Kjee baru tahu kuih Getuk Ubi boleh dibekukan! Masa pergi Kedai Ladangku, berhampiran rumah Kjee Jumaat lepas, ternampak kuih tu. Comelnya. Kenit-kenit jer besar bola ping pong.
So semalam ada ubi kayu tiga batang yang seberapa besar, maka Kjee pun kupas kulit, potong kecik-kecik dan rebus. Air separas ubi jer. Letak garam sikit.
Dah elok empuk terus lenyek, letak kelapa parut putih dan gula secukup rasa. Gaul sampai rata. Buat bebola dan susun dalam beg plastik ziplock dalam freezer.
Nak goreng baru celup adunan tepung beras letak sedikit kapur masakan dan garam.
Mudah kan! Boleh buat minum petang.
Klik SINI untuk resipi penuh.
saya pulak baru tahu macam ni rupanya getuk ubi hehe
ReplyDelete