tu. Tapi Kjee letak atas pinggan Corelle, ok jer. 

     Panaskan minyak. Ambil sebiji sebiji dan masukkan dalam minyak. Api biar sederhana. Balik-balikkan. Buat sampai habis. Toskan atas kertas tisu dapur. Sejukkan seketika. 
     Untuk menyira, masak setengah cawan gula putih bersama satu cawan air. Apabila gula sudah bertukar jadi pekat dan berbuih, masukkan kuih Keria dan terus kacau. Harus manja-manja takut penyek kuih. Apabila sudah kering, cerai-cerai kuih dan letak atas pinggan.   
     Sudah boleh hidang. 


   

Thursday, October 15, 2020

KACANG POOL MY STYLE


     SEBELUM apa-apa Kjee mohon ampun kalau ada yang kata food Kjee kali ini bukan Kacang Pool sebenar. Ya betul. Ia klon dan Kjee buat ikut citarasa Kjee.
    Kjee pernah makan Kacang Pool dua tiga kali di beberapa kedai di KL. Entahlah
setiap kali lepas makan, Kjee rasa cam ada yang tak kena. Dalam hati Kjee rasa Kjee boleh adjust bagi sedap. 🙏
     Dekat kawasan perumahan Kjee, ada food truck jual. UP yang cakap. Tapi dia tak berani belikan sebab tahu Kjee mesti banyak songeh lepas makan.
     Oleh kerana malam tadi UP buat Soft Fluffy Milk Bread maka sebelum tidur, dah terfikir buat Kacang Pool versi Kjee.

     So Kjee list bahan-bahan. Minced meat (350gms), dua biji tomato masuk ranum, satu tin kecik tomato puri, setengah cawan sos cili, cili flakes, 1 labu bawang besar, dua ulas bawang putih dan 1 beef cube.
     Mula2 Kjee masak air dan celur dua biji tomato yang telah ditoreh sedikit. Nampak kulit tomato dah merekah, keluarkan dan buang kulitnya. Blend dengan sedikit air.  Rebus minced beef (daging cincang) dalam air sama, kira-kira 10 minit. Tos buang airnya. 
     Kemudian Kjee panaskan sauce pan dengan lebih kurang 3 sudu minyak Zaitun. Minyak apa pun tak kesah.
     Dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah didadu. Apabila sudah layu, masukkan daging dan tomato blend. Rendidih lebih kurang 10 minit. Masukkan tomato puri, sos cili dan satu kiub daging. Kacau sehingga mesra. Masukkan juga 3 sudu cili flakes. Kalau tak ada, serbuk cili pun okaylah. Ikut banyak mana kepedasan yang diperlukan.. 

     Rendidih guna api kecil sehingga pekat. Rasa. Kalau perlu, boleh letak garam. Kjee tak letak sebab dah letak beef cube. Apabila sudah masak, masukkan 1 tin baked beans. Tak perlu masukkan kuahnya. Kacau perlahan-lahan dan padam api.
     Hidang dan makan dengan roti bakar. Sebenarnya, jika tidak letak Baked Beans, inilah sos Spaghetti Bolognese versi Kjee.
     Kacang Pool yang menepati citarasa dan selera Kjee dan suami. Cubalah.