Salam semua. Tak ada plan nak buat entri yang Kjee buat ni tadi. Tapi kelako sangat. So I decided to share. Boleh buat korang sengih sendirian.
Kjee tertarik tengok kononnya 'Easy 5 minutes donut. Only two ingredients!' tepung self rasing dan yogurt. Eh nak terai lah. So cam biasa my PA pergi beli yogurt. Tepung tu boleh tambah baking powder jadikan self raising.
Kjee pun godek sorang-sorang. Laki dah kuar kerja. Tapi Kjee buat separuh adunan aje. Takut lain jadinya! Maklumlah donut tak letak yis.
Dah siap bancuh, panaskan minyak. Kjee guna ice cream scoop sebab malas nak guna piping bag. Secoit aje. Masa menggoreng, Kjee mula senyum sendirian. Aikkkk lain macam aje. Macam buat jemput-jemput manis. 😂
Dah siap Kjee letak castor sugar. Pastu picit2. Boleh tahan lembut. Then makan. Alamak sebiji macam jemput-jemputlah. Lembut didalam garing diluar tetapi rasa masam yogurt.
Hmmm ada hati kata donut, pastu rajin buat video. Donut lah sangat., 🤣
0 comments:
Post a Comment